Kalau Dah Tak Perlu, Lepaskan Sajalah

Nama aku Ani. Aku baru je berkahwin dengan suami aku dalam 3-4 bulan macam tu.

Tapi bukan itu yang aku nak ceritakan. Aku nak ceritakan betapa remuknya hati aku setelah 2-3 hari selepas akad nikah, aku dapat tahu suami aku ada perempuan lain. Dah lama dia simpan.

Dah cecah 5 bulan sebelum kitorang sah jadi suami isteri. Dalam masa 5 bulan sebelum kami jadi suami isteri tu, aku dilanda ujian. Sanak saudara aku ramai yang meninggal. Tak sempat reda satu satu.

Kitorang pernah bergaduh sampai dia cakap nak stop hubungan aku dan dia. Masa tu aku menangis. Dia cakap aku tak faham dia penat kerja, pastu nak ikutkan aku pulak nak oncall bagai.

Aku fikir aku yang tak faham dia. Aku menangis minta maaf sebab tak faham penat dia. Aku selalu cakap rindu kat dia. Lagi-lagi dalam keadaan diuji kehilangan macam tu.

Mak saudara aku yang paling baik dengan aku pun meninggal jugak. So, memang terasa sangat.

Tak lama lepas tu, dalam 2 minggu sebelum hari akad nikah, suami ada buat live kat tiktok. Dan aku tiba-tiba muncul idea untuk guna akaun tiktok aku yang suami aku tak tahu. Aku masuk live tiktok dia.

Semasa dia live tu, everything looks normal. Aku hampir keluar dah sebab dia cakap dia nak end dah live tu. Pastu dia tengok la siapa je yang ada dalam live dia.

Lepastu dia scroll notifications atas tu. Terbubtang mata aku bila nampak nama satu contact ni dia save dengan panggilan ‘sayang’.

Profile picture ‘sayang’ tu pun lain dari aku. Aku cuba untuk sabar.

Lepas je dia tutup live tu, aku terus tekan button videocall. Dia reject videocall aku. Dia cakap dia penat. Lepastu aku tekan lagi. Keluar la suami aku tu(masa ni belum jadi suami lagi) ‘berada di panggilan lain’ tu.

Aku screenshot and hantar kat dia. Dia cakap tu cuma kawan dia. Aku pun bertanya soal nama contact tadi. Bodohnya aku, aku terus tanya siapa ‘sayang’ tu. Sedangkan aku, dia save ‘My Syg’ sebelum ni setakat yang aku tahu la.

Dalam 5 minit macam tu, terus dia hantar screenshot profile picture aku dengan nama contact ‘sayang’.

Aku pun cuba lah ber husnudzon ye. Bodohnya aku bila teringat balik kisah ni.

Cukup seminggu sebelum kami berkahwin, perasaan aku tiba-tiba hilang untuk dia. Aku cakap dekat dia yang aku nak dia lepaskan aku.

Aku cakap yang aku banyak buat dia serabut. Aku banyak buat dia pening kepala layan sikap aku yang orang lain pun tak pernah tahu aku seteruk itu.

Dia tak izinkan. Dan dia taknak lepaskan aku. Dia tanya kenapa tiba-tiba aku nak berpisah, aku hanya diam. Takkan nak cakap aku dah bosan pulak kan.

Sebetulnya aku bukan lah bosan dengan hubungan aku dan dia. Cuma hati dan perasaan aku je yang tiba-tiba tak sekepala.

Dia pujuk aku. Dia cakap dia akan datang rumah aku untuk tolong aku kemas-kemas rumah, sebab majlis akan diadakan di rumah mak aku.

Which mean, kat tempat pengantin perempuan lah. Kebetulan pulak masa tu, tak ada orang sangat yang dapat tolong aku sebab abang dan kakak aku masing-masing susah dapat cuti.

Mungkin disebabkan aku penat jugak lah, aku jadi hilang perasaan kat dia tu. Dan dia datang, tepati janji dia untuk tolong aku.

Aku nak ambil fon dia. Dia tak bagi. Aku pelik. Sejak akhir-akhir ni, dia selalu cari alasan kalau aku nak bukak fon dia.

Walhal pada awal sehingga ke hampir setahun kami kenal, dia selalu bagi je kalau aku bukak fon dia. Bahkan dia selalu mintak fon aku nak check. Aku bagi je bukak, tapi bukan bukak galeri.

Gila nak bagi bukak galeri, dengan gambar adik beradik perempuan aku, gambar mak aku tak bertudung penuh kat dalam tu. Memang la aku tak bagi dia bukak galeri.

Dia jadikan itu sebagai alasan untuk tak nak bagi aku bukak fon dia. Sememangnya hati aku kuat mengatakan dia ni a little bit fishy masa tu.

Dan semenjak aku ditimpa ujian tu, banyak kali jugak lah dia reject fon call aku. Banyak kali jugak dia oncall dengan orang lain. Alasan dia, kawan kerja.

Hari akad nikah pun tiba. Aku sebenarnya tak lena pun tidur malam sebelum tu. Aku masih memikirkan apakah betul langkah yang aku ambil untuk berkahwin dengan dia sedangkan hati aku semakin pudar untuk dia?

Aku banyak termenung. Tapi aku tak bagitau sesiapapun pasal hati mati aku ni kecuali mak aku.

Mak aku apalagi, dia membebel la cakap kat aku “kau jangan buat hal eh. Tarikh akad dah dekat dah ni”. So, nak taknak aku teruskan…

Semasa akad nikah dan selepas akad nikah, aku masih berlakon tengah happy. Sampai lah malam tu, suami aku cakap dia bersyukur urusan akad nikah dah settle apa semua.

Masa tu aku perhatikan mata dia. Memang nampak sinar keikhlasan dia tu. Aku rasa bersalah dan tekad untuk cintakan dia sepenuh hati aku. Tambah pulak dia dah jadi suami aku.

Baru je aku nak merasa bahagia di samping suami, suami aku pulak terkantoi bersayang sayang dengan perempuan lain. Kantoi tu sebab aku bukak WhatsApp dia.

Macam mana aku boleh bukak tu, sebab adik aku. Dan sebab dia tengah pegang fon aku. Adik aku heret tangan aku seberang jalan untuk masuk ke mall.

Suami aku tunggu dalam kereta. Kitorang keluar masa tu sebab apa aku dah lupa. Yang pastinya kitorang keluar.

Masa berada dalam mall tu la aku ambik chance untuk menggeledah WhatsApp dia. Hancur betul hati aku bila nampak satu chat ni berakhir dengan, “love u too”.

Adik aku nampak perubahan air muka aku. Tapi aku cakap tak ada apa-apa. Sebelum menyeberang jalan ke kereta, aku boleh nampak muka resah gelisah suami aku.

Sampai-sampai je aku terus tanya suami aku, dia ada sorokkan apa-apa daripada aku ke. Dia jawab tak. Sakit betul hati aku. Untung jugak adik aku ni naik kereta dengan abang aku.

Kitorang keluar 2 buah kereta. Aku dengan suami kereta lain. Abang, adik dan mak aku kereta satu lagi. Masa dalam kerta tu aku tanya dia, “siap Fa***** tu?” Dia terkejut.

Aku cakap lagi, “tolong lepaskan sayang, sayang tak sanggup hidup berkongsi”. Dia cuba tenangkan aku. Aku tak boleh bertenang.

Aku mengamuk minta cerai dalam kereta tu. Aku tertinggikan suara aku. Aku menangis semahunya. Sampai kat rumah, aku kena berlakon macam tak ada apa-apa.

Aku tak nak keluarga tahu suami aku macam tu. Bila masuk je bilik, aku duduk atas lantai. Dia cuba dekat, tapi aku tolak. Aku tampar badan dia. Aku pukul bahu dia.

Aku cakap dekat dia, “ceraikan aku, sekarang. Aku tak sanggup hidup dengan lelaki mata keranjang macam kau. Yang tak cukup dengan satu perempuan. Aku taknak hidup dengan kau”.

Dia menangis. Suami aku menangis beb. Tak pernah aku tengok dia menangis sebelum ni. Dia cakap dia tahu dia salah. Tolong bagi dia masa untuk dia perbetulkan semua tu. Dia minta maaf, merayu, melutut.

Dia nak peluk aku, tapi aku tepis tangan dia. Aku cakap aku jijik dengan dia. Berdosa kan aku. Aku tanya dia, sayang lagi ke kat perempuan tu. Dia cakap, fifty-fifty.

Hati aku tak payah cakap lah. Memang barai, remuk, hancur, semua ada. Kepada perempuan tu, aku harap confession aku ni sampai kat telinga kau.

Dengar betul-betul sakit yang aku rasa ni. Hari ke-5 lepas akad nikah, suami aku ni pergi jumpa perempuan tu. Dengan alasan urusan kerja.

Nak update kad itu ini, sedangkan kad tu boleh je update online. Aku cakap nak ikut, dia tak bagi. Dia cakap dia pergi tu, semua lelaki.

Dia tanya aku, nak ke duduk satu kereta dengan lelaki. Dia tahu aku tak suka. Jadi dia gunakan ‘kawan lelaki’ dia untuk taknak aku ikut. Padahal ‘kawan lelaki’ dia tu adalah perempuan tu.

Dia guna motor untuk pergi kat rumah kawan dia. Dia cakap rumah kawan dia tu dalam kawasan dekat-dekat tu jugak. Tapi dia pakai helmet.

Aku nampak je pelik tu. Tapi sebab hati aku sakit, fikiran aku bercelaru, aku tak mampu nak proses kepelikan dia tu.

Dipendekkan cerita, seminggu lepas kahwin, aku call perempuan tu. Bagitau hal sebenar. Aku menangis masa call perempuan tu.

Sebelum call tu, aku fikir aku dah cukup kuat nak bercakap dengan perempuan tu. Eh rupanya tidak. Aku cakap yang aku baru je lagi berkahwin dengan suami aku.

Aku tanya perempuan tu, dia betul-betul nak ke kat suami aku tu. Kalau betul-betul nak, aku akan ambil langkah untuk berundur. Kau yang nak undur diri. Hati aku memang sakit snagat dengan kejadian tu.

Masa perempuan tu tahu, dia istighfar, lepastu perempuan tu cakap, “eh awak jangan macam tu. Awak jangan undur diri. Awak dah jadi suami isteri. Saya taknak la disebabkan saya, rumahtangga orang hancur.

Takpe-takpe. Biar saya je yang undur diri. Saya ni masih orang luar. Awak sabar ye”. Dalam hati aku masa tu, “ya Allah, baiknya hati si dia ni. Kenapa suami aku sanggup buat macam ni kat kami berdua.

Aku yang rasa berdosa dengan si Fa***** ni. Kalau lah awal-awal haritu aku tahu, suami aku ni ada ornag lain, aku dulu yang akan menghilang. Kenapa orang macam Fa***** ni kena hadap lelaki tak guna macam suami aku?”.

Masa tu aku rasa lega sangat perempuan confront dengan suami cakap dia dah tahu suami aku curang dengan dia. Aku fikir dha selesai dekat situ. Rupanya belum.

Sanggup betul perempuan tu dan suami aku sendiri senyap-senyap contact dengan rancaknya di belakang aku.

Dorang fikir aku ni bodoh tak tahu. Cukup lah pisang berbuah sekali. Aku ugut suami aku, kalau dia chat atau contact lagi perempuan tu, aku minta dia janji untuk lepaskan aku.

Awalnya suami aku tak nak. Tapi aku paksa dia. Aku lega. Tapi sekejap je. Dia kantoi lagi. Aku minta cerai dengan suami aku.

Suami aku cakap, “biey takkan lepaskan sayang sampai bila-bila. Biey taknak hilang sayang”.

Aku mencelah dia bercakap, kalau sayang, kenapa main kayu tiga kan. Dia pun cakap dia ada benda yang tak settle lagi dengan perempuan tu. Aku tanya dia, apalagi yang tak settle.

Dia cakap kalau dia bagitahu aku pun, aku takkan faham. Berderau jugak darah aku masa tu.

Lepas semua tu terjadi, aku block perempuan tukat semua media sosial suami aku.

Aku pesan kat suami aku, kalau sampai aku tahu lagi dia contact dengan perempuan tu, maka hari itu lah hari terakhir dia boleh tengok muka aku. Aku takkan hiraukan hati aku yang sayang kat dia.

Sebab masa tu sakit ni lagi besar daripada sayang.

Masa awal-awal perkahwinan, aku pernah berjanji dengan suami aku, yang aku akan ada disisi dia selama mana dia perlukan aku. Tapi kalau dia dah ada nama lain, perempuan lain dalam hati dia, maknanya aku bukan lagi keperluan dia.

Dan itu berlaku. Dia memang ada perempuan lain. Aku cakap dekat suami aku, kenapa sanggup buat macam ni. Apa yang dia rasa bila buat macam ni.

Dia cakap, tak tahu kenapa. Dia rasa seronok mainkan hati perempuan. Dia cakap la dulu masa dia betul-betul cintakan sorang perempuan ni, perempuan ni tinggalkan dia.

Aku cakap kat dia, bukan semua perempuan buat kerja jijik macam tu. Dah tahu laki tu tulus, tinggalkan bodoh macam tu.

Dan untuk perempuan tu, aku nak kau tahu, betapa sakitnya aku terima semua ni. Kenapa kau sanggup contact suami aku senyap-senyap? Mana hati kau?

Kau perempuan, aku pun perempuan. Takkan kau tak faham macam mana sakitnya aku kena tipu dengan suami aku sendiri?

Dan pada awalnya, aku anggap kau sangat baik. But after kau buat aku macam tu, anggapan aku pada kau terus berubah. Aku tak sangka kau macam tu.

Dan suami aku, dia selalu dapat ayat minta cerai dari aku. Seminggu sekali aku minta maaf dengan dia sebab selalu sangat minta cerai.

Dah banyak kali arasy Allah bergoncang disebabkan aku. Setiap kali aku minta cerai, aku menyesal sebab buat Allah murka dengan aku. Aku menangis minta ampun dengan Allah.

Menangis minta Allah faham aku. Dan kau perempuan, kenapa? Kenapa kau sanggup buat macam tu after kau dah tahu semua nya…

Kalau aku diberi peluang untuk putar masa, masa suami aku buat live tu, pastu terkantoi nama aku dia save lain, aku nak sangat minta putus masetu.

Nak sangat pergi jauh-jauh dan takkan pernah datang lagi depan suami aku. Takkan lagi ada niat untuk bercinta.

Dan untuk pengetahuan kau, hari-hari suami aku lalui, banyak kata-kata menyakitkan hati yang keluar daripada mulut aku untuk dia.

Aku selalu sebut pasal dia dan kau. Sampai harini aku tak dapat nak maafkan diri aku sebab tak undur diri awal-awal sebelum aku dan suami aku diijabkabul.

Aku sejujurnya cemburu dengan kau sebab kau masih diberi peluang untuk elak daripada dapat suami macam suami aku.

Kau patut bersyukur, bukan buat aku makin terseksa after dah tahu everything. Takkan kau nak tunggu benda yang sama jadi kat kau dulu baru kau nak faham perasaan aku?

Sekian luahan dari aku….

– Ani (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *