Dulu aku tak lah ambil serius sangat bila kebanyakan orang cakap pasal keluarga mertua tak sama macam keluarga sendiri, ketoksikan keluarga mertua etc.
Sebab bagi aku, setiap orang tu berbeza-beza. Ujian masing-masing pun berbeza. Mungkin aku tak diuji bab ni. Tak boleh nak labelkan semua sama dan kalau tergolong dalam kelompok yang macam tu sekali pun,
Aku patut bagi peluang dan ruang untuk diorang tunjuk sendiri wajah sebenar since aku sendiri buat pilihan untuk kahwin dengan anak diorang.
Kalau tak, aku pun sama “level” ZHOLIM!
Actually, aku dulu boleh dikatakan sangat naif dan boleh dikategorikan sebagai “scapegoat” dalam keluarga sendiri.
Tapi “scapegoat” ni tak lah senaif “enabler” sebab “scapegoat” cuma belum cukup memahami “what is goin on”.
Ni pun sedar since aku banyak study berkaitan “healthy & unhealthy relationship”. Banyak lah topik yang aku dah discover sebab aku sangat teruja untuk memahami.
Banyak persoalan membelenggu aku dari kecil. Memahami pasal ni membuatkan hidup aku lebih sihat dan merungkai semua persoalan. Kalini seolah Allah “guide” satu persatu dengan hadiahkan ilmu.
Terbaca satu status ni, lebih kurang macam ni ;
“Kalau dia kata mertua dia baik, mesti dia pengantin baru” hahahaha.
Betul-betul tepat mengena sasaran. Since aku dah study macam-macam pasal “healthy & unhealthy relationship”, maka terserlahlah wajah sebenar mertua aku.
Since aku seorang yang “observent”, semua ilmu yang aku baca adalah sebagai mengesahkan ketoksikan diorang.
Actually benda pertama yang aku sedar bila banyak membaca pasal topik ni, woww! betapa ramai manusia toksik dalam dunia ni and the worst thing is, aku boleh label mak aku Narsis!
Orang yang paling aku doa supaya tak menjadi yang Allah pilih sebagai ujian buat aku. Uji lah benda lain. Tapi Allah lah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk tiap hamba-Nya.
“Dan Kami jadikan sebahagian daripada kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain”. [Surah al-Furqan, ayat 20]
Dalam memahami pasal “healthy and unhealthy relationship ” ni bukan je untuk kita tahu siapa yang toksik pada kita.
Tapi yang paling berharga bagi aku adalah ianya macam satu “relearn” balik untuk diri kita sendiri memahami, melakukan atau memulakan setiap perhubungan yang sihat dengan orang lain.
Berbalik pada topik asal, aku dapati mertua aku dan ipar perempuan aku sangatlah toksik.
“Hidden agenda” diorang aku boleh hidu. Kalau setakat tak suka aku, cakap-cakap belakang tu semua aku dah master haha. Tapi ni melibatkan kehidupan aku yang diorang nak campur.
Betul lah ada quote pasal hanya orang tak bahagia dan insecure je sibuk life orang ni. Haa memang betul! Mertua aku ni dua-dua macam anjing dengan kucing.
Aku tak paham laki bini dok bilik asing. Tak bercakap kecuali betul-betul penting. Masing-masing macam hidup menduda, menjanda.
Tapi bila masuk part diorang perlu bekerjasama untuk realisasikan agenda diorang, diorang boleh bersatu walaupun dengan cara merosakkan life orang. Yela Narsis ni kan anggap manusia sekeliling dia ni macam “benda” je.
Yang ipar perempuan aku ni pulak diperguna bapak mertua aku sebagai ejen risikan untuk mencari kelemahan, menyindir dan memprovok aku.
Dulu aku ingat dia lemah lembut, baik. Aku sangat kagum sebab dia rapat dengan bapak dia. Rupanya dia agak bod*h. Makin aku tak melibatkan diri dalam “game” bapa dia ni, makin terserlah lah wajah sebenar.
Bapak dia beberapa kali bagi soalan trick kat ipar aku tu untuk provok aku sebenarnya. Tapi anaknya lurus sangat. Haha
Isu keluarga mertua aku ni, kepala adalah bapa mertua aku. Haha. Aku boleh kata dia pun Narsis macam mak aku. Dua-dua ni agresif dok attack aku.
Dulu aku tak faham kenapa aku? Sekarang aku dah tau kenapa aku selalu menjadi target. Aku penat, penat sebab kena sentiasa berhati-hati.
Dalam keadaan aku sedar akan semuanya, aku sangat perlu waspada juga sebab benda berkait emosi.
Diorang tunggu peluang je dengan create all the chaos, triggering, pastu senang nak label aku gila, jahat etc with my reaction towards their on action.
Bila aku cuba merungkai satu persatu, rupanya diorang ada kebersamaan yang sama yang mana mak aku ada “Father issue”, bapa mertua aku ada “Mother issue”.
Kepala-kepala ni sangat licik. Tapi licik-licik pun, akhirnya terungkai semuanya.
Aku sedar siapa fake, siapa Narsis, siapa enabler, kad apa yang diorang tengah pakai (love bombing, triangulation, triggering, blame shift etc) I am just play along! Kalau aku boleh blahh dah lama aku blahh
Aku sebenarnya nak cerita terus apa yang menjadi isu. Tapi macam penat nak taip haha.
Cumanya untuk korang yang hadap isu sama moga kita berjaya lepasi ujian ni. Sama-sama lah kita mengharapkan pertolongan Allah dengan memperbayakkan amal soleh, dan zikir ;
Hasbunallah wanikmal wakil
La Ila Ha Illa anta Subhanaka Inni Kuntu Minazzolimin
Kepada ipar yang “enabler”, sudah-sudah la tu. “Every wrongdoing is a dept!”
– Membiru (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit