“Kalau Dia Kata Mertua Dia Baik, Mesti Dia Pengantin Baru” II

Untuk part I, (https://iiumc.com/kalau-dia-kata-mentua-dia-baik-mesti-dia-pengantin-baru/).

Hi. Aku membiru. Confessor yang mendapat banyak kritikan berbanding sokongan. Haha

Aku faham dan “expected” untuk menerima lebih banyak kritikan.

Hanya kerana aku tak bagi contoh? Ada je contoh tapi tak terperinci. Itu pun ada yang bagi kritikan dengan mengabaikan sebahagian point lain yang bersangkutan.

Kalau penulisan aku tak setaraf “penulis professional” juga aku akui.

Untuk pengetahuan, aku memang memilih untuk menulis secara general sahaja. Tak ada pulak syarat untuk hantar artikal secara terperinci masalah peribadi. Ada juga yang komen kata;

“Kadang-kadang kalau kita terlebih baca ni pun masalah jugak, suka nak judge orang, suka berperasangka buruk”

Come on.. Kau sendiri tau info yang aku bagi limited. Macam mana kau boleh cakap aku macam tu? Kau judge aku berdasarkan info yang dah jelas? Kalau artikal general cukup lah komen yang general.

Bukankah kau yang judge dan berperasangka buruk terhadap aku terlebih dahulu?

Berbalik apa aku cakap tadi, aku memang niat nak tulis secara general untuk orang kutip pengajaran sekadar topik yang aku ketengahkan.

Tujuan aku cuma nak mengingatkan kepada mertua-mertua, biras dan yang seangkatan dengannya untuk tidak memperlakukan yang tidak elok pada ahli keluarga “baru” yang tak sedarah sedaging apatah lagi yang sedarah sedaging.

Ingatan ni berbalik kepada kita semua juga termasuklah aku. Sebab kebanyakannya kita bukan sahaja memegang tittle menantu.

Tapi dalam masa sama jugak memegang tittle ipar, biras etc dan akan datang kalau panjang umur pegang tittle mertua jugak.

Buat benda tak baik ni kadang tak nampak dengan jelas dalam bentuk negatif kalau kau naif. So wake up! Don’t be so naive.

“Even salt look like sugar”

Orang yang naif ni biasanya salah faham dengan perkataan positif. Positif tak tentu hala.

Masyarakat kita ni memang ramai masih tak cakna pasal keluarga “baru”. Sebab tu banyak sangat isu mertua campur tangan.

Sebab yang keluarga “baru” tak cakna dia membawa haluan yang berbeza dengan keluarga mak ayah masing-masing.

Manakala mak ayah pula masih rasa dia “pegang” anak dia termasuklah menantu, cucu dan seluruh 7 keturunan!

Aku bagi contoh keluarga atau mertua yang cuba campur tangan.

Diorang kalau boleh nak memegang kuasa untuk menentukan hala tuju rumah tangga korang dengan menentukan tiap keputusan dalam semua hal.

Contoh pasal kerja tak kerja, anak jaga macam mana, rumah sewa dulu atau beli termasuklah kepada sekecil-kecil perkara cara masak, deco rumah dipertikaikan tak kena dengan cara dia.

Tak salah sekadar bagi pandangan, berkongsi pengalaman asam garam kehidupan atau berbasa basi orang kata. Tapi ni aku cakap untuk orang yang memang nak masuk campur.

Bagi aku kalau selagi tak melanggar hukum Allah, undang-undang mahupun memudharatkan atau menyusahkan sesiapa, lantakkan lah anak menantu tu nak urus keluarga diorang macam mana.

Nak nasihat jangan sampai memaksa, nak bagi pendapat jangan sampai tak boleh terima perbezaan. Dan tak perlu tiap inci perkara nak “betulkan”.

So apa yang aku maksudkan masuk campur tu? Yela kalau mak kau nak anak pilih A. A la jugak dia nak.

Tak kiralah kalau anak dia tak suka, menantu tak setuju, tak patut untuk cucu atau tak selari dengan kehendak Allah pun dia langgar.

Macam mana dia nak realisasikan kehendak dia tu? Mula-mula mungkin dia cakap direct.

Kalau dia takut anak menantu tak suka, dia mula tunjuk terpaling ambil berat, terpaling memahami etc semata-mata untuk mempengaruhi keputusan.

Kalau benda tu tak memudharatkan pasangan atau anak okay lah. Layan jelah. Ni kalau memudharatkan, sebabkan mak tu mula memujuk-mujuk secara halus, maka kau pun turutkan.

Kalau taktik ni tak jalan, biasa diorang akan cuba downgrade kan kau pulak. Kritik benda tak masuk akal semata-mata untuk dapat apa diorang nak.

Kalau kau tak tau self worth, lemah dan tak ada ilmu, maka kau sanggup memperjudikan keluarga baru yang kau bina semata-mata memenuhi kehendak mak bapak.

Jadi, walau serancak mana drama diorang, kau tau buat keputusan sepatutnya kalau kau sedar apa tu “healthy and unhealthy relationship”.

Bila kau sedar siapa drama atau tak, bukan bermaksud kau jahat. Tapi kau bijak tak mudah dimanipulasi.

Pastu pulak ada yang cakap aku judge mak bapak mertua aku sebab tidur asing. Weh point aku cakap diorang macam anjing dengan kucing tu kenapa tak petik sama?

Aku tak tahu lah kalau kau rasa duduk bilik asing sebagai suami isteri tu sesuatu yang sihat?

Sedangkan dalam Islam, asingkan bilik tidur tu terjadi bila isteri tak taat sebagai hukuman (mendidik). Tu pun bukan selama-lamanya. Dan kalau tak bercakap pun tak boleh lebih dari 3 hari.

Ni dah la tempat tidur asing dah macam selama-lamanya, pastu tinggal satu rumah macam orang asing siap bermasam muka manjang laki bini.

Kalau ya pun tidur tempat asing atas sebab-sebab kesihatan, kenapa kena macam anjing dan kucing?

Kau jangan kata aku samakan diorang dengan binatang pulak. Itu perumpamaan. Haishh

So kau nak kata aku pulak yang sibuk life mertua aku?

Aku cuma cerita berdasarkan apa yang aku nampak yang mana tu mungkin faktor diorang sibuk nak atur hidup aku.

Aku tak pernah jaja cerita buruk pasal diorang. Pernah ada saudara cuba nak korek cerita dari aku, aku ngelak. Tak ada aku nak nyampai-nyampai.

Yela mana tak pelik, semua urusan asing. Bukan urusan tidur je. Kalau gaduh pun sampai berlama-lama?

Jangan pulak kau kata aku tengah jaja cerita buruk mertua. Weh kau tak kenal pun aku mahupun mertua yang aku cerita tu.

Aku cerita sekadar bagi pengajaran tanpa kau kenal identiti dia. Isu ni aku dah terfikir dan tanya ustaz masa sekolah lagi haha.

Kalau dah tu pilihan hidup diorang, haa lantak laa. Cumanya, punya banyak benda boleh diperbetulkan dalam urusan rumah tangga diorang, diorang sibuk juga cuba nak kawal tiap keputusan hidup aku, rumahtangga, anak.

Setakat nak cakap belakang, benci aku diam-diam tu aku tak kisah sebab sekadar menjejaskan telinga aku bukan rumahtangga aku, my own happiness mahupun anak aku.

Satu lagi, quote atas sekali tu kalau tak ada kena mengena dengan hidup kau, tu bermaksud kita tak diuji dengan perkara sama.

Dah kau kata dari pengantin baru ke pengantin lapuk mertua kau baik jerr. Dah mertua kau baik ya Alhamdulillah.

Dalam banyak-banyak komen ada satu je yang paham apa cuba disampaikan. Tu tanda orang tu faham semua term aku cakap tu walaupun aku tak perlu cerita detail masalah.

Fine lah kalau dia kata penulisan aku syok sendiri haha. Akan diperbaiki.

Dulu aku tak faham sampai tahap ni. Mula-mula rasa mertua aku sangat baik. Tapi sikit demi sedikit menunjukkan wajah sebenar.

Bila matlamat diorang tak tercapai, karakter baik boleh berubah. Aku selalu question salah aku. Apalagi salah aku yang belum aku perbetulkan.

Muhasabah tanpa ilmu tak membawa jalan keluar pun, malah lagi membebankan.

Bila aku dah faham, tak perlu pun aku nak push diri aku mencari-cari salah diri yang tak ada.

Aku cuma perlu tahu apa betul dan apa salah, baru boleh kenal my own self worth, siapa yang tengah buat drama, siapa yang betul-betul nak nasihat/bagi pandangan membina, tak positif membuta tuli, tak self blame kepada sesuatu yang bukan salah sendiri etc.

Orang-orang yang buat jahat tu just abaikan tanpa perlu berdendam, mempersoal atau layankan. Lantakkan dia situ.

So masing-masing pilih la nak hidup dalam ketoksikan, denial atau sebaliknya. Life is a choice.

– Membiru (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *