Kalau Diberi Pilihan

Salam semua, yaa sebagaimana dengan tajuk diatas, kalau diberi pilihan, aku lebih rela jadi anak yatim piatu. masalah utama dalam family aku, aku bukan anak pilihan mak. aku lah satu2 nya anak paling bodoh dalam keluarga, paling bermasalah dan paling banyak ada penyakit. semua ni dah explain kenapa mak tak pernah suka aku.

mak aku memilih keputusan untuk mengumpat tentang aku dengan ayah kakak dan adik, dan xmemilih untuk tak bercakap dengan aku. tanya lah mana2 anak kat dunia ni, kata2 benci mak paling merobek hati anak2, berbanding kata2 orang luar. aku tak pernah kisah kalau siapa pun nak mengata tentang aku, tapi kata2 mak boleh buat seorang anak berfikir untuk bunuh diri.

nak dibandingkan aku dengan kakak dan adik, mereka sangat pandai, mak seringkali memilih untuk memuji dan berkongsi luahan hati bersama2 mereka. beruntungnya sebab aku tak pernah macam tu, rasa awkward dengan mak senidiri. apapun yang terjadi kat diriku, semuanya aku simpan sendiri.

Kesan kat diriku, aku mudah berdendam. aku pernah berjanji dengan diri sendiri, satu hari nanti aku tak akan balik ke rumah sampai lah aku mati. tapi dengan penyakit yang aku ada, tak mudah untuk aku hidup seorang diri.

Pengalaman yang menyakitkan apabila aku mendapat tawaran belajar, dengan sedikit harapan mak akan gembira dan akan peluk dan cium aku, tapi ternyata rupanya mak langsung tak gembira. mak tak suka aku sambung belajar sebab adik dah dapat tawaran belajar ke luar negara. mak suruh aku kerja.

dari beli barang dan semua surat2 yang perlu dicop, semuanya aku buat sendiri. dan disebabkan negeri yang aku menetap ni cuti pada hari jumaat, aku terpaksa ke negeri jiran untuk settle kan borang kemasukan aku. dengan kudrat yang aku ada, aku menunggang motosikal selama 3 jam untuk sampai.

aku gembira sebab aku dapat juga jejakkan diri ke menara gading, walaupun tiada dorongan dari ahli keluarga. jadi anak yang diketepikam ni penat kan? semua benda kena buat sendiri, paling banyak kena pujuk hati, tengah nangis atas moto pun kena kuatkan hati sebab aku hanya ada diri sendiri untuk bergantung. dah tak da sapa yang aku boleh harapkan.

mak selalu marah bila dia kena bagi duit untuk aku, dia cakap aku ni paling banyak dapat duit. sedangkan nak minta rm10 pun bergaduh macam nak putus hubuangan. sedara kandung yang dh kerja, mak sangat2 sayang. kalau bagi orang lain, duit tu bukan segalanya, tapi untuk diri aku, duit tu paling penting, sebab mak cuma layan aku baik2 bila aku boleh bagi kat dia.

aku selalu letakkan benteng positif atas semua kata2 mak sebab aku tak nak fikir negatif tentang mak. orang nampak aku ni kuat, semua benda aku boleh buat, aku tak suka harapkan orang lain, tapi sebenarnya aku sangat sunyi. aku tak ada orang untuk aku luahkan. kadang2 aku bertanya kenapa aku kena wujud kalau kehadiran aku tak bermakna apa-apa?

salah satu penyakit aku adalah, sakit mental. aku terlalu memendam. acapkali fikiran untuk bawa motor laju2 dan nak dilanggar supaya aku cepat mati. nak lari dari rumah, nak bunuh diri sendiri. aku selalu fikir, kalau aku tak ada dalam family ni, mesti mak suka kan? mesti family mak happy ja.

oh lupa, adik beradikku selalu gelakkan aku sebab aku cakap aku ada sakit mental, panggil aku orang gila, aku jadi bahan mereka ketawa. yaa tak ada yang faham. aku pernah terfikir nak rosakkan diri, nak keluar dari hidup yang bahagian aku adalah secebis puzzle, walau hilang atau rosak, tak akan memberi kesan apa2.

mak suka malukan aku, mak suka umpat aku tanpa dia sedar aku selalu mendengar dan kata2nya berulang ulang dalam kepala ku. mak tak pernah suka bila aku bagi hadiah. mak tak suka makan kalau yang masak tu adalah aku. maafkan aku, sebab hadir dalam hidup mak.

– Anak Tong Sampah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *