Hi, Assalamualaikum pembaca IIUM Confession. Aku Sepet kelahiran anak Pahang. Aku bangga bawa loghat aku kemana² hatta di bandar metropolitan sekali pun.
Tujuan aku confess ni bukan minta simpati tapi realiti yang perlu aku terima dunia ni bukan tempat aku.
Allahumma Solli Ala Muhammad.
Aku berhijrah kerana bawa hati yang terluka dan aturan Allah tu cantik bahkan tak terpikir dek akal fikiran..
Since aku baby until 24 tahun, aku sihat walafiat. Tak cantik tapi manis, dengan potongan badan 42-45kg dan tinggi 155cm. Kulit aku kuning langsat.
Aku ada boifren dulu dan perkenalan aku genap 7 tahun..
Tapi, dunia aku gelap bila aku diagnosis dengan penyakit autoimmune dimana (antibodi bercelaru) aku kena disebabkan kecuaian doktor.
Spatula yang diguna untuk check tonsil diguna pakai semula.. Sayang aku tak boleh sue sebab tak ada cctv bahkan tak ada saksi dibilik rawatan.. Kuman dah makan sendi, kulit dan juga saraf.
Setakat ni alhamdulillah susur galur family aku tak ada yang kena dan aku la waris pertama pencetus tu.
Since perubahan yang drastik kat atas fizikal tu aku kena tinggal dengan boifren yang janji sehidup semati dan nak jaga aku sampai aku sihat..
Tapi bukan yang ni aku nak ketengahkan.. Aku dah pun bahagia, doakan aku dipermudahkan segala urusan..
Jari aku kemungkinan cacat selamanya.. Dahulu aku boleh uruskan diri. Aku boleh berlari dekat track tasik 10 lap dan aku suka workout.. Hobi aku gila.
Tapi masa aku sakit teruk aku tak mampu, mandi dan urusan harian aku family yang uruskan.
Aku juga ada raynaud phenomenal dimana aku tak boleh berada di suhu yang sejuk.. dan tapak tangan aku akan berubah jadi mayat hidup dan pucat.. Dan segalanya berubah sejak dari tu.
Sebetulnya “berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul”
Aku sebenarnya penat berperang dengan diri sendiri, diluar aku kuat, mampu tersenyum tapi di dalam aku rapuh. Aku kuat sebab “FAMILY” ..
Kadang even aku dah reda dengan ujian ni, aku jadi orang yang tak bersyukur dengan nikmat Allah.
Aku doa aku nak kembali sihat dan duduk di waktu umur 24. Tapi mak aku pesan “kita pun tak sebaik hamba, jangan minta melebihi, DIA dah bagi apa yang kite perlu”
Bukan kerna aku benci, tapi sekeliling yang jadikan diri aku insecure. Aku kena palau sebab sakit ni, kena betray, orang gunakan aku. Tapi yang jujur dengan aku semoga Allah berkati kehidupan kalian.
Baru ni aku dipanggil temuduga dekat syarikat “sparepart” kereta yang agak famous, selalu juga keluar dekat youtube channel..
Permulaannya smooth, tapi bila penemuduga buat bahan lawak penyakit autoimmune ni aku speechless.
Siap pertikai lagi kenapa wajah sihat aku tak sama dengan wajah aku sekarang dan siap cakap aku tipu dan ambik gambar orang lain..
Bahkan siap merendahkan² lagi kemampuan aku. Siap gelak lagi cakap boleh ke aku pegang, “batang mop dan penyapu” . Perlu ke aku di downgrades sebegitu sekali?
“DIA” akan ada anak, ada cucu, ada adik perempuan. Tak akan sekelumit tiada perasaan di hati?
Entah la, betula lidah tak bertulang lagi tajam dari mata pedang, orang seperti “DIA” buat orang special mcm aku rasa tak layak hidup kat dunia. “DIA” yang membunuh jiwa² dan harapan aku.
Bukan aku nak bangga, tapi aku mampu drive pergi dan balik kerja, bahkan aku juga boleh memasak, masakan kerja hakiki macam tu tak mampu aku lakukan.
Aku dah mampu solat normal, Aku dah boleh berlari dan melompat dengan izinNya..
Yer pengalaman kerja aku banyak, tapi aku kalah dengan wajah yang huduh.. Aku bangga sebab aku kuat berjuang lawan penyakit ni.
Sedangkan aku mampu buat semua tu, kesihatan aku ada improvement..
Alhamdulillah, aku ingat lagi bulan 7 tahun 2020 doktor pakar cakap aku sebenarnya tak boleh sembuh dan hidup lama, dan Harini Allah izinkan aku bernafas untuk beri aku peluang perbetulkan jalan dan kehidupan aku..
Ye lepas habis temuduga, aku nangis semahu-mahunya.. Kalau la kehidupan ni diberikan pilihan, aku tak mahu lalui ujian ni. Perit.. dan aku sakit.. Dada aku sesak.
Allahumma Solli Ala Muhammad.
Orang cakap jadikan kata² sebagai pembakar semangat tapi hakikat bagaikan setajam belati.
Kadang aku rasa lebih baik Allah tarik nyawa aku dari aku perlu hadap dunia yang sebegini tapi bila aku renung kembali, susah payah mama lahirkan aku, sebegitu aku minta?
– Si Sepet yang perlukan motivation dan positive vibes (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit