Kalau Korang Boleh, Kenapa Aku Tak Boleh?

Aku Kingzel, bukan nama sebenar tapi sekadar memudahkan cerita aku tanpa mengaibkan sesiapa.

Aku hanya gadis biasa pada umumnya di usia remaja. Suka buat aktiviti yang mengikut kata hati atau pengaruh rakan sebaya.

Tak mudah bagi aku yang masih mentah untuk hidup dengan cara yang ‘normal’ selayaknya.

Aku seorang yang ambivert sejak aku 13 tahun disebabkan beberapa insiden dan keadaan yang mengubahkan aku. Sejak kecil, aku seorang yang periang dan hyperactive.

Semuanya tak lama sehingga aku berumur 8 tahun iaitu ketika aku masih dibangku Tahap 1 Darjah 2.

Pada pertengahan bulan, aku terpaksa pindah sekolah kerana mak dan ayah aku bekerja di Singapura jadi tiada siapa mampu menjaga aku.

Abang dan Kakak ipar aku terpaksa pulang ke Sarawak kerana abang aku harus kembali bekerja untuk menjaga keluarganya sendiri.

Aku yang kesendirian tanpa pengasuh dijaga oleh Mak Uda aku dan bersekolah di sekolah yang sama dengan sepupuku agar memudahkan dirinya untuk menghantar dan mengambil aku dari sekolah.

Aku mula hidup dalam lingkungan yang agak kasar dengan aku. Sekolah baru tu agak ramai muridnya jadi sekolah tersebut ada 2 sesi iaitu sesi pagi dan petang.

Sesi pagi ialah waktu untuk Tahap 2 iaitu Darjah 4, Darjah 5 dan Darjah 6 belajar dan sesi petang adalah waktu Tahap 1 iaitu Darjah 1 hingga Darjah 3 belajar.

Dipendekkan cerita,aku yang pada ketika itu yang masih berada di bangku Darjah 2 tentunya akan masuk pada pukul 1:00 tengahari.

Terkadang dihari ibu dan ayah aku cuti merekalah yang menghantar aku ke sekolah. T

api perjalanan nak ke sekolah tu agak jauh, sampai kena naik tol. Kalau Mak Uda aku yang menjaga aku awallah sikit dari mak ayah aku hantarkan.

Aku dibuli oleh rakan-rakan kerana aku datang lambat. Padahal, ada je hari aku awal kerana Mak Uda aku yang menghantarkan aku.

Tak cukup dengan ejekan, ditambah dengan cikgu-cikgu aku yang tak prihatin dan selalu menilai aku walaupun bila difikarkan balik takde sedikit pon salah aku yang menyusahkan mereka.

Pernah 1 kali tu, Sekolah boleh bawa mainan ke sekolah sebab waktu tu akhir tahun. Aku ada koleksi mainan patung barbie je sebab aku takde kawan langsung kat sana.

“Dah besar pun main anak patung lagi ke?”

Soalan tu kelihatan biasa je,tapi untuk seorang budak 8 tahun macam aku ayat itu sangat menyakitkan hati.

Kat situ aku hanya berkawan dengan budak-budak India je. Walaupun tak lebih tapi mereka lah yang memahami aku lebih dari kawan Melayu lain.

Diorang semua pinggirkan aku. Diorang jijik dan anggap aku datang lambat sebab aku pemalas.

Aku masih ingat siapa orang yang menegur aku buat pertama kali di sekolah itu, dialah juga orang yang memalukan dan meninggalkan aku sendiri.

Aku juga masih ingat siapa yang pernah aku anggap ‘kawan baik’ tapi sebenarnya dia hanya kesian kerana aku tiada kawan dan dia ada kawan yang lebih rapat dari aku.

Hidup aku rasa kosong,semua tak kena. Bab menipu cikgu aku memang power. Diorang marah? Lantaklah!

Aku tau untuk sekolah yang cemerlang dan terbaik, tentunya akan tegas. Tapi bagi aku, itu masih belum cukup cemerlang.

Disini aku hanya meluahkan sedikit pengalaman agar semua orang faham. Tak semua orang sama seperti yang kau fikirkan, mereka juga berhak bahagia.

Masih panjang untuk aku jelaskan alasan aku ‘berubah’.

Cukup sedikit pengalaman dan kutandakan noktah disini.

– Kingzel (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *