Aku tahu, menjadi suri rumah ni banyak cabarannya. Ramai yang ingin bekerja kembali kerana ingin menjaga diri dan kewarasan mereka.
Ada juga, suri rumah yang cemburu dengan ibu-ibu yang bekerjaya kerana kata mereka, ibu yang bekerjaya ni di ofis boleh bersenang-lenang tidak perlu menghadap karenah anak setiap masa.
Tapi, terbalik pula bagi aku.. aku pula, aku cemburu dengan ibu yang menjadi suri rumah kerana mereka ada banyak masa bersama anak mereka. Mereka ada di setiap milestone anak. Banyak masa boleh masak beraneka juadah dan resepi untuk anak cuba.
Walhal, aku pula sebagai seorang ibu yang bekerjaya, aku tak ada nikmat yang macam kalian ada. Aku tak mampu nak buat untuk anak aku bermacam-macam resepi yang aku tengok di tiktok untuk anak aku sebab masa aku suntuk.
Pukul 5.00 pagi aku akan bangun, masakkan bekalan untuk anak aku yang berusia 11 bulan, bekalan untuk waktu breakfast, lunch dan snack time. Tahu-tahu je jam sudah pukul 6.00 pagi. Sudah tiba pula masa untuk aku bersiap sementara suami aku mandikan anak aku untuk get ready go to school.
Pukul 7.00 pagi aku keluar rumah bersama suami aku ke tempat kerja kami. Pukul 7.30 malam, baru lah aku pickup anak aku dari school kerana terpaksa menghadap jem tiap hari nak balik rumah dekat 1 jam lebih perjalanan balik setiap hari kerana menghadap jem.
Itulah dia, anak aku orang pertama yang sampai di school dan anak aku jua lah orang terakhir balik dari school.
Setiap kali, aku nak pickup anak aku.. sumpah aku rasa aku ni macam worst mom sebab aku terpaksa biarkan anak aku duduk school lama-lama tunggu aku sebab aku kena work, kalau tak work macamana nak bayar komitmen.
Pukul 7.30 malam tu pickup anak aku balik rumah terus rushing nak masak malam pula untuk anak aku dan husband. Semua benda nak terkejar-kejar sebab anak aku tidur awal, pukul 9.30 macam tu dia dah ngantuk nak tidur.
Siap masak semua pukul 8.30 malam, semua makan then, aku ada masa at least 1 jam je sehari untuk aku spent masa aku dengan anak aku.
Kadang-kadang, sebab dia terlalu penat sangat, waktu aku pickup dia dari school dia dah tidur dalam kereta. Tak sempat aku nak berborak dan bermain dengan anak aku. Cuma, yelah.. aku cuba sedaya upaya aku untuk berikan yang terbaik untuk dia.
Minggu depan anak aku akan menginjak umur 1 tahun. Wah, sekejapnya masa berlalu. Aku rasa baru semalam, aku melahirkan dia, dukung dia, menyusukan dia, menyuapkan dia makan.
Ya, aku terasa bagaikan semalam semua itu terjadi tapi siapa sangka minggu depan genap 1 tahun sudah dia. Walaubagaimanapun, aku bersyukur kerana Allah berikan aku sedikit sebanyak kesempatan untuk aku menjadi orang pertama dalam menyaksikan setiap milestone anak aku.
Daripada tak boleh angkat kepala, kini dah pandai angkat kepala. Dari tak reti meniarap dan kini pandai meniarap. Dari tak pandai duduk kini pandai duduk. Dan dari tak pandai merangkak, kini sudah pandai merangkak.
Alhamdulillah untuk nikmat itu. Setiap milestone dia, aku tak nak terlepas dari rekod semuanya supaya aku boleh tengok berulang kali.
Aku cemburu dengan ibu yang suri rumah kerana mereka dapat masak beraneka resepi untuk anak mereka. Padahal aku pula, boleh kira dengan 5 jari saja, resepi yang biasa aku masakkan untuk anak aku. Kalau tidak nasi buttermilk mesti speggeti. Itu jelah yang dok ulang-ulang tiap hari.
Lagi satu kentang goreng wedges dan chicken oat. Itu jelah tiap hari pusing-pusing yang itu saja. Sebabnya, tak banyak masa. Tak de masa nak fikir buat benda lain kecuali hari weekend saja lah yang mampu untuk masak pelbagai sedikit untuk anak aku.
Sian.. anak ibu.. mesti anak ibu bosankan.. makan benda yang sama je. In syaa allah, kalau ibu ada rezeki jadi suri rumah sepenuh masa, apa je yang anak ibu minta.. in syaa allah ibu buat.
Belum lagi, part bila anak kita sakit. Ya allah, yang ini sangat menguji ya. Kita jadi terikat dengan kerja dan anak. Bila kita ni hantar anak kita ke taska, memang anak kita sangat mudah dapat sakit.
Bila anak kita sakit, kalau boleh kita nak duduk dengan dia kalau boleh lama-lama sampai dia betul-betul sihat. Tapi, tulah susah sangat bila kita ni bekerja.
Bila kita baru nampak anak kita nak sihat tu, terpaksa dengan berat hati hantar semula ke taska tu sebab kita dah cuti lama, boss pun dah banyak kali tanya bila kita nak balik ofis.
Hmmm walaupun kita tahu, punca anak sakit dari situ. Tapi, how? Nak buat macamana lagi? Itu je taska yang nampak trusted dan accept baby bawah 1 tahun.
Tiap kali anak aku sakit, dan tiap kali aku nak hantar semula dia ke taska tu semula.. tiap kali itu aku rasa nak menjerit menangis betapa aku tak sanggup dah nak hantar anak aku masuk sana sebab aku tak sanggup nak tengok anak aku sakit lagi.
Beruntungnya, ibu yang suri rumah mesti anak jarang sakitkan? Sebab anak duduk dengan kita. Kita akan jaga kebersihan setiap benda kita akan teliti.
Hmmmm.. semoga suatu hari nanti aku dapat menjadi suri rumah sepenuh masa. Aamiin.
– Mai (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Enough la sis sibuk nak compare kelemahan diri sendiri dengan orang lain. better fokus dekat diri sendiri & jgn segan minta tolong dari husband berkali-kali. jgn biarkan diri sis terbeban sorang sorang handle anak, family & rumah. suami isteri kena bekerjasama tolong each other baru adil.
hi Mai. bagi saya anda seorang yang hebat. bagi saya, semua ibu-ibu (suri rumah dan bekerja) semua hebat-hebat. semua ada ujian dan cabaran masing-masing. point penting, jangan bandingkan kehidupan kita dengan kehidupan orang lain. selagi mana kita bandingkan, selagi itu kita tak akan rasa puas. gunakan situasi sedia ada kita ni semaksimal mungkin. semoga semua urusan mai dan keluarga sentiasa dipermudahkan.
Salam,
Dulu kat dunia nih, cuma wujud lelaki provider, lelaki provider semua hal ehwal keluarga, dari kewangan, keselamatan, kesihatan, kebersihan dan kemaslahatan keluarga dia urus. Sangat powerful yer, semua area dalam rumahtangga dia boleh cara, tugas wanita hanya jaga dia, anak anak, maruah dia & harta dia, siapa kata, Al Quran & Hadith yang kata, sebab tuh lelaki provider jadi rebutan ramai wanita, tak ada wanita yang akan tolak lelaki macam nih, bila kahwin dengan lelaki macam nih wanita akan rasa macam mana jadi wanita yang sebenar, sebut jer kat mulut, apa yang dia nak mesti suami akan sediakan.
Lelaki provider bila family ada masalah kewangan, bila ekonomi negara tak stabil, expenses tinggi, dia boleh cope, dia auto buat 2 kerja, dia auto overtime, dia auto call kawan minta extra job. Dia tegas isteri tak perlu keluar rumah, stick kat rumah jaga anak anak, isteri nak berniaga, beraffliate kat rumah silakan, asalkan masa dengan keluarga tak terganggu. Ramai isteri isteri surirumah boleh kumpul duit sendiri hanya dari bisnes dari rumah, pun begitu lelaki provider tetap akan provide isteri & anak anak. Dia tak nak isteri bayar itu ini, duit isteri, isteri punya, lebih baik isteri simpan untuk masa depan, beli emas atau belanja kat anak anak. Ini personal power lelaki provider, lelaki yang sangat sederhana, isteri tak ada duit, dia tanggung, isteri ada duit pun dia akan tanggung. Dia laser fokus pada tugas dia, adakah lelaki provider sempurna, tak ada lelaki sempurna, tapi kalau nak sembang pasal lelaki yang mentality solid, money discipline, problem solver, family man, semua nih ada dalam lelaki provider.
Seiring dengan zaman, yang mana budaya barat banyak diserap dalam budaya orang Melayu islam, wujud lah Lelaki Split Bill, 50/50. Nih lelaki acuan barat & diterima baik dikalangan wanita Nusantara. Lelaki Split Bills nih, dia tak ada personal power dalam financial, dia boros, cepat emosi bila bercakap tentang expenses keluarga, tak cakna ekonomi negara. Mereka mesti ada back up dari pihak wanita untuk teruskan hidup. Sama ada wanita tuh awek dia, tunang dia, isteri dia atau emak dia. Lelaki Split Bills dia suka bermewah & ada personal luxury lifestyles, kerana prinsip mereka, lifestyle dia, tapi orang lain tanggung. Siapa yang tanggung, wanita yang paling dekat dengan dia yang akan tanggung separuh, malah ada yang tanggung full lifestyle dream dia. Nak beli kereta mahal yang dia tak mampu, On. Nak rumah yang dia tak layak loan. On. Nak pakai kad kredit yang dia tak patut ada. On. Nak travel ke tempat yang tak sesuai poket dia. On. Nak buat personal loan yang dia tak perlu pun. On. Dia ada impian, siapa yang fullfil impian dia, wanita yang paling dekat dengan dia. Macam mana dengan impian wanita pulak, bukan urusan dia. Nih lelaki acuan barat. 50 tahun lepas tak wujud lelaki jenis begini yer.
Ramai wanita kena tanggung hutang kredit kad suami, hutang kereta mewah suami, hutang rumah mewah suami, percutian mewah suami, hutang personal loan suami. Suami tak nak downgrade lifestyle dia. Barang harga naik, interest naik, expenses naik, habis simpanan isteri, habis gadai emas isteri, tak cukup, pinjam duit sana sini, tak cukup, isteri dia mengandung pun kena kerja untuk lunaskan bil bil rumah. Dia tak akan buat 2 kerja, buat extra job. Dia tak peduli, anak kecik masih merah lagi, isteri dah kena naik kerja. Tinggal anak kat pengasuh. Lifestyles dia lebih penting dari anak bini. No way dia nak downgrade Honda ke Saga. No way dia nak downgrade ground house ke flat, no way dia nak bayar cash, wajib swipe credit card nak nampak profesional di mata cashier. No way dia nak downgrade ducati ke kapcai. Serba serbi no way.
Jadi mana isteri isteri yang ada suami Split Bills bukan takat kena kesian, atas atas lagi kesian, kesian level tinggi, kenapa, sebab mereka tahu mereka kena financial abuse, and mereka kena accept abuse tuh, kena redha, dalam agama fitrah wanita, stay at home jaga keperluan suami & anak anak. Bila wanita hidup diluar fitrah dia, dia tak akan pernah gembira, yang mana kata wanita bekerja boleh kaya raya, nope, boss diorang yang tambah kaya, wanita bekerjaya nih cara kerja mereka solid, jadi boss yang untung. Suami diorang pula yang tambah muda & bergaya. Diorang muka nampak tua, rambut makin beruban, makan pun kelam kabut, tidur tak cukup. Bergaya macam mana, nampak enjoy dengan kawan kawan, trauma kat wajah tetap nampak, eh dah pakai banyak produk, kenapa garis nih tak hilang, itu garis trauma, benda yang dipendam keluar di wajah.
Kita boleh dapati zaman now, kat social media mahupun dunia realiti, ramai isteri isteri dah mula tegas, mereka tak nak lagi accept financial abuse, isteri nak balik ke fitrah dia macam mana yang ada dalam agama yang dah di corak untuk dia dari azali, duit dia 100% hak dia. Isteri mula simpan duit sendiri, no 50/50, time isteri malas shopping bil 30/70, time isteri nak belanja anak anak, bil jadi 10/90. Time isteri nak simpan duit bulan tuh, 100/100 suami wajib bayar semua bil, full mark isteri bagi. Isteri dah mula simpan rambut panjang, perlahan lahan dia pass satu satu bil kat suami, muka suami yang muda dah start menua. Suami yang bergaya dah start kusut masai.
Isteri mula tak bayar bil bil yang suami suruh, ada yang kereta suami kena tarik, si isteri buat muka tak tahu, sebab isteri fed up nak kena habiskan gaji dia bayar Rm900 tiap bulan hanya untuk kereta suami. Ada yang personal loan suami sangkut CCris, suami siap tunjuk statement kat isteri, isteri buat derk jer. Ada yang kad kredit suami decline, isteri tak ambil port. Ada suami yang complain, isteri dah tak bawa dia travel ke tempat mewah, isteri masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Paling dahsyat, si suami marah & tak terima isteri tak nak share bil bil lagi, suami larang isteri balik ke fitrah, larang isteri bercita cita nak jadi surirumah. Booooommm isteri tukar suami dengan orang lain.
Kalau isteri isteri bekerjaya dah balik ke fitrah dia, first thing first, isteri dah start faham hak dia dalam agama, duit dia hak dia 100%. Dia akan start menyimpan. Suami tak boleh dah nak manipulates duit dia. Suami nak guna agama, tak wujud 50/50 dalam agama. Nak guna budaya, tak wujud budaya Melayu 50/50. Suami tak boleh buat apa, terpaksa terima diri isteri yang baru atau suami akan diganti dengan suami baru. Wanita dalam fasa nih tak akan terima anything bullshit dari suami. Banyak kes macam nih, terlalu banyak. Banyak isteri isteri yang bekerja, bila dah sampai waktu dia nak balik ke fitrah. Dia auto tolak semua bil yang bukan tanggungjawab dia sebagai isteri. Ada isteri yang tahun pertama dia balik ke fitrah, boleh ada simpanan Rm30k hingga Rm50k. Wanita nih auto boleh decides nak jadi housewife ke, nak jadi business woman ke, nak beli asset ke, nak melabur ke. Dia ada banyak pilihan yang dia fikir cuma angan angan jer selama nih.
Jadi adakah wanita bekerja balik ke fitrah dengan menjadi surirumah, nope, keadaan tak akan berubah. Wanita bekerja kena faham dahulu, duit dia adalah hak dia, dia boleh reject sebanyak mana bil bil yg dibentangkan pada dia. Simpan wang hasil kerja dia yang berpenat lelah tuh dulu. Sebelum jadi surirumah, kena jadi suriwang dahulu. Kalau wanita bekerja terus lompat jadi surirumah, ada wang simpanan, wang akan habis bayar bil & bila start berniaga dari rumah, ada untung 4,5 ribu sebulan, tetap kena 50/50 dengan suami, jadi masih tak ada dalam fitrah wanita, tetap di luar fitrah, walaupun badan di rumah. Jadi fitrah bukan tentang lokasi, tapi hak diri, bila dah capai, baru ada ketenangan sebagai seorang isteri dan ibu. Jadi please, ikut tertib yang betul.
Kepada surirumah yang dah lama dalam fitrah, yang dah legend, hati hati anda ada pesaing yang baru, kalau cikgu jadi surirumah paling koman dia join zumba jer. Kalau dia nurse atau doktor, bersinar rumah dia, berkilau, sebab nurse dan doctor wanita ada aura healer. Yer kalau mereka berniaga ubatan dari rumah, serupa farmasi, Rm15k untung sebulan tak lari. Jadi kepada surirumah legend, pastikan rumah anda bersih, tersusun, dapur bersih, anak anak rambut kemas & anda sentiasa cantik. Kalau berniaga dari rumah, berniaga lah bersungguh sungguh, jangan jual barang yang anda tak pakai, nanty nak review kat customer payah.
Tutup salam.
terharu baca confession nie..anda seorang ibu yang baik :)
Puan, you are a good mom..rajin serba- serbi dan sangat concern pasal anak. Saya pun tak pandai sangat nak advise tapi utk bab masak tu mungkin puan boleh buat early prep..for both you and husband, you boleh masak lauk 4-5 jenis masa weekend & frozenkan. Bahan tumis & vege boleh potong/blend siap..sambal/rencah pun boleh masak siap & simpan dlm fridge..so masa utk puan memasak akan jadi semakin singkat & mudah..utk boost immune anak, time weekend boleh masak pelbagai dish yg berasaskan sayuran, ikan, meat etc dan boleh juga bekalkan anak 1 jenis buah setiap hari di taska..semoga puan diberi ketabahan dan dipermudahkan urusan
dah tau selera besar komitment tinggi lagi mau komplen itu ini pastu lagi mau menganjing surirumah acah2 jeles la sgt. hadap jela idup ko tu da pilih kawin jenis laki mcmtu. last2 anak2 pun terabai.