Untuk part I, (https://iiumc.com/kalau-menang-dapat-sejuta-ke/).
Assalamualaikum, terima kasih admin sudi siarkan confession Ina. Terima kasih buat semua yang sudi komen, Ina baca dengan lapang dada, Ina baca semua komen yang ditinggalkan.
Ina minta maaf andai confession Ina telah membuatkan ramai wanita2 rasa marah, tak puas hati & makin sakit hati lepas baca tu.
Hanya orang yang sakit akan menyakiti, terlalu banyak dan dalam rasa sakit yang dirasai sampai seseorang tu tak sedar yang percakapan, perbuatan & penulisan itu mengguris hati orang lain.
Jadi Ina faham. Semua orang ada kesakitan yang terpendam, yang disimpan, yang tak diluah lalu dikeluarkan dalam bentuk kata-kata atau perbuatan yang mencederakan orang lain.
Kita semua ada rasa sakit, perit , kecewa & rasa nak putus asa dengan hidup.
Kita semua rasa sakit tu sebab kita semua diuji. Allah turunkan ujian buat kita. Allah takkan uji kita dengan sesuatu diluar kemampuan kita.
Setiap orang ada kisah dan cerita masing2, pelbagai kisah ranjau. Ina pernah berada di mahkamah syariah, mendengar pelbagai kisah rumahtangga yang dibicarakan. Dari satu ke satu kes.
Paling Ina ingat adalah kisah sang isteri yang diceraikan suami di tepi highway dan suaminya tinggalkan isterinya di situ terkontang kanting berjalan sendiri untuk pulang selepas diceraikan di tepi jalan.
Ina tahu rasa disakiti, rasa dikecewakan, rasa sakit dipukul tanpa sebab. Rasa dipandang hina, dibuat kita ni macam kain buruk yang tak berharga. Ina tahu, rasa dan faham.
Apa yang Ina kongsikan dalam confession sebelum ni adalah, kita wanita yang hebat yang kuat berhak memilih untuk bahagia dan berhenti disakiti.
Kita boleh buat keputusan yang terbaik untuk diri kita sendiri. Sayangi diri kita dulu. Cari kekuatan untuk keluar dari suasana toxic andai kita dah buat yang terbaik dan kita dah beri yang terbaik.
Kehidupan kita adalah tanggungjawab kita. Kita yang buat keputusan, tak ada siapa pun yang boleh paksa kita buat sesuatu yang kita tak nak buat. Tiada.
Apa2 yang terjadi semuanya dari apa yang kita pilih sendiri. Orang boleh beri cadangan itu ini tapi di akhirnya kita yang memilih. Lantas kerana itu kita perlu bersedia untuk bertanggungjawab atas apa yang kita dah pilih.
Bila kita buat keputusan untuk stay dalam perkahwinan yang toxic, kita perlu bersedia untuk disakiti mental dan fizikal sebab kita yang memilih. Kita boleh memilih untuk keluar dari situ tapi kita tetap pilih untuk stay. Jadi harungilah apa yang telah kita pilih.
Kita berhak untuk bahagia. Kita berhak buat keputusan yang terbaik untuk kehidupan kita.
Kita wanita, Allah jadikan sangat kuat dan hebat, mampu menanggung sakit bersalin berkali-kali, mampu bersabar walau berulang kali disakiti, mampu berkorban dan pura-pura bahagia asal pasangan tak tinggalkan kita. Kita sangat kuat.
Tapi kadang kala kita sendiri ragu dengan kekuatan diri kita. Kita takut nak berdepan dengan masa depan yang kita tak pasti hala tujunya.
Kita sanggup menerima “takpelah walau aku disakiti tapi sekurang-kurangnya aku masih ada suami dan tempat untuk berteduh”.
Bila kita dah memilih begini, bertanggungjawablah atas pilihan yang kita buat. Jangan hanya tahu berkeluh kesah tanpa cuba membuat sebarang perubahan.
Ina sebenarnya sedih, sedih kerana wanita membiarkan dirinya disakiti berulang kali walau kita ni berhak untuk bahagia dan bebas dari cengkaman lelaki durjana.
Sampai bila kita mahu gunakan play victim untuk orang kasihan dan simpati tanpa kita sendiri usaha untuk keluar mencari bahagia sendiri?
Ujian akan tetap ada, walau apa jua yang kita pilih sebab kita ni hamba yang layak untuk diuji. Ada beza ya confession yang sekadar meluah tanpa usaha, hanya minta kasihan & simpati.
Ada confession yang menceritakan detik2 ketika dia teruji, apa tindakan yang dia buat untuk merubah keadaan tu.,
Dan setelah dia lakukan yang terbaik tapi keadaan masih tidak berubah, dia teruskan tindakan sendiri untuk mencari bahagia. Banyak yang kita belajar dari confession begini.
Ada confession yang kita baca meminta pertolongan atau pendapat- ini adalah contoh wanita yang bersedia untuk bertindak,
Sebab wanita begini akui dirinya dalam suasana toxic dan mungkin keadaan masa tu membuatkan dia buntu lalu meminta pendapat orang lain untuk membantu. Yang ni ramai yang akan beri komen positif dan tak kurang juga yang akan judge sahaja.
Confession yang perlu diperbaiki adalah yang sekadar meluah tanpa mengharapkan apa2, apa nilai yang kita boleh belajar, apa yang patut dibuat, tiada.
Wanita yang masih rasa dirinya betul & orang lain salah tanpa dia cuba usaha untuk menjadikan dirinya lebih baik. Masih ego untuk akui kesilapan dan kesalahan diri.
Ina sentiasa sokong wanita. Kita sama. Perlu saling menguatkan. Tapi kita juga tahu wanita sememangnya kuat drama.
Untuk pandu kecelaruan emosi perlu dengan ilmu. Kita boleh bayar yuran nak ambil lesen kereta sebab kita nak ada lesen untuk bawa kereta bagi memudahkan kehidupan seharian kita.
Tapi tak ramai yang sanggup laburkan duit untuk ilmu menambah baik nilai diri sendiri. Untuk pecahkan benteng ego sendiri. Mereka lebih sanggup hidup penuh kepura-puraan asal nampak gah di depan orang ramai.
Ina bukan nak promote, Ina cuma nak sebarkan awareness yang kita wanita ni dijadikan bukan untuk disakiti semata-mata tapi kita wanita dijadikan untuk jadi seorang yang hebat seperti Siti Khadijah. Memang sejak Ina follow Kamalia Kamal, kehidupan Ina berubah 360 darjah.
Dari sering menjadi mangsa, mampu berdiri untuk buat keputusan hidup sendiri. Mampu kawal emosi dari masalah overthinking yang melampau, mampu buat apa yang Ina suka tanpa memikirkan apa orang kata.
Bebas dari penjara emosi sendiri. Kalau tak percaya, cuba check sendiri fb page kamalia kamal, ig & boleh dengar podcast juga di spotify. Ramai yang memperjuangkan tentang wanita.
Tapi Kamalia Kamal telah membuka satu sisi pandang dalam diri Ina yang Ina ni layak untuk bahagia tanpa lagi dibelenggu kesakitan masa silam. Perjuangkan kehidupan kita. Hidup kita, tanggungjawab kita, keputusan kita.
Moga semua wanita bertemu bahagia di dunia dan di akhirat sana. Kita berhak untuk bahagia. Bertindaklah untuk mendapatkannya, jangan hanya menyalahkan orang tanpa kita sendiri berusaha untuk memperolehinya.
Salam sayang.
– Ina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit