Kalau Mereka Pandai Berjimat

Assalamualaikum.

Hampir 90% dari kawan-kawan seusia aku memohon PTPTN untuk sambung belajar. Aku tak bangkang langsung pun keputusan mereka ni. Bagi aku, bantuan macam ni dapat menyenangkan kehidupan pelajar di IPT kalau mereka pandai berjimat. Tapi itu lah..

“KALAU MEREKA PANDAI BERJIMAT.”

Aku cuma nak tegur segelintir rakan- rakan sebaya yang syok betul habiskan duit pinjaman mereka setiap bulan. Ini cuma pemerhatian aku terhadap orang yang dekat, yang aku jumpa hari-hari so tak ada istilah tuduh tanpa usul periksa ye. Antara tabiat mereka ini termasuklah :

1. Keluar berjimba terlalu kerap. Mungkin dalam 3-4 kali seminggu. Kalau dah memang duduk bandar, aku tak heran. Tapi ini kes yang kolej jauh dari bandar. Sewa kereta pun nak yang kereta upper class je.

2. Dah kalau keluar ke bandar pun kerap, shopping pun selalu la kan. Sekali keluar RM 100 mesti wajib terbang. Ini memang peruntukan untuk kehendak sendiri bukan keperluan. Belum kira lagi sesi makan di cafe hipster sebelum balik kolej.

3. Join MLM. Golongan ni, terutamanya students dah tahap kronik aku rasa sebab otak mereka ni tak boleh terima langsung apa apa sekali yang menyalahi prinsip “bisnes” mereka. Last time aku check senarai 10 orang terkaya di Malaysia, tak ada pun yang join MLM.

Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku duk sibuk sangat nak complain. Atau mungkin ada yang rasa aku jealous kot sebab mereka ni ada duit selonggok. Ini sebenarnya sebab kenapa :

“Wei, duit aku dah tinggal sikit..”

“Bila la duit ptptn aku nak masuk lagi ni”

“Kau rasa banyak ni cukup tak untuk survive sampai akhir bulan?”

Aku yang tak ada kena mengena dengan ptptn pun boleh naik haru kalau dengar ayat-ayat macam ni hampir setiap hari. Aku kesian sebenarnya tapi setiap kali duit masuk, mereka ni tetap juga dengan perangai yang sama. Ada juga yang kecam golongan yang tak pinjam PTPTN sebab katanya menyusahkan mak bapak. Bagi aku yang guna simpanan sendiri, memang lagi kedekut la aku nak belanja duit.

Nasihat aku kepada golongan yang berkenaan, tolonglah belajar bezakan keperluan dan kehendak. Nak berbisnes boleh tapi mesti cari yang selamat. Pelajar IPT senang jadi sasaran sebab sikap yang terlalu senang menerima dan terlalu curious nak mencuba semua benda.

Aku harap semua orang, bukan sahaja kami di IPT, belajar dan praktiskan amalan berjimat cermat dari sekarang. Tak ada guna kita complain keadaan ekonomi negara kalau kita tak mahu nak ubah cara kita urus duit sendiri. Semua orang kejar nak jadi kaya sampaikan lupa apa erti cukup.

Sekian.

– Diandra

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit