Kalau Sudah Bukan Jodoh

Menarik kisah jodoh tidak kesampaian. Bila baca conference TT rasa terpanggil nak berkongsi cerita tentang jodoh.

Kisah ku bemula di pertengahan tahun 2006. Masa ni aku kerja di bangunan milik KPM. Menggantikan orang. Berlokasi di utara tanah air.

Boleh la duit poket untuk sementara menunggu majlis konvokesyen aku. Masa ni la aku kenal Kay. Kay orang Selatan. Sedang belajar di sebuah IPTS.

Aku kenal Kay di rumah saudara kawan aku. Majlis kahwin sepupu kawan aku. Kay kawan kepada pengantin (sepupu kawan aku tu). Kami saling tukar no telephone.

Terjadilah episode kenal maka cinta. Ringkaskan cerita. Cuti sekolah akhir tahun aku berangkat untuk pulang ke pantai timur. Kay hantar aku ke station bus.

Kay ada menyatakan kepada ku bahawa dia akan ke Negeri bawah bayu. Untuk dia mencari pengalaman kerja baru bersama sepupunya dan Aku mengiyakan sahaja.

Semasa aku melangkah naik bus. Kay sempat hulurkan aku sehelai sweater kesayangannya.

Dalam hubungan jarak jauh, Kay mula banyak diamkan diri. Dan akhirnya lose contact.

Pendekkan kisah,

2009 aku sudah di sunting orang. Awal tahun 2009. Ikat janji hanya 6 bulan sahaja. Masa ni dah lupa kan Kay. Move on dah.

Dalam masa yang sama aku dapat sambung belajar ke Institut Pengajian yang berada di Selatan. Belajar la aku demi satu pekerjaan mulia.

Orang tua kata fasa pertunangan ni “hebat” ujiannya. (Buat pembaca yang berada di fasa ini, ku fahami hati mu, be strong dear).

Elok fokus belajar, dan elok jaga hubungan “tunangan orang”. Ingat lagi. Sampai sekarang ingat. Masa tu mesej pesanan ringkas (SMS). Di kala pagi yang damai (hari-hari damai). Bermula la episode ujian orang bertunang.

Dapat SMS number yang aku kurang pasti. “ASSALAMUALAIKUM”, aku balas dengan sopan. Teknik aku tak kan tanya soalan “SIAPA NI?”.

Nanti akan dipermainkan orang yang menghantar SMS. So aku buka soalan. “TINGGAL KAT MANA SEKARANG NI?”. Tanpa aku tahu siapa penghantar. “SAYA TINGGAL KAT BANDAR”.

Aku dah mula rasa debar. Aku dapat detach siapa yang hantar SMS ni. So, aku berpura aku kenal dia. Dia yang masih lagi suspect.

Dalam hari yang sama aku nyatakan pada “suspect” bahawa cuti penggal nanti aku akan kahwin. Dan dia juga menyatakan dia juga ada terikat dengan hubungan fasa tunangan. Dan dia adalah KAY.

Terkejut sebab dia masih ingat aku. Teruja sebab masih dapat berkawan lagi.

Tunang aku tak tahu. Yang tahu kisah ni mak aku seorang je. Aku di bawah pemerhatian keras mak aku.

Dia teruja bila dapat tahu aku belajar dekat dengan daerahnya. Dan kami berjumpa. Ini pun dalam pengetahuan mak aku. Setiap gerak geri aku di ketahui mak. (Terima kasih mak)

Bulan akhir aku tunangan orang. Aku perlu pulang. Dan Kay minta aku jumpa ibunya. Dalam perjalanan ke rumah ibunya aku takut, risau tapi aku pergi.

Mungkin ada lagi “rasa cinta” tu. Itu yang kami berani. Aku bertanya Kay, adakah ibunya tahu tentang aku. Kay hanya mengangguk. Dan aku tidak tahu sejauh mana ibunya tahu “hubungan” kami.

Sampai sahaja di rumahnya, aku di sambut mesra ibunya. Dan soalan ibunya “INILAH KAWAN KAY YANG KENAL KAT UTARA DULU?!”

Dalam hati ku terdetik,ini bermakna ibunya tahu segala-galanya. Aku balas soalan itu dengan senyuman.

Aku tidak dapat duduk lama di rumahnya kerana aku terikat dengan peraturan asrama. Aku minta izin balik. Kay hantar. Dalam kereta air mata ku jatuh. Sebak. Sakit tak tahu sakit di mana.

Sakit hati ke? Sakit emosi ke? Tak tahu. KAY tanya kenapa menanggis. Aku tidak dapat jawab sebab air mata “kacau”. Aku nak cakap. Tapi air mata tak nak berhenti. Aku diam.

Lima hari sebelum akad berlaku. Aku akan pulang dengan menaiki kereta api. Tiket perjalanan waktu malam. Jadi, Kay bawa aku balik ke rumahnya sebelum dia hantar aku ke stesen kereta api.

Sampai rumah Kay elok-elok masa untuk masak makan tengah hari.

Sebagai perempuan yang sopan ni (huhuhu) duk kat dapur la. Bagai-bagai aku dengan ibunya bersembang. Topiknya tentang Kay di zaman kanak-kanak. Makanan kegemaran Kay. Bagai pasal Kay.

Pendekkan cerita. Lewat petang aku tengok ibu Kay sedang asyik tengok TV. Aku menyapa mesra.

Lalu ibu Kay bertanya “SEJAUH MANA HUBUNGAN SEROJA DENGAN KAY?”. Mata kami bertentangan. Aku tidak mampu berbohong lagi. Aku balas dengan air mata. Aku nyatakan,

MEMANG MASIH ADA RASA CINTA TU LAGI, TAPI SAYA SEDAR KAY DAN SAYA TUNANGAN ORANG. JANJI SUDAH DIBUAT DENGAN SEMUA ORANG. SAYA TIDAK MAHU SEBAB SAYA, SEMUA ORANG DAPAT MALU.

Aku teringat pesanan mak aku masa mula-mula aku bagi tahu Kay hubungi aku. Mak aku selalu ratib JANGAN MALUKAN MAK YE ANAK. INGAT ALLAH SAMA NAK. Itu la ayat nya setiap kali aku cerita aku dan Kay berjumpa.

Ibu Kay balas dengan senyuman “MAK CIK TAK BOLEH NAK KATA YA ATAU TIDAK, HARAP PILIHAN SEROJA DAN KAY MAMPU MEMBERI KEBAHAGIAAN BUAT DIRI MASING-MASING”

Air mata terus mengalir deras. Jenuh aku pesan kat air mata. SUDAH-SUDAH LA. (Pesan dalam hati, huhuhu).

Malam keberangkatan aku naik kereta api. Bagai la luahan sedih sayu antara kami. Kay menyatakan bahawa dia rasa seperti menyerahkan bakal isteri kepada orang lain.

Detik jam menepati waktu perjalanan kereta api. Kami berpisah. Aku di bawa oleh kereta api. Kay bawa diri.

Aku sampai di sambut keluarga kecil aku di stesen kereta api di awal pagi. Mak lihat mata aku bengkak dengan panahan matanya yang tajam.

Aku di bawa ke kedai untuk sarapan pagi. Mak minta air batu dari taukey kedai. Dan air batu tu aku kena tekap di mata. Sekali lagi air mata aku mengalir, terasa kasih mak. Sebak.

Malam sebelum akad nikah. Kay call aku. Yea kami bercakap di iringi air mata. Kami. Kay menyatakan ingin TAMATKAN APA YANG DI MULAKAN DULU. Aku dengan keterpaksaan merelakan. KAY TAMATKAN.

Dalam kesibukan itu aku meluru mencari mak aku. Aku menangis di bahu mak aku semahu aku.

Mak sambil mengusap belakang aku tetap ucap, TOLONGLA ANAK JANGAN MALUKAN MAK. TOLONG LA ANAK. Itula ayatnya dinulang-ulang sehingga aku reda.

Aku paksa diri aku ceria menyambut saudara mara yang baru sampai. Berinai. Kakak sepupu aku tidak putus-putus tekapkan ais di mata ku. Risau esok bersanding dengan mata bengkak.

Aku rasa panjang dah cerita ini.. cukup dulu kisah aku Kalau dah bukan jodoh dia milik kita. Tidak akan jadi milik kita.

Buat pembaca yang berada di fasa pertunangan ni. Aku fahami jiwa mu, aku mengerti perasaan mu. Sakit. Sakit sangat. Pedih, pedih sangat.

Hari-hari yang di lalui selalu berperang dengan perasaan dan agama. Yea di mana berada, apa yang kita buat letak Allah di hadapan kita. Apa-apa tindakan kita, Allah sedang melihat.

Seroja (Bahagia bersama 4 pahlawan)

– Seroja (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *