Kalau Tak Rasa, Tak Payah Beria

Aku mempunyai seorang kawan baik, lets name her Tya. Aku mula rapat dengan Tya bila dia ditukarkan bertugas di syarikat tempat aku berkerja. Kami memang boleh masuk kepala, selalu pergi makan bersama, berkongsi cerita dan rasa.

Dia selalu cerita dekat aku yang dia tak boleh maafkan ayah dia sebab ayah dia kahwin lain dan tinggalkan mak dia. Aku turut bersimpati atas takdir yang menimpa mak dia.

Aku hanya berkongsi telinga dan nasihatkan apa yang patut. Tapi secara tak langsung aku dapat conclude kan ayah dia sebenarnya adalah ayah yang baik, cuma salah ayah dia adalah kahwin lain.

Tahun berganti tahun, aku dah jarang dengar cerita tentang ayah dia. Dia kata dia tak boleh maafkan lagi tapi biarlah masa menentukan.

Ada juga dia pergi berjumpa ayah dia sekali sekala.

Tapi lately aku banyak pulak dengar cerita mengenai maknya. Baru-baru ni mak dia pindah duduk dengan dia, sebelum ni mak dia duduk dengan kakak dia.

Sejak mak dia duduk dengan dia, dia stress dengan perangai mak dia, itu tak kena, ini tak kena, kuat sentap, tak boleh ditegur dan banyak lagi. Dia cerita rupanya kakak dia pun stress dengan mak mereka masa mak mereka duduk dengan si kakak.

Entah kenapa bila dia cerita macam tu, dalam hati terus terlintas, patutlah ayah dia kahwin lain.

Mungkin ramai yang akan cakap, senangnya jadi lelaki, tak boleh terima sikit terus kahwin lain. Betul la tu sebab sepatutnya lelaki tugasnnya membimbing kan?

Tapi tak dapat dinafikan memang ada perempuan yang tidak boleh ‘dibentuk’ dan sangat menduga sabar. Buat apa nak serabut (selepas dah habis usaha), buat apa nak makan hati, buat apa tidak bahagia kalau ada pilihan yang lebih baik?

Pada mulanya ayah dia taknak ceraikan mak dia tapi mak dia berkeras. Selama ni anak-anak duduk asrama (ayah kahwin lain time semua anak dah lepas SPM), tak nampak kepincangan yang berlaku.

Hanya nampak ayahnya tua tak sedar diri, kahwin lain tinggalkan mak. Tak nampak keperluan bahagia bagi seorang lelaki.

Bila diri sendiri jaga mak, sendiri pun tak tahan dengan perangai mak tapi sebagai anak kita tak boleh ‘tinggalkan’ mak kita macam si suami yang boleh tinggalkan isteri.

Hidup ini berdasarkan pilihan. Mak boleh pilih untuk berubah, ayah boleh pilih untuk kahwin lain, anak boleh pilih untuk redha. Dan kita kena hormat pilihan orang lain. Sebab itu diri dia, dia yang nak hadap, bukan orang lain.

Aku ada seorang kawan yang mak ayah dia pun bercerai dan dia bahagia. Aku tanya tips, dia jawab:

“Aku lagi bahagia bila aku balik rumah mak, dia tersenyum dan bila balik rumah ayah, dia pun tersenyum dari aku just kena balik 1 rumah tapi penuh dengan pergaduhan”

Dan aku juga kenal dengan seorang ni. Dia dimadukan tapi dia yang izinkan. Aku cakap, kuatnya kau, mulianya hati kau, terus dia nangis teresak-esak.

“Tolong jangan cakap aku mulia, aku lah manusia paling hina.

Aku izinkan suami aku kahwin lain sebab dia dapat tahu aku dah lama berskandal dengan suami orang dan dia cakap dia pun ada orang lain sebab itu je cara dia distract diri dia dari fikirkan skandal aku yang dia dah tau dari anak kami kecil lagi.

Aku sanggup bagi dia kahwin lain sebab aku taknak diceraikan walaupun aku tahu hati dia dah takde pada aku.

Dia sendiri mengaku yang dia boleh gila kalau dia tak kahwin dengan madu aku sebab selama ni, madu aku je faham dia. Kami setuju perkahwinan ni dikekalkan atas dasar anak. Madu aku pun tak pernah menafikan hak aku”

So kesimpulannya, aku nak sampaikan dekat sini, don’t judge people, we never know their hidden story, hidden feeling.

Jangan menghukum hanya kerana benda tu tak jadi pada kau. Mind your own business. Jangan sibuk jaga tepi kain orang padahal kain kau yang koyak.

– Iz (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *