Kalau Takdir Di”Manis”kan

Hai Assalamualaikum. Aku seorang perempuan berusia 20-an. Seorang isteri & ibu kepada dua orang anak. Tujuan aku menulis sebab nak confess. Yela namapun confession kan.

Kang buat story ig macam tak kena sebab family ada follow dalam tu. Kat fb pun sama. Socmed yang dua-dua ada keluarga terdekat follow. Kang tak pasal dia ingat aku ada masalah rumah tangga pulek padahal nak meluah je pun & tak ada kena mengena dengan sesiapa. Aku nak ringankan hati aku ni je.

Based on tajuk tu, “manis” yang menunjukkan pada madu. Yela madu yang original lagi menyakitkan. Madu yang memang dah terang lagi bersuluh yang kita tahu agama dah tetapkan. Poligami. Boleh dielak tapi tak boleh dihalang. Kalau Tuhan dah kata jadi, jadi jugak walaupun punca dari tangan tak bertepuk sebelah tangan.

Disebabkan aku tahu yang benda gini tak boleh dielak, jadi im getting ready dengan certain things yang aku rasa macam la macam boleh menjamin aku dengan anak-anak.

Eventhough kalau kita kenal suami kita ni bertanggungjawab & mithali & sebagainya ianya bukan jaminan sebab hati manusia ni bukanlah milik kita. Hati yang boleh berbolak balik bila-bila masa.
Unexpected.

Bila aku ada kesedaran pasal ni, topik ni ada aku utarakan pada laki aku. Untuk aku menyusun kehidupan aku & anak-anak sebagai ikhtiar. Siapa je laki tak nak ada bini-bini cuma yang tak nak tu mungkin sebab fikirkan komitmen & bersifat penyayang lagilah bertanggungjawab. Kot?

Apa yang aku minta? Aku minta suami aku beli rumah tapi letak atas nama aku. Andai apa-apa terjadi aku boleh halau je orang yang aku tak nak bila-bila masa muahahaha. Eh, tak lah. Ianya sebagai jaminan untuk aku & anak-anak ada tempat berteduh tanpa campur tangan orang lain walaupun sesiapa sebab ianya nama aku.

Apa-apa yang terjadi, aku tahu aku dan anak-anak ada tempat tuju tanpa susahkan sesiapa. Sekarang kami menyewa. Aku deal dengan laki aku kalau nak kawin, dapatkan rumah macam aku minta full dengan kemudahan.

Lepastu ikutlah hang nak buat apa pun. Bayar bulan still dia la kena bayar & dalam pada masa yang sama aku pun bersedia untuk menanggung pembayaran nanti kot kalau dia culas.

Aku bersyukur ada bapa yang sentiasa menyediakan kemudahan untuk anak perempuan dia walaupun dah kawin. Untuk kenderaan, aku dah ada kenderaan aku sendiri yang dibayar muka oleh ayah aku & sekarang aku continue bayar sebab dah bekerja. Ok, setakat ni tak patah kaki lagi nak bergerak.

Suami aku seorang yang sangat pandai menyimpan. Disebabkan dia pandai menyimpan, dah beberapa tahun ni aku dah pengaruhi laki aku untuk buat simpanan untuk anak-anak dan juga akaun atas nama ibu dan anak.

So far, Alhamdulillah. Jumlah simpanan yang ada bolehlah untuk berasa lega. Insurang nyawa yang dia ada pun memang atas nama aku sebagai waris. Yang ni kena sentiasa pantau kot tetiba dia sukahati nak tukar nama orang lain.

Aku seorang perempuan yang faham perasaan perempuan. Kadang kala perasaan cinta ni boleh datang pada sesiapa je walaupun dah halang. Hati dah kata tak nak tapi kelakuan nak. Sebab tu boleh main tepuk-tepuk.

Perempuan ni tak kisah sangat pasal harta sebenarnya (kalau hati ikhlas gila). Dia nak kasih sayang, perhatian & perlindungan dari seorang suami acewahhh. Dan pada masa yang sama Dia izinkan pula situasi tu terjadi. Entahlah. Nak cakap pun tak reti. Kita kan manusia, apa je kita tau. Masa depan sendiri pun tak tahu macam mana. Cuma ikhtiar lah.

Aku pasti, tiap hukum dalam agama semuanya ada hikmahnya. Poligami, nafkah, hadhonah, cerai & sebagainya. Complete. Dan semuanya sangat teliti pelaksanaannya cuma manusia je suka amik ringan buat hukum sendiri ikut nafsu & perasaan.

Walaupun aku cakap camni, aku sendiri tak tahu sikap & situasi aku kalau benda ni terjadi. Aku pun dah sedia merayu kat laki aku , tolong la bagitahu kalau perkara ni jadi dengan mulut dia sendiri bukan dari orang lain. Its better i think?

Aku kata pada laki aku, seorang lelaki yang bermaruah, dia tak menyorok dibelakang perbuatan dia. Kalau dia jujur & adil malah setiap kelakuan dia diperhatikan oleh anak-anak. Jangan sampai anak-anak bencikan ayah dia dengan kelakuan dia sendiri. Dan kalau dia sorok dari aku, maknanya dia merendahkan diri dia.

Sebab apa? Sebab aku sendiri dah bukakan pemikiran aku kalau dia buat belakang, dia pengecut. Benda ni pun penting untuk keturunan. Kot anak-anak tak kenal adik-beradik dia kang terkawin tak ke haru?

Aku bukan jenis orang yang mudah nak membenci. Sebolehnya aku nak ada hubungan yang baik dengan sesiapa je. Dan harapan aku sangatlah besar agar orang pun bersikap baik dengan aku & anak beranak aku.

– Juga isteri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *