Kalaulah Saya Jumpa Awak Terlebih Dahulu

Assalamualaikum perkenalkan saya Cik Cucuk Sanggul (Bukan Nama sebenar) Cukup disitu introduction diri saya.

Ketika saya menulis saya mencari idea untuk menyiapkan tugasan saya mengikut deadline, huhu…

Saya terpanggil untuk menceritakan kisah ini biarlah kisah ini menjadi renungan buat para pembaca semua. Kisah ini terjadi ketika saya masih lagi menuntut di IPTA.

Biasalah sebagai seorang pelajar ketika itu sudah pasti saya sedikit naif haha (Tapi tu dulu) saya adalah jenis orang yang suka menganalisa apa yang ada di persekitaran saya termasuklah personaliti orang.

Seperti biasa jika kita berurusan dengan orang lain sudahpasti kita akan bicara sebaik mungkin (Namun bukanlah dengan gaya menggedik)

Saya ini orangnya profesional dan memang tegas dengan muka yang garang. Tapi saya bukanlah seorang perempuan yang lawa sederhana sahaja orangnya.

Pada suatu hari ketika berurusan di kaunter Pusat Pengajian saya gelarkan pegawai bertugas tu sebagai (Encik V) Setelah selesai urusan di kaunter saya pun mengucapkan Terima kasih dan berlalu pergi.

Sebelum saya berlalu pergi Encik V ini menyatakan “Kalaulah saya berjumpa awak terlebih dahulu pasti saya dah kahwin dengan awak!”

Saya hanya berjalan dan berlalu pergi ketika itu dan berpura-pura tidak mendengar perkataannya..

Saya tahu Encik V merupakan bapa kepada 5 orang cahaya mata dan suami orang. Pada saya Encik V berbuat seperti itu hanya untuk test market atau sekadar bergurau.

Namun wahai lelaki sekalian tahukah anda anda ibaratnya tidak bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan.

Isteri anda mungkin tidak lagi lembut sepertimana dahulu kerana mungkin penat menguruskan anak. Stress kerja. Emosi tidak stabil dapat pula suami yang tidak membuat kerja rumah.

Isteri hari ini memikul pelbagai-bagai cabaran dalam menggalas ekonomi rumahtangga dan membantu para suami.

Wahai para suami/ lelaki sekalian perempuan yang anda nampak lembut itu pun kalau dirumah stress dia pun boleh menyinga juga.

Emosi ini adakalnya sukar untuk dikawal sama sahaja dengan isteri anda yang mungkin burn -out menjaga anak.

Struggle melawan emosi. Para suami bantulah isteri agar mereka boleh kembali tenang dan dapat semula kelembutan yang anda inginkan bukannya mencari wanita lain itu sama sahaja menempah membuka pintu kecurangan untuk diri anda sendiri.

Sekali -sekala para suami dengarlah cerita curhat hati isteri beban emosi isteri. Biarkanlah dia bercerita untuk meluahkan kerana isteri hanya ada suami sahaja sebagai tempat meluahkan lepas lahwin.

Sekali-sekala berilah reward kepada isteri dengan kata-kata pujian bawalah dia berehat dari peranannya dari menjadi seorang ibu.

Jadilah suami/ lelaki yang mengutamakan isteri. Jika boleh memuji wanita lain kenapa tidak boleh memuji isteri sendiri? Why Not?

Tangki kasih sayang ini dengan penghargaan amalkan komunikasi asertif iaitu komunikasi yang berterus-terang kepada pasangan anda apa yang anda suka atau inginkan atau perkara yang anda tidak suka kepada pasangan anda.

Kemahuan wanita itu hanya mahu disayangi dan dihargai oleh pasangannya. Cuba bayangkan jika isteri anda memuji lelaki lain dan bukan anda suaminya bagaimana perasaan anda ya?

Jika masa bercinta kita boleh memuji beratus-ratus puisi sajak idea yang berbagai-bagai kenapa bila berkahwin tak boleh?

Sibuk? jangan jadikan kesibukan sebagai alasan cinta itu perlu dibaja cari ruang dan peluang untuk menyegarkan semula.

Jangan cari kesempurnaan sudah pasti kita tidak akan jumpa kekurangan sebagai satu learning process untuk kita sama-sama belajar membaikinya.

Jodoh itu Allah kurniakan sesuai dengan diri kita, kitalah yang mencorakkannya kelak. Tiada istilah kalau-kalau semua telah ditetapkan oleh Allah swt. Menyemai cinta itu tidak mudah kerana hati kita akan sentiasa berbolak-balik.

Pasangan juga mahkluk Allah kita juga makhluk Allah tak lepas dari kekurangan. Terimalah dengan hati yang terbuka berlapang dada.

Kehidupan berumahtangga itu ibarat graf yang sentiasa ada turun naiknya ada fasa bahagia ada fasa masalah tapi kitalah yang perlu membaiki masalah itu bukan lari dari masalah dengan semudahnya melafazkan ayat “Kalaulah saya jumpa awak dahulu MasyaAllah..

Cuba fikir apa perasaan isteri jika dengar ayat sebegitu?

Wahai para lelaki jagalah prioriti kalian maruah kalian sebagai pasangan. Kerana kaum lelaki itu adalah pemimimpin dan bukannya dipimpin.

Gunakan akal yang diberikan untuk berfikir secara rasional dan bukannya gurauan-gurauan bersifat test market sebegitu.

Allah temukan kalian dengan isteri kalian adalah sebaik-baiknya perancangan Allah. Allah tahu kelemahan kekuatan dan kelebihan pasangan kalian.

Pesanan Ikhlas,

– Cik Cucuk Sanggul (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit