Assalamu’alaikum dan salam Ramadhan kareem buat semua pembaca setia IIUMC.
Nama saya Nayla (bukan nama sebenar) kembar Rayyan. Sebab haritu Rayyan berjaya share pasal tips bangun tahajjud (https://iiumc.com/tahajjud-ku-tahajjud-mu-jua/). So, kalini Rayyan request Nayla share berkenaan Agungnya dan RahmatNya kalimah :
(لاإله إلاالله)
(Tiada Tuhan selain Allah)
Ok siapa nak tahu, cakap nak nak nak! Huhu, comel. Good.
Ok, nak nampak lagi jelas. Nayla akan mula dengan ceritakan kisah benar yang Nayla sendiri alami dan tengok depan mata sendiri keagungan kalimah Allah ini.
Ada satu hari ni, Nayla nak ajak adik untuk solat maghrib sama-sama. Selepas dua tiga kali dipanggil, adik Nayla buat-buat tak dengar dan tak sahut untuk solat bersama, kakaknya yang daripada penyabar dan comel macam kucing meow meow ni terus bertukar jadi singa *wraaagh*.
Nayla pon masuk la bilik rampas henfon yang dia tengah main tu. Ok namanya Iffah (bukan nama sebenar), Nayla panggil mekpah ja.
Dah lepas rampas tu, menangis meraung la mekpah ni. Apelagi! lari pecut 100meter la Nayla keluar bilik dan sorok henfon tu kann. Pastu baru rasa nyesal sebab rampas *adehh.
Fikir punya fikir, haa dapatla idea sebab teringat nasihat seorang ustazah ni kata, kalau kita nak lembutkan hati orang atau doakan dalam diam atau apa apa jela permintaan atau keadaan guna lah kalimah paling Agung ni iaitu Lailahaillallah. Tapi ada caranya :
1. Terpulang nak sebut dimulut atau dalam hati.
2. Boleh hembuskan atau bayangkan je orang yang kita maksudkan yang nak dilembutkan hati tu.
3. Betul-betul yakin yang Allah lah Maha Berkuasa segala sesuatu boleh lembutkan hati dia.
4. Mengaku segala kelemahan atau kesalahan kita.
Ok sambung, time tu Nayla baca kat mulut berulang kali sambil hembus dan berjalan masuk bilik mekpah, sekali niat ya Allah apa aku dah buat ni, aku dah salah step. Sepatutnya aku pujuk, tapi tak ~ aku terus rampas.
Ya Allah aku tawakkal tiada siapa boleh lembut kan hati adikku selain daripada Mu, tiada siapa dapat gerakkan hati dia untuk solat dengan ku selain daripada Mu, tiada siapa boleh pujuk dia kembali berbaik dengan ku selain daripada Mu.
Memang betul-betul tawakkal lah kan. Ok first , daripada dia sepak-sepak almari hahaha mengamuk menangis meraung tu, dia stop tapi still menangis dan tak pasal-pasal aku dihalau keluar bilik olehnya *member tak rileks.
Ok kali kedua, Nayla buat lagi benda sama masuk bilik dia balik sambil-sambil baca semua tu. Tiberr time tu rasa macam tengah rawat orang kena rasuk kihkihkih sori dikk. Alhamdulillah dia dah mula berhenti menangis cuma sedu sedan gitu.
Ok kena halau lagi, so last round ni buat benda sama juga sampaila dia halau untuk kali seterusnya. Tapi kalini lembut punya style la.
Dia cakap camni, *Ila keluar dulu dari bilik, orang nak masuk tandas, kalau tak keluar, orang taknak masuk tandas. Cehh dia ugut kitaa pulaa. Haha ok takpela, kira ok la dia nak masuk tandas. So Nayla tunggu la kat ruang tamu.
Keluar je si makhluk kesayangan Nayla ni, tiba-tiba dia tersengih-sengih macam keghang busuk. So, kita pon solat la sama-sama doa semua dah setel. Lepas habis solat, saje usik dia. “Pah, siapa mengamuk cam kena rasuk saiton tadi, ahahahh”.
Dia pon balas “eee tak payah lah! Kak Ila la buat orang nangis , rampas henset orang kenapa?” Apa lagi, Nayla balasla. “Dah orang panggil banyak kali, taknak dengar, padan muka hang” hehe. Guess what? Lepastu kiteorang gelak sama-sama sebab teringat pasal kes tadi.
Syukur ya Allah malam tu dia tak minta langsung pon henfon dia tu balik. Dia boleh ajak kita borak-borak ngan dia cerita pasal ape benda tah. Ok kak ila sayang kau pah.
So, u guys semua boleh imagine now, right ? Nayla sangat sarankan untuk kome amalkan selalu kalimah Agung ni. Kalau satu kalimah ni pon dah terbukti keAgunganNya ,inikan pula satu mashaf Al Quran.
Bulan mulia ni, bacalah Al Quran dengan makna sekali. Tak rugi malah untungnya umpama kita berborak dengan Allah. Masih sempat dan sangat sempat.
Kalau harini dah hari ketujuh Ramadhan, sempat sangat lah untuk kejar baca makna dari juzuk 1. Tengah pkp kan, haa takde alasanlah.
Duduk rumah, tak buat apa-apa sangat pon. Belek-belek makna dari juzuk 1 sampaila kita dah dapat habiskan sampai ke hari Ramadhan yang terakhir. *Sedihnyaa sobsob.
Ok last but not least, kalau ada nampak kawan ke family ke saudara mara ke guru atau jiran ke semuanyalah kan ada perselisihan sesama mereka atau ada penyakit (terutama sekali depressi/ anxiaty) atau diuji dengan apa-apa ujian walau hatta dapat nikmat sekalipun.
Praktis this word, dan rasailah kenikmatan Allah tu sentiasa bersama dengan kita walaupun kita ni selalu ingat lupa kat Allah. Buat sampai puas. Ok tu trade mark khas dari kami kembar si kacak si comel. Kalau tak jadi, buat lagi ok. Jangan putus asa.
Sebelum penutup salam, Rayyan sampaikan ucapan jazakumullah khairan jazak sebab bagi nasihat untuk dia, share yang bermanfaat dan doakan dia dengan calon isterinya ye haha.
*Psst nanti, Nayla ajar dia guna bahasa molek sikit ok. Rayyan memang suka guna bahasa rojak, haish tak pernah tak masuk air. Oklah Maafkan rojak dia. Haha Ok bai. Wassalam.
– Nayla (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit