Untuk part I, (https://iiumc.com/kambing-tua-dan-pucuk-muda/).
Aku ni malas sebenarnya nak sambung menyambung cerita aku ni tapi tula. Oink oink tu dah melancarkan serangan balas kat aku oii hahaha.
Lepas je confession aku keluar Nazrul call aku tapi aku tak angkat. Dia chat pulak kat telegram, memula merayu dengan aku.
Dia cakap satu ofis tahu kambing tua tu dia hahaha. Sampai Ara malu nak masuk ofis. Bergaduh dia laki bini. Dia suruh aku padam confession tu. Mak kau ijau Nazrul hahaha.
Aku tak bluetick tau, kalini aku reply panjang sikit. Aku reply macamni, emoji keluar airmata dua ketul. Haritu seketul je hahaha. Saiko kan aku?
Bila aku tak layan chat si Nazrul datang pulak chat oink oink satu lagi. Ara maki aku, dia cakap aku saja buat cerita, aku yang macam cacing kepanasan tak boleh move on hahaha.
Korang nampak betapa tak gunanya si Ara ni? Dia tak sedar pulak dia tu yang belut afrika kurang vitamin.
Panjang berjela si Ara makikan aku tau. Aku bluetick kan je.
Aku ni manusia bertamadun. Aku tak balas pakai whatsapp aku balas pakai IIUM Confession. Kalau nak balas biar semua orang boleh baca jadi aku balas kat sini. Haa ni jawapan balas aku.
Ara kata aku kongkong bekas suami. Eh eh sedap je mulut kau kan? Kongkong kejadahnya kalau dia dah pergi Langkawi berdua macamtu dengan kau.
Kalau kongkong aku dah ikut sekali. kalau aku yang ikut tangan aku yang dipimpin bukan tangan kau. Jangan sampai kau dengan si Nazrul yang aku humbam ke bawah dari cable car tu.
Lepastu dia cakap Nazrul tak nak aku sebab aku selekeh kat rumah dulu.
Hoi babun! Dahtu takkan kat rumah 24 jam aku kena pakai kebaya untuk dia sambil sapu sampah lipat kain bagai?
Kadang-kadang dah sibuk uruskan itu ini kat rumah adalah nampak macam hantu kak limah sikit.
Si Nazrul tu pemalas sama macam kau. Kerja dia terbongkang dengan telefon melayan whatsapp kau selama ni. Kerja rumah sikit pun tak tolong tu yang perut dia sama besar dengan badak air.
Nanti kau tahulah bila dah ada anak muka kau pun dah macam siput sedut baru kau nampak perangai sebenar dia.
Si Nazrul tu pun tak sedar diri, muka dah macam ubi kayu tiap hari aku hadap ok je. Tak pulak aku cari lain. Tak guna betol.
Dia carutnya aku lagi cakap aku janda tak ada kelas.
Meh sini aku bagitahu, sejak aku jadi janda ni lah laki kau datang balik nak disondolnya aku tapi aku berjaya elak sebab taste aku bukan jenis oink oink secondhand perut boroi macam dia dah.
Sekali tengok laki kau dah macam ikan flowerhorn. Elok sangat la dengan kau dah macam talapia tu. Kau nampak kan kelas aku dah macam mana?
Ye, sekarang kau berani la nak maki maki aku sebab dulu aku tak smackdown kau. Aku diam je tu yang kau pun dah berani.
Sekarang kalau aku jumpa kau Ara bukan setakat mata kau je aku lastik, dengan mulut kau sekali nanti aku kunyah. Betul, aku tak memain tau.
Aku ni dah cukup lama terseksa. Dipijak macam tak ada harga diri. Diduakan dalam diam. Pengorbanan 9 tahun macam debu yang tak ada nilai.
Aku ni 9 tahun, kau tu Ara 5 bulan pun tak sampai lagi. Nanti kau tahulah perangai kambing tua tu macam mana.
Sekarang mungkin kau rasa kau lah permaisuri tapi nanti esok-esok silap haribulan kau pulak yang tukang sambung confession kambing tua part 3 hahaha.
Korang yang jadi mangsa kekejaman sondolan penyondol ni aku nak pesan janganlah lemah sangat. Jangan bertahan kononnya demi anak anak sedangkan hati korang dah hancur lebur.
Korang sanggup nak hidup dengan hati yang tak redha dengan hati yang penuh rasa sakit?
Jangan ingat bila bercerai korang hilang tempat bergantung. Allah tu tempat sebenarnya sandaran dan kebergantungan kita sebagai seorang hamba. Jangan pernah pertikaikan.
Jangan jadi beg pasir tempat suami pukul sepak terajang kita. Sebelum dia sepak pukul kita, kau sepak telur dia tu dulu. Lepastu kau bagi la buah siku ke buah durian ke kat atas kepala dia.
Biar dia tahu bini dia ni bekas atlet tomoi kat sekolah dulu. Makin kita lemah makin dipijaknya kita.
Sebab isteri kuat pendam dan makan hatilah jadi kes suami kena masak kari, kena masak kurma dengan bini. Si nazrul tu nasib tak kena masak tomyam je dengan aku dulu hahaha.
Aku dah tak nak sambung confession ni lagi. Makin lama tangan aku pun dah bau kambing melayan dua ekor ni. Malas dah aku melayan dua ekor cimpanzi ni. Dorang bukan berani sangat pun.
Paling tak pun lepas baca ni si Ara menangis lepastu disuruh Nazrul maki aku. Sebelum si kambing tua tu maki aku, aku jolok biji mata dia dulu.
Tolong jangan cakap aku kurang ajar ataupun aku kasar. Jangan cakap patutlah aku jadi janda sebab mulut aku macamni.
Untuk makluman, aku yang pilih jadi janda. Aku yang minta diceraikan. Aku pertahankan diri aku. Tak ada orang lain yang akan pertahankan diri aku kecuali aku sendiri.
Selama korang kawin aku tak pernah usik pun. Tak pernah aku peduli korang nak terlungkup tertiarap sambil OOTD bagai.
Kau jaga je suami kau, jangan biarkan dia terlepas nak sondol aku balik. Kau nak bukti? Kau chat je cakap nak nanti aku hantar.
Cukuplah kau je yang jadi penyondol. Spesis kau dua ekor ni elok kena tembak dengan PERHILITAN tau.
By the way, terima kasih korang untuk setiap satu doa yang korang bagi untuk aku. Aku baca setiap satu komen yang korang bagi tau.
Bahagia aku baca bila tengok wanita saling berbagi semangat dan doa yang baik sesama kita. Aku doakan moga tiada isteri yang jadi mangsa sondolan oink oink liar lagi.
Semoga kita semua terlindung sebagai spesis yang terpelihara. Korang semua kena kuat tau. Aamiin ya rabbal alamin.
Sayang korang!
Anis, spesis terpelihara.
– Anis (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit