Kami hanya bercakap dari hati. Betul itu kebenarannya. Kami berbicara dari hati. Sakit.
Pernah tengok x files. Sebuah drama berepisod tentang kehidupan misteri alien yang masuk dalam kehidupan Scully Dan Mulder. Begitulah aku dan dia.
Kami dekat tapi jauh. Kami saling memandang tanpa kata. Kami berinteraksi tanpa suara. Cuma antara aku dan dia.
Orang orang sekitar tidak memahami kerana kami tidak pernah berinteraksi secara berdua.
Dia bercakap dari hati yang aku faham setiap butir dan maksudnya. Aku juga bercakap dari hati yang dia faham erti Dan maksudnya. Sakitkan.
Hanya melihat dari jauh tapi terasa dekat. Hanya melihat lirikan mata, bahasa tubuh tapi sangat sampai maksudnya.
Hari ini aku lihat matanya bengkak. Dia menangis. Hanya aku yang faham erti tangisannya. Hanya aku. Hanya aku yang faham bahasa yang eksplisit Dan implisitnya.
Kenapa kami berjarak. Kenapa kami tidak mendekat. Kerana perbezaan yang terlalu besar. Kerana halangan yang terlalu dalam.
Ada tembok yang tak mungkin teruntuhkan. Ada jambatan yang tak mungkin terhubungkan.
Aku sekadar nak meluah. Aku sekadar nak melepaskan sesak di dada ini.
Ada hati yang tak mungkin bercantum biarpun berjuta doa dipanjatkan di Tanah suci biar bersusun doa yang dilantarkan setiap sepertiga malam. Kerana Allah pengatur kehidupan.
Allah sudah menyusun terbaik segala-galanya. Allah hanya menemukan tapi tidak mempersatukan.
– Pola rasa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Mungkin jika tidak berjodohan didunia, kalian akan dijodohkan diakhirat? Wallahualam..semoga kalian berdua kuat dan terus bersangka baik dengan aturan dariNya..semoga dipermudahkan urusan kalian..
Tiada yg ‘mustahil’ bgi Allah SWT.. mmg Allah yg maha mentaqdirkan segala2nya, dan Dia juga yg boleh ‘mngubah’ segala sesuatu, andaikata Dia menghendaki nya.. klaw tidak xkan la Umar Al-Khatab yg pd awalnya jd ‘penentang’ agama Islam, boleh jd seorang yg ‘patuh’ kpd agama-Nya, malah menjadi salah seorang Khalifah yg besar.., dan bnyak lg cth2 lain yg boleh dijadikan ‘iktibar’.. siapalah kita yg sanggup ‘menidakkan’ kuasa-Nya, dan juga doa2 yg dipanjatkan di tempat2 yg ‘mustajab’ utk berdoa.. (astaghfirullah).. klaw diikutkan, tuan yg empunya tulisan ini perlu ‘mngucap’ dua kalimah syahadah semula serta bertaubat dan beristighfar.. kita hanya lah hamba2-Nya yg ‘kerdil’, berbanding dgn Pencipta kita yg maha Agong, maha Kaya, maha Pemberi, maha Membalas dan maha segala2nya, Tuhan Semesta Alam, yg kekal dan abadi selama2nya.. Wallahu a’lam.. 😔