Kami Bukan Fisabilillah?

Bismillahirraanirrahim. Pertamanya saya ucapkan terima kasih kepada admin kerana sudi post luahan hati ringkas dari saya ni. Semoga saya dan kita semua diberikan kekuatan dan kesabaran dari Allah swt. Aamiin.

Alhamdulillah saya sekarang berada dalam semester terakhir pengajian setelah 2 tahun setengah bertungkus lumus melanjutkan pelajaran diploma di universiti awam di pantai timur.

Agak ralat juga sebenarnya kerana 2 semester ni hanya menghabiskan masa dirumah daripada di kampus kerana kes covid-19 yang kian hari kian meningkat.

Sedih tidak dapat menggunakan waktu yang ada dengan kawan2 yang masing2 jauh dan amat sukar sekali nak bertemu semula. semoga kita semua diberikan perlindungan dari wabak ini.

Berbalik kepada cerita asal saya, sebagai seorang penuntut ipt, semestinya kita menginginkan kejayaan pada masa akan datang, nikmat sungguh kalau lepas grad dapat kerja bagus2 dengan harapan dapat membantu keluarga.

Namun, saya lihat belakangan ini, masyarakat kita memandang enteng mereka yang menuntut ilmu.

Ya saya faham, tanggapan negatif itu juga datang dari kalangan kami sendiri kerana sesetengahnya suka flex bermewah2, terlalu sosial menggunakan wang ptptn dan bantuan dengan perkara yang tidak berfaedah.

Ramai juga lepasan universiti yang menganggur dan kalau dapat kerja pun, bukan bidang yang dipelajari.

Personally, saya agak berkecil hati jika orang menghina saya kerana melanjutkan pelajaran kerana alasan mereka saya hanya menghabiskan wang, masa dan tenaga, ayat yang paling selalu saya dengar “belajar tinggi2 pun nanti menganggur jugak”.

Allahuakbar sedih betul hati saya bila dengar orang cakap macam tu kerana mereka tidak tahu susah payah kehidupan di universiti.

Saya seorang yang berasal dari Pantai barat semenanjung dan dapat tawaran melanjutkan pelajaran di Pantai timur.

Selama 18 tahun saya tidak pernah berpisah dengan keluarga, dengan paksa rela terpaksa berjauhan kerana ingin menuntut ilmu dan inilah kali pertama saya menjejakkan kaki ke pantai timur.

Family hanya hantar sekali sahaja time saya daftar masuk, setiap kali habis semester saya terpaksa menguruskan sendiri barang2 untuk dibawa pulang dengan menaiki bas. Bayangkanlah dengan beg dan bantal2 hahahaha.

Tapi saya faham, lagipun saya tak nak menyusahkan sesiapa, saya smbung belajar ni pun sudah rasa membebankan untuk mereka.

Semester break, berusaha cari wang sampingan untuk menampung perbelanjaan untuk semester seterusnya. Letih dan penat tu terpaksa tolak tepi demi mengejar impian dan cita-cita.

Kalau nak cerita liku2 kehidupan di universiti jangan cakap la macam2 ada, yang manis, yang pahit, yang masin hehehehe.. tapi semuanya membentuk peribadi saya pada hari ini.

Pengalaman yang tidak akan saya lupakan bilamana saya terpaksa jadi ‘gelandangan’ di stesen bas selama 12 jam tunggu bas tak sampai2 sebab tersangkut jem. Hahaha, nasib baik dianugerahkan kesabaran yang tinggi.

Maaf lah banyak pulak selingan… sambil menaip ni pun bila teringat kenangan2 di universiti tersenyum sorang2.

Berbalik pada tajuk, ada lagi ayat yang sering digunakan kepada kami antaranya, “Kau belajar bukan nak tuntut ilmu kerana Allah pun, belajar sebab nak dapat kerja je kan. Jangan claim fisabilillah”.

Saya sebenarnya tak kisah pun dengan ayat ni kerana ada betulnya juga kerana memang kami mendambakan ilmu hanya untuk dapat kerja yang bagus tetapi kami juga ada perasaan.

Mereka yang sudah bekerjaya dan memilih jalan hidup lain selain dari melanjutkan pelajaran menjadi sangat sombong dengan kami.

Memandang rendah dan hinaan tu biasa, tapi saya kuatkan semangat, masuk telinga kanan keluar telinga kiri kerana saya percaya Allah telah susun jalan hidup manusia ni berlainan setiap satu dari mereka supaya mereka dapat belajar dari satu sama lain.

Walhal, saya tidak pernah sekalipun memperlekehkan pilihan yang mereka buat, saya tak kisah universiti mana mereka pergi, kos apa mereka ambil, mereka nak kerja ke nak kahwin ke, saya tetap mendoakan yang terbaik untuk mereka. Tidak pernah merendahkan2 pilihan mereka.

Tapi perkara yang sebaliknya terjadi kepada diri saya, lagi pula kos yang saya ambil ni bukanlah kos yang diminati ramai, senang cerita kalau orang tanya saya kos yang sedang saya ambil ni agak segan nak beritahu maklumlah, kos murah je.

Sudahlah sambung belajar kena kecam, kos yang saya ambil ni pun dijadikan bahan untuk memperlekehkan saya.

Tapi tak apalah saya percaya rezeki Allah itu luas. Saya redha dengan qada dan qadar Allah. Saya harap pembaca confession saya ni utk mendoakan kami, ‘fisabilillah’ agar menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara, berjaya dunia akhirat.

Harapan saya kepada mereka yang sering beranggapan negatif kepada para pelajar ni, ya kami tidak sebagus anda yang ada kerja tetap, ada income setiap bulan tapi tolonglah jaga perasaan kami juga.

Kamu tidak tahu susah payah yang kami juga lalui selama bergelar pelajar. Senang cerita kita hormat pilihan dan jalan hidup each other as long as tidak melanggar syariat agama.

Nasihat saya kepada mereka yang sedang melanjutkan pelajaran, jangan putus asa dan mudah mengalah…

Kalau awak rasa apa yang saya rasa its okay awk tak berseorangan sebab selain saya, ramai lagi kawan saya yang merasai benda yang sama.

Bukan mudah nak kecapi cita-cita yang kita impikan. It takes everything. Fighting! Salam…

– Khalis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *