Untuk part I, (https://iiumc.com/kami-dan-
Assalammualaikum dan Salam sejahtera.. Maaf lama menghilang, agak sibuk sedikit. Btw, salam malam Lailatul Qadar, 10malam Ramadhan terakhir. Moga kita berpeluang berjumpa dengan malam Lailatul Qadar, aamiin yaa rabbal alaamiin..
Dan sebelum terlambat, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin. Serta, saya turut ingin menasihatkan agar kekal duduk dirumah ye semua.
Sama-sama kita menjaga kesihatan kita sepanjang masa, jangan lupa untuk mempraktikalkan langkah-langkah menjaga kebersihan diri dalam kehidupan kita seharian.
Bismillah.. tanpa membuang masa saya cerita sedikit tentang keluarga nenek saya. Apa yang saya tau, pada ketika itu arwah nenek merupakan seorg bidan yang sgt berpengaruh dikawasan tempat tinggalnya.
Pada tahun 2009 nenek saya telah menghembuskan nafas terakhirnya di kediaman makcik saya. (Alfatihah) dibaca..
Macam saya cakap sebelum ini, ketika arwah nenek meninggal saya masih berumur 8tahun jadi tak banyak yang saya tau tentang nenek. Namun selang beberapa tahun, saya perasan yang saya didampingi oleh sesuatu.
Keadaan saya makin teruk, bilamana saya mula sakit iaitu saya mengalami ketumbuhan di payudara. Hal ini menyebabkan, kesihatan saya makin terjejas malah saya tidak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi..
Untuk kali ini saya ingin sambung cerita perihal adik saya yang mana seperti yang saya nyatakan di confession part 1.
Pada hari jumaat (15/05) adik saya masuk wad dan keluar wad pada hari isnin (11/05) dek kerana sawan tersebut menyerang adik saya.
Apabila keesokkan harinya, ketika saya sedang bersiap-siap ingin ketempat kerja. Adik saya berteriak kuat dan tiba-tiba terjatuh, ketika itu dia sedang berdiri kerana ingin berjalan menuju kearah saya. bila dah jatuh, dia terus kena sawan.
Seterusnya, pada 18/05 kira-kira pukul 11:30am waktu Johor, adik saya kena sawan lagi. Tapi kali ni agak lain sikit, kerana bila dia sedar dia mengadu dengan mak yang dia terlihat ada sesuatu yang datang tiba-tiba sebelum dia kena benda tu.
Dan pada hari yang sama, sebelum berbuka dalam pukul 06:40pm sekali lagi adik saya terkena sawan..
Berdasarkan apa yang adik saya beritahu. Sebelum kena sawan tu, kepala dia sakit dan telinga dia berdesing. Hanya itu saja simpton yang dapat dia terangkan.
Manakala, berkenaan dengan result hospital pula. Dia ada buat temujanji dengan doktor untuk beberapa ujian antaranya otak dia kena scan apa semua, namun result dia ‘ No Result Found ‘. memang agak pelikkan.
Jadi usaha untuk sembuhkan adik saya, maka saya pun cuba contact balik seorang ustaz ni, namanya Ustaz Syafiq (bukan nama sebenar) sebenarnya sebelum ni saya pernah menjalani rawatan dengan ustaz ni juga (Ruqyah untuk buang saka). Dia terkenal dengan rawatan Darulsyifa.
Dek kerana, Pakcik Man belum pulih lagi sepenuhnya.. oleh itu, dia tak dapat menberi rawatan untuk adik saya sbb tu saya meminta tolong dengan Ustaz Syafiq untuk merawat adik saya.
Alhamdhulillah, setelah banyak aral melintang yang mendatang dengan izin Allah jua kami pun berjumpa juga dengan ustaz ni akhirnya dek kerana kepadatan dan kekangan masa saya dan ustaz ni.
Sebelum mula sesi rawatan dengan Ustaz Syafiq, menurut beliau adik saya tidak mempunyai saka dari keturunan arwah nenek moyang kitaorg seperti yang kitaorg fikir selama ni. Namun, sebenarnya adik saya terkena tempias santau orang.
Sejurus dari itu, ustaz pun memulakan sesi rawatan. Ketika sesi rawatan tersebut, adik saya mengadu pening dan mual, dan kemudian dia pun muntah..
Selang beberapa minit, ustaz memanggil kitaorang untuk lihat lengan adik. Ketika ini, kelihatan darah-darah menitis di kulit adik. Darah tersebut keluar melalui liang-liang roma adik saya.
Saya pendekkan cerita, setelah selesai sesi rawatan untuk adik. Saya bertanya dengan ustaz perihal adik-beradik saya yang lain, jika ada saka atau tak. Ustaz minta smua nama2 adik-beradik saya.
Dan apa yang ustaz katakan, semua anak-anak perempuan mak ni ada saka. Manakala anak-anak lelaki pula, hanya sakit-sakit sendi seperti sakit belakang/ pinggang, sakit lutut dan gastrik.
Mendengar perihal tersebut, berubah air muka kakak saya dek kerana takut, mak pula mengucap panjang kerana tidak tahu-menahu perihal saka yang ada dengan kitaorg ni lagi-lagi saka ni berasal dari sebelah mak..
Seterusnya, saya pun ada mengadu dengan ustaz. Yang sejak akhir-akhir ni saya kerap sangat nampak benda halus. Memang sebelum ni saya boleh tengok benda halus ni tapi taklah sekerap akhir-akhir ini. Pastu badan saya seakan-akan berat hingga tak khusyuk jika beribadah.
Ustaz terus panggil saya dan kakak, dia nak buat pendinding katanya. Saya dan kakak pun duduk dengan keadaan kaki melunjur. Ketika sesi tersebut, kakak saya mula pening-pening dan akhirnya dia muntah.
Manakala saya pula tidak berasa apa-apa kerana saya suda bebas dari saka tersebut. Namun apabila part ustaz nak tutup hijab tu, saya rasa seakan-akan takut dan yang kelakar tu saya ada mengelak dari ustaz tu. Entah kenapa ttiba2 saya macam tu. Kaki saya pula sejuk tiba-tiba.
Setelah selesai sesi rawatan untuk pendinding tersebut. Mata saya berasa sakit sedikit dan ada pening-pening, manakala kakak saya masih pening katanya. Selepas itu, kami balik jam pun dah menunjukkan pukul 12:45 malam.
Sebelum balik, kitaorg ada cakap dengan ustaz tu yang kitaorg akan buat rawatan sekali untuk kakak saya mungkin lepas raya.
Untuk kakak sulung dan 2 orang adik perempuan saya, kitaorang kena hold dulu. Kerana apa yang ustaz ni cakap, lebih baik jika buang saka tu bersama dengan adik-beradik perempuan yang lain. Maksudnya, kena serentak buang saka ni..
InshaaAllah, jika tiada aral melintang yang mendatang dan bilamana keadaan negara kita dah okay dari covid ni. Kakak sulung dan adik perempuan saya akan dtg Johor untuk membuat rawatan.. InshaaAllah..
Sebagai konklusi dari apa yang cuba saya sampaikan ialah, walau apa jua ujian hidup yang Allah berikan teruslah kuatkan semangat, tabahkan hati dan jangan pernah menyerah kalah..
Macam saya cakap sebelum ni, cuba cari insiatif jika terdapat masalah, yang pnting insiatif tersebut tidak bertentangan dengan agama kita..
Dalam pada itu, saya turut ingin berkongsi apa yang ustaz tu pesan dengan kitaorg iaitu, kita kena jaga diri kita dari segi amalan, kita kena lebih dekatkan diri kepada Allah.
Lagi satu, kita kena menjaga hubungan kita dengan orang sekeliling (ibubapa, adik-beradik, kawan2, guru2 dan orang yang lebih tua) hatta haiwan dan tumbuh-tumbuhan pun kena jaga juga. Selain itu, kena jaga adab kita, lagi2 jaga pertuturan bahasa kita.
Dan ada satu zikir yang ustaz ni pesan supaya kita amalkan sebanyak 100 kali selama 40 hari tanpa henti, selepas tempoh tersebut kita pasti akan dah terbiasa amal zikir ni. Dan mari sama2 kita amalkan.. Iaitu :
‘ La ilaha illallah wahdahu laa syarikalah lahumulku walahulhamdu wahuwa ala kulli syain qodi ‘
Untuk confession ini cukup sampai disini saja, terima kasih tidak terhingga buat Admin sebab publish confession saya sebelum2 ni..
Walau tak banyak yang saya dapat feedback, tapi saya bersyukur ada ramai juga yang komen confession saya dengan memberikan nasihat, tips dan kata2 hikmah untuk saya. Macam orang kita cakap, kualiti bukan kuantiti yang kita nak.. Terima kasih tau..
Sejujurnya, objektif utama saya menulis coretan disini tidak lain tidak bukan hanya ingin menyampaikan ‘sesuatu’ walau sesuatu tu seakan-akan tiadaa jika dilihat dengan mata kasar.
Saya berharap semoga ‘sesuatu’ yang saya persembahkan ini sampai ke hati-hati pembaca semua.
Maafkan segala apa yang terkurang dari saya, dan sesungguhnya yang baik-baik itu semua datang dari Allah swt..
Wassalam…
– Sha (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit