Kami Juga Punya Rindu

Terima kasih admin jika menyiarkan confession ini. Saya tak pandai nak huraikan satu persatu, tapi saya cuba.

Main point saya nak sentuh adalah isu sensitive sekarang ni iaitu RENTAS NEGERI. Target saya dalam isu ini adalah golongan perantau yang bujang. Ya, BUJANG.

Saya perantau dan masih bujang. Macam yang kita tahu, wabak C0VID 19 telah banyak meragut banyak nyawa tidak kira golongan muda, tua termasuklah ibu mengandung.

Begitu juga kanak-kanak yang menjadi yatim dalam sekelip mata. Kisah kematian mangsa C0VID 19 banyak terpapar dekat laman social.

Kematian artis terkenal Arwah Siti Sarah yang telah menghidupkan banyak jiwa-jiwa diluar sana dan amat memberi kesan pada jiwa saya sendiri.

Ia memberi saya satu perspektif yang mana kematian itu makin dekat dan kini, saya dan kita semua seolah-olah sedang menunggu nombor giliran untuk menghadap Allah.

Kematian Siti Sarah juga telah membuka mata pihak ker4jaan dan masyarakat untuk memberi focus v4ksin kepada golongan ibu mengandung.

Dekat sini saya kalau boleh tak nak sentuh isu perebutan kuasa dalam politik kerana bagi saya ianya tanggungjawab pemimpin dan saya rakyat marhaen taknak ulas apa apa untuk mengelakkan dosa fitnah.

Tapi saya tak nafikan ada sedikit rasa kecewa dengan tampuk kepimpinan Malaysia pada masa pandemic kini. Kita seolah-olah tersepit antara mengekalkan momentum ekonomi negara dan nyawa rakyat sendiri.

Saya faham pandemic ini telah banyak memberi kesan kepada banyak keluarga dan individu di luar sana.

Apa yang saya boleh nasihat, keep strong kerana setiap yang Allah uji pasti ada kegembiraan di hujung sana. Keep faith ok!

Alhamdulillah saya antara insan bernasib baik yang tidak terjejas dari aspek ekonomi sebab saya masih ada secure job dan masih boleh hulur duit pada parents di kampung.

Berbalik pada topik asal, rentas negeri bagi golongan bujang sangat terhad sejak dari PKP 1.0 sehinggalah PKP 3.0.

Disini saya tak nak sentuh privilege yang golongan PJJ dan yang lain-lain dapat kerana saya faham mereka ada tanggungjawab masing-masing yang perlu ditunaikan.

Di twitter, ramai juga mengaitkan isu ketidakadilan kepada golongan bujang. Well, everyone deserve to speak louder.

Begitu ramai anak-anak perantau yang meluahkan rasa rindu mereka tetapi malangnya sehingga sekarang masih tiada kelonggaran kepada yang sudah lengkap 2 dos v4ksin untuk rentas negeri bertemu keluarga.

Bayangkanlah 2 kali raya tidak dapat berkumpul bersama keluarga sendiri. Saya antara golongan bujang yang telah dan sedang berada dalam situasi itu.

Malangnya, kesihatan mental golongan bujang selalu dipinggirkan atas alasan mereka tidak ada komitmen tanggungjawab keluarga.

Pada saya, konsep tanggungjawab itu sangat subjektif dan tidak hanya terpakai kepada golongan yang berkahwin sahaja.

Begitu juga konsep rindu itu sendiri. Rindu seorang suami/ isteri kepada keluarganya tiada beza dengan rindu seorang anak kepada parents mereka.

Malangnya, kini kesihatan mental golongan bujang yang merantau jauh dari keluarga kerap kali diremehkan, percayalah bahawa di luar sana majoriti sudah mental breakdown.

Golongan seperti ini mungkin kita tidak nampak mereka mempunyai kesihatan mental yang semakin menurun, tetapi cuba anda selami perasaan mereka.

Mungkin ada yang setiap malam menangis tanggung rindu, atau mungkin ada yang hampir depression yang boleh lead to s*icide. Mungkin ada golongan yang kata “alah, video call je lah, apa masalahnya?’.

Helloooo (gaya kak lina pompom), video call tidak akan pernah sama dengan situasi bersemuka ya. Lain sama sekali.

Kes individu yang meninggal akibat kecederaan selepas menumbuk pintu masjid di Pasir Gudang sepatutnya dijadikan lesson untuk pihak ker4jaan,

Iaitu bertindak segera untuk merangka/ meminda dari semasa ke semasa Pelan Pemulihan Negara mengikut situasi kadar v4ksin/ kes supaya ianya merangkumi semua golongan (just for yang sudah lengkap 2 dose v4ksin ya. Sorry to antiv4ks).

Berhentilah ‘gula-gulakan’ rakyat dengan ‘pertimbangan rentas negeri’ kerana mungkin sedar atau tidak, ianya telah memberi tekanan kepada golongan seperti kami.

Saya hari-hari scroll twitter sebab saya nak selami perasaan golongan bujang yang berterusan menaruh harapan untuk merentas negeri berjumpa keluarga.

Sedih ya jika anda baca satu persatu tweet golongan ini. Saya tak salahkan mereka kerana sudah lumrah manusia sentiasa berharap.

Bagi anak perantau yang mempunyai suami dan anak-anak di rumah, mereka amat beruntung kerana sudah berjodoh didunia ini dan masih ada moral support jika berasa down.

Tetapi tidak bagi golongan bujang yang tinggal berseorangan atau tinggal di rumah sewa dengan orang asing yang bermacam ragam/ perangai. Ini lebih teruk lagi bagi mereka yang jenis introvert.

Tidak semua orang yang sudi untuk berkongsi cerita kerana semua orang ada struggle masing-masing lebih-lebih lagi waktu pandemic ini. Jangan pelik jika masih ada segelintir individu yang menjadikan isu rentas negeri bagi golongan bujang sebagai bahan jenaka.

Disini saya ingin anda tahu bahawa anda telah mengguris perasaan kami.

Percayalah, tidak kira lelaki atau perempuan walaupun mereka memang jenis yang berdikari, tapi akan sampai satu tahap yang mana sifat berdikari itu akan pudar. Itu yang saya sendiri sedang rasai dan ianya perit ya, perit.

Baru-baru ini, isu kebenaran rentas daerah yang telah menyebabkan sesak di lokasi riadah mandi sungai.

Saya sangat kecewa dengan golongan selfish seperti ini. Tanpa sedar, anda bepotensi untuk menjadi punca kenaikan kes dan macam biasalah, back to square, golongan bujang yang akan jadi mangsa again, again and again.

Kita dah hidup dengan SOP C0VID 19 ni dah hampir 2 tahun, agak mengecewakan jika kita golongan dewasa masih gagal untuk menunjukkan sikap yang baik kepada anak-anak.

Saya tidak salahkan niat mereka untuk beriadah kerana masing-masing berhak untuk release stress, tetapi at least berfikirlah sebelum bertindak.

Itu pun masih ada individu yang keep blame pengurusan tempat riadah tersebut kerana tiada pengawasan.

Belum masuk isu anti v4ksin yang lantang bersuara bila hak mereka terbatas selepas ini, isu golongan menipu permit rentas negeri, isu tidak menjaga sensitiviti masyarakat kini dan banyak lagi saya malas nak sebut sebab saya sendiri dah give up dengan perangai masyarakat kita.

Sorry to say, #KITA JAGA KITA sangat tidak relevan bagi rakyat Malaysia kerana saya merasakan mentality kita masih belum boleh hidup dengan C0VID 19 ini. Mesti ada yang marah dengan statement saya ini kan?

Tepuk dada tanya selera. Itulah reality pahit yang kita kena hadap. Endemik mungkin satu yang pahit untuk ditelan, tapi apa yang saya boleh kata situasi sekarang ini bergantung sepenuhnya kepada kerjasama rakyat.

Saya percaya para pemimpin telah cuba sehabis baik bagi mengawal keadaan, tetapi percayalah usaha itu tidak akan berjaya jika kita sebagai rakyat masih lagi bermentaliti masih menuding jari kepada pihak ker4jaan.

Saya faham jika ada orang yang akan kata “jika golongan bujang balik kampung, mereka mungkin jadi pembawa virus walaupun ujian negative sebelum bertolak sebab dijangkiti semasa dalam perjalanan”.

Ye, saya faham kerisauan anda semua. Berbalik kepada apa yang saya cuba sampaikan tadi, mentality kita perlu diubah segera, patuh SOP yang ker4jaan telah gariskan.

Jika single bubble pelancongan Langkawi itu berjaya, tak mustahil jika rentas negeri dengan pematuhan SOP juga akan berjaya kan?

Itu pun masih ada segelintir masyarakat yang mempertikaikan arahan last minit wajib buat test C0VID 19 sebelum berlepas ke Langkawi dan masih menuding jari kepada pihak ker4jaan.

Come on, sepatutnya inisiatif membuat test C0VID 19 adalah tanggungjawab setiap individu yang ingin melancong/ rentas negeri atas permit.

It’s a common sense. Setelah banyak kematian yang terjadi, anda masih ingin menjadi salah seorang punca individu lain kehilangan ahli keluarga hanya kerana sikap ambil mudah anda?

Anda rasa, kita sudah bersedia ke untuk #KITA JAGA KITA? Atau hanya sekadar hashtag untuk berterusan blame tampuk pemerintahan?

Come on rakyat Malaysia.

– Al-Fahd (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *