Kami Student Hanya Insan Biasa

Assalamualaikum wbt kepada readers dan juga admin. Tujuan aku buat confession ni cuma nak meluahkan isi hati yang terpendam sahaja sebagai seorang student. Aku ialah student semester 2 dari local uni dekat selatan tanah air.

Sebelum tu aku nak cakaplah yang kalau hal tak ni tak serious mana aku takkan confess minta pendapat semua. Oleh kerana ianya seriouslah aku confess kalau nak judge pun terserah ini ikhlas apa terpendam dalam hati.

Macamni aku nak cerita hal dua orang lect aku yang aku tak berapa nak faham. Sem lepas tak pula aku rasa macamni tapi sem ni entah kenapa barai sampai rasa stress nak lari dari sini oleh kerana pressure yang amat tinggi. Ada dua orang lect aku yang aku kalau masuk kelas dorang entah kenapa rasa tak selesa and rasa macam stress sangat. Lect pertama ialah lect management. Lelaki berumur 57tahun sudah mengajar lebih 30tahun berdasarkan details yang beliau bagi semasa first class. Pada mulanya masuk kelas dia ni aku macam dapat rasakan yang dia ni macam bias sebab attention dia pergi kat orang tertentu atau arah tertentu. Aku as a student kalau lect tengah explain kat depan memang akan selalu nod and focus (any class)tapi dia macam tak notice existence aku. Aku jawab soalan dia pun dia macam tak endah selalunya lect kasi feedback. Pada mulanya aku rasa dia benci aku. Aku pun ceritalah kat classmate aku ingat aku sorang je kena lectzone rupanya ramai kawan aku kena macamtu.

Dia hanya akan layan orang yang dia ‘favour” sahaja. Aku banyak kali after class tanya dia soalan kot dia macam tak berminat selalu lect suka student tanya soalan tapi dia tak suka setiap kali aku tanya soalan mesti kena ‘lectzone’ dan riak muka dia berubah. Aku perasan beberapa orang yang dia favour kalau tengok muka dorang mesti senyum je. Tengok muka yang dia tak favour muka masam je. Aku pelik kat sini yela muka aku kalau tengok lect bukannya muka taik ke muka masam ke aku senyum kot. Lepas kejadian tu banyak rumor keluar pasal lect yang ni pasal dia sebelum pukul 12p.m. kena balik rumah (kelas aku dgn dia selalu 10-12 patutla taknak jawab soalan aku nak balik awal) and kalau ada meeting dia takkan attend langsung (yang ni dengar cerita ada lect cerita kat budak class lain) and budak2 yang dia favour mesti A dalam genggaman. Subject ni final hanya 40% manakala 60% assignments. Terlampau banyak rumor negatif pasal dia. Kalau dalam class memang ramai rasa tersisih dan terpinggir bukan aku je kitorang rasa macam kitorang student sir juga kan?

Apa salah kitorang sir menyampah nk tengok muka? Lebih kurang macamtula rata2 classmate aku yang dia tak favour ni cakap. Subject ni memang banyak tertumpu pada assignments and dia ni selalu bagi task lambat and due term dia mesti tak seiring dengan task yang dia kasi tu. Stress weh. Kitorang pun ada class lain punya assignment bukan class dia je dahla nak buat task tu kena keluar jauh kena set masa plan bagai. Kalau dia bagi awal mungkin boleh set masa bagai sebab sem ni banyak subject punya assignment kena keluar and due dekat2 jadi masa suntuk tu stress tidur pun tak cukup sangat. Last minute assignment ialah dia punya most favourite thing to do. Ada belambak assignment weeeh subject dia ni aku pun tak faham ada individual work, pair work and group work tapi kelam kabut. 2 last week dia ada bagi satu task lain last minute and dia minta the other after tu present tapi mostly dari kitorang bersuara cakap elok2 minta extend masa sebab week tu hectic dia memang gila babs ada banyak test quiz in one week tapi dia reject bulat2 assignment dia yang ni memang aku cakap susah sebab nak prepare dia perlukan masa 2 minggu min tapi dia bagi 1 minggu je dgn busy lagi.

Kitorang pun okayla nak argue tak boleh dia lect kita student kita ikutkan jela. Dah siap semua tiba2 dia cancel class 2 minggu berturut including this week. Aku dah rasa tak sedap hati dengan dia left group class (sama week dgn masa kitorang suarakan opinion). Dia merajuk ke sebab kitorang suarakan pendapat ke ada classmate aku report dia tu dia macam menyampah dengan kitorang? Tetiba. Sebab class lain dia pergi je and tak left group class. Risau doh yela dia guru kita kalau dia marah ke menyampah nanti ilmu tak berkat nanti dia juga yang mark paper final assignment semua. Ya kitorang tak selesa and marah kekadang yela kitorang student pun manusia biasa ada perasaan juga hormat memang hormat tapi kitorang pun berharap sir faham situation kitorang. Ya memang tanggungjawab kitorang siapkan semua task tapi mesti ada tolak ansur yela kitorang ada 7subject yang nak difikir dipikul bukan satu subjet je. Lect lain okay je walaupun ada yang strict gila. Masih lectzone until now.

Lect kedua ni ajar english. Week ke 4 tiba-tiba kitorang dapat notice yang kelas kitorang dapat lect baru. Lect lama dah okay kitorang pun pelik kenapa nak tukar. Lect ni lekaki lembut sikit umur mungkin akhir 30an atau awal 40 an. Masuk2 kelas je angin. Aku pun susah nak tafsir angin dia. Yela selalu lect perempuan je macamni jarang lect lelaki emo(sorry tapi mostly macamtu aku perempuan anyway). Lect ni pun sama memang banyak student report dia. Dah banyak kali kena tatatertib. Tapi sama je. No changes at all. Kata orangla senior semua. Sebab dia suka push student and marah2 without any reason. Kerja dia weh kau tahu kena buat 20 pages weh sekali kelas sebab dia ajar reading once a week je. Kelas dia memang takda siapa berani cakap sunyi sepi seperti ada malaikat lalu. Kalau cakap habislah kau angin dia naik memang satu kelas kena marah. Stress weh yela kalau kau cakap dengan kawan tanya soalan pasal subject tu pun takleh even bisik aduh tak faham aku. “shhhh i don’t want hear any talking do it by yours

– Unknown

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *