Kami Suami Isteri Yang Bagai Tak Sekufu

Salam semua. Terima kasih admin publishkan luahan saya.

Sedikit latar belakang mengenai diri saya. Seorang suami dan ayah. Pertengahan 30an, bekerja dalam bidang construction, sebagai perunding. Gaji 5k ++.

Wife sedikit berusia dari saya. Alhamdulillah, saya dikurniakan anak 2 orang. Wife juga berkerja, gaji yang separuh dari saya. Saya seorang yang cool, soft spoken kind of person. Isteri saya sebaliknya.. in a good way.. hehe..

Bab agama, kami tiada masalah. Masing – masing tahu bab agama, tiada yang tinggal solat, pandai mengaji.. selalu berjemaah maghrib dan isyak..

Semalam, sesi pillow talk yang ringan tiba – tiba berubah berat, dan membawa kepada sedikit pertelingkahan. Isunya.. Bab duit..

Bab yang mana cukup saya tak suka bila dipersoalkan dan diperlekehkan.. bab yang mana saya tak dapat mempertahankan diri sendiri. Bertalu – talu akan diserang isteri.. Selalu isteri akan bangkitkan isu ni.. isteri akan tidur lena kemudiannya.

Saya pulak berjaga, tak dapat lelapkan mata.. tak dapat tenangkan hati sendiri.. terbayangkan penat saya kerja dalam bidang ni, balik rumah, sambung kerja – kerja rumah.

Kadang malam lepas semua tidur, saya sambung buat kerja kerja ofis sikit. Anak2 pagi2 dan malam2 saya siapkan..

Namun, akan hilang semua kebaikan – kebaikan saya depan mata isteri, bila mana dia nampak saya, tak cukup duit.. dan akan dipersoalkan dengan nada sinis, dan nada yang meninggi..

Dan pagi ni, tak dapat nak tenangkan fikiran, sakit hati yang teramat.. terus berjaga sehingga ke jam 5 pagi.. bangun dari katil, bukak pc dan sambung buat kerja – kerja ofis sikit di rumah.. dan tertulislah luahan ni, demi mengurangkan beban di hati..

Sambil tak boleh tidur tu, terfikir juga.. saya dan isteri ni tak sekufu ke.. tapi kami masing – masing asal dari kampung je, keluarga biasa biasa..

Terbayangkan juga, kalau isteri dengan orang lain ni, mesti dia takda isu ni.. kot dia dapat suami yang kaya.. tapi kaya tak menjamin Bahagia. Ayat nak sedapkan hati sendiri. Hehe.

Kadang tu, saja saya mengelamun.. kalau berpisah dengan wife..okay ke.. tapi bila tengok muka anak tidur kat sebelah.. terus terhenti lamunan tu. Tak sanggup saya..

“7 tahun saya kahwin dengan awak, tak pernah saya dapat hadiah mahal – mahal, makan mahal – mahal pun saya yang belanja” – isteri.

Pedih, namun begitulah.. tolak semua komitmen saya, memang gaji saya cukup – cukup saja.

Selalunya ngam – ngam sampai hujung bulan. Cuma bulan puasa dan raya ni, ada short sikit.. dan saya pinjam duit nafkah yang saya beri ke isteri.. tiap yang dipinjam, akan saya lunaskan semula setiap kali masuk nya gaji.. namun itu yang menjadi ungkitan isteri..

“Abang cari la kerja lain, asyik tak cukup je, majukan lah diri tu”. Kata isteri dengan nada tinggi dan sinisnya..

Saya dah penat nak fahamkan dia. Saya dah kerja di banyak firm sebelum – sebelum ni. Yang terkini, yang ni lah firm yang paling saya terjaga daripada segi kesihatan mental saya. Bos yang baik, tiada politik ofis, beban kerja yang tidak keterlaluan.

Dan tempat kerja yang hanya 5 – 10 minit dari rumah. Saya seronok macam ni. Dan gaji saya, amat lah saya bersyukur dengan apa yang saya terima.

Saya tak pernah culas bab duit nafkah, belanja anak,makan pakai, pampers anak.. Semua saya lunaskan hari yang sama saya terima gaji.. kadang saya rasa isteri saya tak bersyukur.

Tapi bila dikata macam tu, dia melenting marah.. katanya dia terima saya dari saya kosong lagi.. apa yang tak bersyukurnya..

Entahlah.. kecil je masalah saya, kalau nak dibandingkan dengan masalah lain pasangan suami isteri dalam page ni. Tapi at least dapat luah kat sini pun, alhamdulillah lega..

Saya doakan moga semua para pencari nafkah, dikurniakan rezeki yang mencukupi, kesihatan yang berpanjangan, dan sabar dalam mengemudi bahtera rumah tangga.

Saya dalam proses nak ambil lesen professional. Ada impian untuk bukak firma sendiri. InsyaAllah. Mohon doakan saya..

Selalu dengar ceramah, seorang suami yang tidur dalam keadaan marah, tidak diangkat amalan solat isterinya. Wallahualam. Buat isteriku, abang hari hari maafkan sayang okay?

Terima kasih admin. Sekian..

– mzniml (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

13 Comments

  1. Sabar encik, doa banyak2. Agaknya isteri terpengaruh dengan kebahagiaan material isteri2 lain Di social media. Inilah ujian akhir zaman. Smg Ada jln keluar

    • Ada baiknya dedahkan ahli keluarga dengan ilmu2 bermanfaat terutama bab permasalah yg melanda encik ni seperti kepentingan bersyukur, menghargai, toleransi keluarga dan lainnya.

      Caranya pelbagai seperti bersama hadir ke majlis2 ilmu atau motivasi, dengar bersama di tv, radio, youtube dll atau share di wasap dan bermacam cara lg.

      Ye la kita ni walaupun tau bab agama tp kalau lama x diingatkan jadi seakan lupa dan alpa.

      Bagus jg buat tazkirah ringkas lps solat jemaah. Hadis 40 ke.

      Boleh cuba sedekah dan niat apa yg diinginkan.. selain doa sendiri bole mintak doa dr ibu bapa, org alim, dll.

    • Ya
      biasalah isteri mudah triggered bila tgok kesenangan perempuan lain di media sosial. Rm 5k dengan beberapa benefit tu sebenarnya lebih pada cukup jika bersyukur. Tapi tak apa encik. berusahalah untuk dptkn cert. kemudian capai cita-cita buka firm sendiri. Saya doakan cita² en tercapai.

  2. Ada baiknya dedahkan ahli keluarga dengan ilmu2 bermanfaat terutama bab permasalah yg melanda encik ni seperti kepentingan bersyukur, menghargai, toleransi keluarga dan lainnya.

    Caranya pelbagai seperti bersama hadir ke majlis2 ilmu atau motivasi, dengar bersama di tv, radio, youtube dll atau share di wasap dan bermacam cara lg.

    Ye la kita ni walaupun tau bab agama tp kalau lama x diingatkan jadi seakan lupa dan alpa.

    Bagus jg buat tazkirah ringkas lps solat jemaah. Hadis 40 ke.

    Boleh cuba sedekah dan niat apa yg diinginkan.. selain doa sendiri bole mtk doa dr ibu bapa, org alim, dll.

  3. Aku pnh lalui tpi bkn bab duit. Isteri yg berkerja akan stress bila letih dn emosi x stabilkan. Aku lantik Isteri sbgai suri rumah sepenuh masa , Alhamdulillah 5 thn berlalu dgn aman.

  4. Bila dah kufur nikmat apa jua kebaikan suami nampak tak baik di mata isteri

    Sebab banyak skrol media sosial maka mula buat perbandingan.

    Hidup ni bkn perbandingan tp perjalanan…bab hadiah mahal tu..cuba la usahakan beli seutas gelang mas ke utk dia..kumpul duit slow2…inshaallah cukup dlm masa tertntu.X salah bahagiakan hati istri sendiri..kdg mgkn seutas gelang tu bawa kebahagiaan sgt utk nya.Jgn fikir negatif sgt

    Kena reward isteri dgn sesuatu yg bahagiakan dia walaupum tidaklah terlalu mahal..mgkn dia dah mula muak tu

  5. Lain kali kalau dia ungkit lagi, gurau2 lah dengan dia yang kalau awak kaya semua benda yang dia nak awk boleh bagi. Siap pakej hadiah madu lagi. Mesti lepas ni diam je. Dasarrr isteri x bersyukur, banyak sngt main sosial media. Tau memintak aje.

  6. Bacalah astaghfirullah dan laahawlawala quwwata illa billah bnyk2 semoga dpermudhkn rezeki dan dberi ketenangan dn jln kluar

  7. Biasanya sbb terpengaruh sosmed dan tempat keja la tu encik.
    Sabar ya. Mungkin isteri cik belum tau membina dan menjayakan rumah tangga x semudah & seindah tayangan sosmed yang tipu² tu.
    Dan rezeki masing².
    Dan suami 5k , kerja dekat, tahu urus anak pun dah satu nikmat dah.
    .
    Isteri encik pun imperfectly perfect , mungkin certain dia lupa.
    Maafkan & bimbingla dia lagi juga ya.
    .
    Doakan saya kawen tahun ni

  8. “Dan diperlihatkan juga kepadaku neraka, maka aku tidak pernah sama sekali melihat pemandangan yang lebih mengerikan seperti hari ini. Aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Mereka bertanya: ‘Mengapa wahai Rasulullah?’ Baginda bersabda: ‘Dengan sebab kekufuran mereka.’ Dikatakan: ‘Adakah mereka kufur terhadap Allah?’ Baginda menjawab: ‘Mereka kufur (ingkar) terhadap suami dan kufur terhadap kebaikan (yang suami mereka lakukan). Apabila engkau berbuat baik kepada salah seorang antara mereka sepanjang masa, kemudian dia melihat daripadamu sesuatu (yang dia tidak senangi), maka dia akan berkata, ‘Aku tidak pernah melihat sebarang kebaikan pun daripadamu’.”

    Riwayat al-Bukhari (1052)

  9. Untung isteri dapat suami yang serba serbi. Moga Allah perlihatkan isteri setiap usaha dan tanggungjawab suami yang dilaksanakan. Saya sarankan buat saving 3 bulan untuk bawak isteri merasa sekali makan mahal sikit. Puaskan hati nya agar dia hargai bukan mudah suami kerja keras demi memenuhi impian kecil dia. InsyaAllah mesti dia pun bersyukur atas pemberian suami dan faham sebab suami banyak bantu dia dalam urusan2 lain.

  10. Hidupkan suasana agama dalam rumah dengan beberapa amal.
    Solat berjemaah dirumah tidak sempurna. Lelaki kena solat berjemaah dimasjid.
    Ambil satu waktu yang sesuai di rumah seperti lepas waktu Isyak,
    1. Buat halqah AlQuran
    2.baca (Taklim) hadis
    3 mesyuarat kelurga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *