Kami Tak Mahu Lebih, Cuma Mahu Hak Yang Adil

Saya nak kongsi satu kisah keluarga yang sampai sekarang masih belum selesai. Harapnya ada yang boleh kongsi pandangan atau pengalaman.

Arwah atuk dan Wan kami merupakan peneroka FELDA. Mereka ada 7 orang anak — 1st dan 2nd perempuan, tiga lelaki di tengah (termasuk ayah saya, lelaki paling sulung, ke3), dan dua yang akhir perempuan. Sekarang tinggal 5 orang, sebab ayah saya dan mak ucu sudah meninggal dunia.

Bila atuk meninggal, semua adik-beradik ayah sepakat menyerahkan semua harta termasuk ladang sawit kepada Wan. Masa tu niatnya satu: mudahkan urusan dan hormat ibu. Tak ada masalah dan tak ada siapa pun yang membantah.

Anak perempuan keenam, kami panggil Mak Lang, tak berkahwin dan tinggal bersama Wan sampai akhir hayat Wan. Kononnya menjaga Wan.

Tapi dia bukan jaga secara ikhlas mana pun, bising2 dan Wan akhirnya bayar upah kepada dia secara tetap untuk bantu urus rumah dan keperluan harian. Mak Lang memang dibayar gaji bulanan selama bertahun-tahun. Jadi tak timbul isu dia berkorban tanpa ganjaran.

Dalam masa tu juga adik beradik lain pun bukannya tak jaga atau jenguk Wan. Rumah kami 15minit je nak kerumah Wan. Hampir setiap hari ayah jenguk Wan, bawakan ke klinik semua tu memang kerja ayahla.

Lepas Wan meninggal, ayah kami sebagai anak lelaki paling sulung terus ambil tanggungjawab untuk uruskan pembahagian pusaka ikut saluran yang sah.

Niat ayah jelas: supaya harta peninggalan Wan diagihkan secara adil kepada semua waris termasuk dua anak arwah mak ucu kami.

Tapi masa tu Mak Lang mula membantah. Katanya semua harta tu hak dia sebab dia tinggal bersama dan jaga Wan. Semua tinggalan termasuk rumah, brg kemas, dusun, ladang sawit hak dia.

Yang lebih mengecewakan, Pak Anjang (adik ayah, anak keempat) pun sokong dia. Alasannya: Mak Lang tak kahwin, tak ada suami nak tanggung, jadi lebih elok semua diberi kepada dia.

Tapi bagi kami, itu bukan alasan yang adil untuk menafikan hak waris lain. Kalau Pak anjang nak bagi kat Mak Lang bagi jela bahagian dia. Bukan bahagian kami yang lain.

Tambahan pula, Mak Lang dah pun dibayar selama bertahun-tahun — bukan jaga Wan secara percuma.

Selepas ayah meninggal, kami anak-anak beliau teruskan usaha yang ayah mulakan. Kami buat bicara kuasa dan semua waris setuju melantik Pak Anjang sebagai pentadbir ladang sawit. Dengan harapan dia boleh diharapkan untuk berlaku adil.

Tapi lepas mahkamah keluarkan surat lantikan, tak ada apa-apa berlaku. Ladang masih Mak Lang urus seperti biasa, hasil pun dia kutip sendiri. Bila ditanya, jawapan Mak Lang: “Tunggulah surat mahkamah pasal bicara kuasa tu.”

Rupa-rupanya bila kami semak sendiri dengan pejabat tanah, surat lantikan pentadbir memang dah lama keluar dan sudah dihantar kepada Pak Anjang.

Pak Anjang dilantik sebagai pentadbir ladang yang sah dan dia ditanggungjawabkan untuk urus ladang dan bahagikan secara adil kepada semua waris yang berhak. Tapi dia diam, tak maklumkan kepada sesiapa dan biarkan Mak Lang uruskan dan makan hasil seorang diri.

Masa ni Mak Lang pun dah tak berurusan dengan FELDA, dia urus sendiri, jadi pihak FELDA tak boleh buat apa-apa.

Dan Mak Lang juga sudah berkahwin — mereka suami isteri bersenang-lenang makan harta pusaka, duduk di rumah Wan, berjual hasil dusun buah buahan, dan ladang sawit.

Sudah lebih 13 tahun sejak arwah Wan meninggal dunia. Hingga kini, ladang sawit masih diurus oleh Mak Lang, dan hasilnya dinikmati sendiri tanpa pernah dibuat sebarang pembahagian.

Kami adik-beradik tak pernah terima walau satu sen pun. Kini, semua waris-waris lain pun dah sepakat mahu menuntut hak pusaka yang selama ini terabai.

Kami tak tuntut lebih pun, kalau nak tolak upah urus ladang, kami setuju. Tapi sekarang semua hasil masuk ke satu tangan saja, yang lain diketepikan terus. Tu belum kira lagi rumah, dusun, pusaka2 lain.

Kami betul-betul buntu. Tak tahu langsung prosedur undang-undang yang perlu diikut.

Dah banyak kali naik turun pejabat tanah, pejabat Felda, tapi jawapan yang diberi pun tak jelas dan menyusahkan. Diorang minta pentadbir pusaka dilantik datangla dsb. Pak Anjang dan Mak Lang pula langsung tak beri kerjasama.

Bermacam persoalan tak terjawab

1) Apa hak kami sebagai waris sah?

2) Apa tindakan yang boleh diambil ke atas pentadbir yang diam dan tidak jalankan tanggungjawab?

3) Boleh ke kami tuntut hasil ladang selama 13 tahun secara berbalik (backdated)?

4) Apa langkah undang-undang yang patut kami ambil untuk tuntut balik hak kami?

Kalau ada sesiapa pernah lalui perkara macam ini, atau tahu prosedur yang betul — kami sangat-sangat hargai kalau boleh kongsikan panduan.

Terima kasih..

– Anggerik Hitam (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. felda memang akan berurusan dengan pentadbir sahaja. tanggugjawab pentadbir untuk membahagikan hasil. jika berlaku ketidak adilan, boleh saman di mahkamah bagi tuntutan bahagian yang tidak diterima. jangan dibiar berpanjangan sebab kita ada law pasal limitation act. nasihat saya, pergi pejabat peguam. tapi make sure Pak Anjang tu memang betul Pentadbir dalam perintah pembahagian tu, dan bukan pemilik.

  2. sy kurang arif tntg tatacara yg betul utk isu faraid atau harta pusaka. tp skrg dah zaman viral.jika sedari/sedara xda masalah utk bertanya khalayak online tntg masalah ni, sy suggest bt satu VTT utk tanyakan pendapat netizen di medsos terutama nya tiktok. selain dpt pendapat percuma, mgkin ada peguam yg boleh offer diri utk mewakali sedara/sedari dan ahli keluarga yg lain. dr cerita ni, nmpak gaya mcm mak sedara tu xtakut ke dosa..dia pon nmpk kulit muka agak tebal..cepat2 la selesaikan urusan pusaka ni, risau ganggu urusan arwah sana. wallahua’lam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *