Kami Tak Sekufu

Nama aku H dan dah 12 tahun kahwin. Ada anak 2 orang. Sedikit background pasal aku, aku orang kampung, berasal dari keluarga susah.

Aku sejenis yang susah nak mintak tolong orang, dari kecik nak apa aku usahakan sendiri sebab aku tahu mak ayah aku orang susah.

Fast forward selepas semua rintangan kesusahan aku satu² satunya anak yang ada degree. 1st class dari diploma hingga degree. Suami aku pulak hanya ada sijil kemahiran kot. Entah, tak pernah nampak sijil² dia pun selama ni.

Awalnya aku ketepikan takpela tak sekufu dari segi pendidikan ja. Asalkan dia kerja keras lepas kawen. Bila tanya solat cukup tak? Haruslah jawapannya cukup.

So berkahwinlah kami tanpa bercinta. Masa tu aku kerja dekat rumah ja. Gaji tak sampai 5 ratus pun. Tapi adalah sikit habuan belanja. Elok dah preggy anak 1st ditakdirkan alahan yang sangat teruk. So aku benti kerja.

Setahun kawen diuji dia tak mampu nak bayar installment kereta. Sebagai isteri yang baik yang berjanji nak hidup susah bersama so aku pajakkan rantai emas hasil dari mahar yang dia bagi. Lagipun aku jenis tak suka pakai² barang kemas.

Kutip syiling hujung bulan pun selalu. Happy lagi masa tu. Lepas anak aku setahun baru lah dapat praktikal kerja. Elaun dalam 1k++.

Disebabkan aku tak pandai bawak manual aku amek kereta myvi standard. So 500 untuk myvi.

Tempat praktikal hampir 2 jam baru sampai. Tanpa gagal aku bayar installment sampailah aku tunggu posting. Aku memang kuat menyimpan. Hidup berjimat baju kurung ada berapa pasang sahaja.

Lepas setahun menunggu barulah dapat posting. Gaji tak banyak tapi cukup. Cuma lebih dari gaji suami aku. Sebab aku masih ada mak ayah, adik² kakak² abang² untuk ditolong. Jadinya aku kena berjimat cermat.

Oh lupa suami ku juruteknik. Zaman kanak² dia dgn abang dia lagi 2 orang agak menyedihkan sebab duduk dengan ibu tiri, ayah dia kerja bawak lori. So takde di rumah sangat.

Lepas sentiasa di dera mak tiri dia dan abang² dia terpisah yang kemudian duduk dengan mak² saudara sampai ke umur belasan tahun.

Lepas ayahnya lumpuh barulah dia kembali duduk dengan ayah dia. Suami aku jenis tak banyak cakap, tapi tak lokek dengan senyuman.

Cuma masalah suami aku ni dia suka buat loan bank, mbsb, aeon, bank rakyat. Tapi aku tak tau kemana duit tu pergi.

Dia mudah sangat terpengaruh dengan saham. Dah bertahun tapi tak nampak hasil. Last sekali tanggung la loan tu sampai sekarang. Aku dah banyak kali mengamuk sebab senyap² buat loan.

Katanya dia nak bagi aku nafkah byk² kalau berjaya. Tapi camtu jugakla. Nafkah dia bagi biasanya aku tak guna sebab hujung bulan dompet dia akan kering. So duit tu aku bagi balik..

Bila dah bertahun² macam ni aku dah semacam tak redha dah. Aku penat. Sampai bila nak hidup macam ni. Mungkin orang akan cakap aku tak bersyukur.

Orang lain keluarkan kwsp boleh bawak anak bini, belikan itu ini. Tapi laki aku bila tanya dia sendiri tak tahu pergi mana duit tu.

Sekali datang tunggakan cukai lhdn dah beribu. Pinjam dari aku dah 3k. macam biasa janji nak bayar tapi tak bayar. Motor dia installment setahun aku tolong bayarkan kata nak bayar balik sampai sekarang tak bayar.

Kebanyakan yuran sekolah aku bayar. Boleh kira berapa kali ja dia bayarkan, duit belanja sekolah dan upah pengasuh memang pakai duit aku.

Nak harap guna duit dia nak belikan baju sepasang pun tak boleh. Sebab at last aku akan masukkan duit kononnya nafkah tu ke dalam dompet dia balik. Isteri yang baik kan? Takut suami berlapar.

Sejak aku kerja baju raya aku dan anak² pakai duit aku, baju sekolah pun sama. Boleh kira berapa kali saja dia belikan semua tu. Bedak aku? Boleh berharap jala.

Kadang aku dah malas barang dapur biar dia belikan semua. Aku tak tanya cukup ke tak duit. Kadang mulut aku ni agak kurang ajar. Tapi aku dah penat. Ada masa dia akan terasa dan merajuk. Sampai berminggu². Tak buat salah pun aku yang akan rasa aku bersalah.

Entahlah, aku ada target dalam hidup. Sebab tu aku berjimat cermat. Kadang aku rasa 1 penyesalan saja kahwin ni. Aku tau tak baik menyesal tapi aku dah muak. Aku manusia, ada masa letih, ada masa down.

Belum lagi cerita bab sekolah anak, suami aku memang tak reti baca Al-Quran. Salah aku tak check masa sebelum kawin. Jadinya tugas² ajar anak semua atas bahu aku. Kerja² sekolah memang dia tak pandai ajar.

Jadinya semua atas aku. Kerja² rumah pulak bila dia cuti bangun pagi hadap hp, dengar video sampai tengahari. Tak da fungsi. macam sampah aku tengok. Mandi selalu lambat. Aku penat dah membebel.

Bulan puasa sekarang macam tu la. Tak da nak tambah amal ibadat, nak ke masjid ke apa ke. Last² aku je yang ajak anak² aku.

Waktu siang tu kalau ada di rumah memang kelepek macam tu la. Langsir pun tak diikat, tingkap tak dibuka. Jadi sampah atas tilam dia ja sampai tengahari.

Lepas solat sambung balik hadap hp. Serius rasa nak lempar hancur ja hp tu. Tegur? Entah berapa kali dah. Dah besar kan? Cuma otak jala kena fungsi. Takkan nak kena ketuk dengan hammer.

Paling aku geram hari dia cuti mengejut tapi tak inform aku kata cuti. Lepas kerja terus aku amek anak di rumah pengasuh rupanya dia tak hantar anak pun. Kan ke memalukan.

Jenis aku gaduh macam mana pun biar profesional. Orang luar tak boleh hidu. Dah lain macam pengasuh tu soal aku.

Ayat aku ni kalau orang lain dengar memang akan naik geram tapi hilang dah kelembutan aku dalam berbicara sejak kahwin ni. Memang kasar.

Apa lagi nak expect semua benda aku kena buat, semua hal aku kena tanggung. Ya aku isteri yang nak hidup senang setelah lama hidup susah. Tapi entah bila nak boleh goyang kaki.

Kadang aku cakap kuat² depan anak aku pesan “abang kalau kahwin esok cari yang sekufu, kalau abang ada SPM cari isteri yang ada SPM, jangan cari isteri yang lebih dari abang, jadi lelaki yang berfungsi, kena tolong isteri, jangan jadi bodoh, otak kena pakai, bukan sia² Allah bagi otak, pakai!”

Mau aku tak geram apa² yang rosak dalam rumah ni kalau aku pandai bertukang memang aku buat semua. Tunggu suami aku makan tahun baru dia repair.

Memang aku warning siap² kalau bercerai sekali pun aku takkan keluar dari rumah ni. Memang rumah ni dia yang beli. Tapi barang² dalam rumah ni semua duit aku.

Bukan tak pernah kantoi dia pernah wasap kemain dengan sorang cikgu tu. Siap berjumpa bagai. Ayah dia masih hidup waktu pun siap backup anak dia. Tak bagi aku tinggalkan anak dia.

Memang aku sound habis². Aku bukan lemah, aku boleh hidup kalau suami takda pun. Sampai dia melutut mintak maaf. Pertama kali dia mintak maaf.

Apa ingat senang aku beranakkan anak kau, si sulung sawan tangis dari kecik aku jaga, meningkat besar macam² perangai sebab aku tukarkan sekolah. Harap yang ke 2 tak macam² perangai.

Memang aku serik beranak lagi dah. Cukup la 2 orang. Aku nak cantikkan diri aku balik. Backup masa depan anak² aku dah ada. Sebab aku tahu si ayah memang takda sesen pun simpanan untuk pendidikan anak² kami tu. Jadinya aku perlu sentiasa beringat.

Aku tak tahu sampai bila aku akan bertahan. Dalam masa yang sama aku kesihankan suami aku. Mak ayah dah takda, adik beradik tak rapat. Masing² hal sendiri.

Aku tahu dia terasa dengan aku, terasa sangat. Bukan takda kebaikan yang dia buat, ada. Tapi aku jugak letih yang amat sangat. Aku cuma harap dia nampak. Anak² aku perlukan ayah yang boleh dijadikan hero dan idola.

Harap ada sinar kebahagiaan dalam rumahtangga kami. Doakan aku jadi isteri yang bersyukur, cukup dengan semua yang ada, yang tak merungut.

– Kak H (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *