Kami Tetap Seorang Ibu

Sekarang ni, acapkali aku terbaca kisah surirumah vs ibu yg bekerja. Ada pelbagai pandangan, ada pelbagai hujah. Ada yg menganggap kami, ibu yg bekerja ni seolah-olah mahu melarikan diri dari tanggungjawab membesarkan anak. Tipulah jika dalam hati ibu-ibu yg bekerja ni, langsung tak ada perasaan nak jadi surirumah sepenuh masa, yg boleh jaga makan pakai anak dan suami dgn sempurna. Tipulah kalau cakap hati langsung rasa tak sedih bila nampak mata anak bila hantar anak ke rumah pengasuh/ taska.

Ibu yg bekerja ni, banyak yg dia terlepas. Terlepas nak tgk langkah pertama anak, terlepas nak dengar perkataan pertama anak, terlepas nak tgk anak meniarap utk pertama kali, dan byk jugak la. Sebabnya kerana anak lebih banyak meluangkan masa sedarnya di rumah pengasuh. Sehingga ada satu tahap, pengasuh yg lebih memahami anak berbanding ibunya sendiri. Bila balik rumah, ibu dah rasa penat, dengan lagi nak masak makan malam, nk kemas rumah, nak sapu lantai, nak cuci baju, nak lipat baju. Bila masanya ibu nak layan anak? Akhirnya, ibu hanya ada dengan anak bila dah masuk waktu tidur, dan masa utk bersama pun tak sampai 3 jam.

Akan ramai yg cakap, ” alah, berhenti la kerja. Rezeki ada kat mana-mana”. memang benar. Kalau la sang suami mampu utk tampung segala hutang kereta, hutang PTPTN, memang dah lama terperap kat rumah, ulik anak je. Tapi apakan daya. Ibu tua di kampung pun perlu dihulur belanja. Rezeki ada di mana-mana, tapi kalau tak dicari, mana nak datang rezeki? Jika hanya bertawakkal tanpa usaha, dimana hasilnya? Umpama perut terasa lapar, tapi malas nak bangun ambil nasi di dapur, lepas tu berharap agar ada org yg datang utk suap nasi ke dalam mulut.

Kadang-kadang, ada surirumah yg begitu bangga dapat duduk rumah menjaga anak, sehingga mereka mengecilkan ibu yg bekerja ni,seolah-olah kami ni bukan seorang ibu yg sempurna. Mereka dengan bangganya berkata mereka mampu hidup dengan gaji suami yg kecil. ” Tengok aku, gaji suami aku Rm1000 je, mampu nak beri keluarga aku makan pakai. ” Namun, setiap bulan, mulut mereka tak lepas merungut duit lampin anak tak cukup, susu habis, duit belanja peribadi tak diberi suami. Dimana nak datang keberkatan jika hanya nak merungut? Kami berkerja semata-mata dengan niat mahu membantu meringankan beban suami, membantu keluarga, dan memberi keselesaan kepada anak. Kami tak mahu suami bekerja dari siang ke malam semata-mata mahu cari duit lebih. Sekurangnya, bila waktu malam, suami sudah berada di sisi.

Oleh itu, ibu bekerja atau surirumah, kita ni tetap seorang ibu yg mengharapkan yg terbaik utk keluarga kita. Tak ada istilah ibu yg sempurna atau tidak, kerana seorang ibu pasti akan melebihkan anak dan suaminya dari diri sendiri. Jgn lah dihukumm kami tanpa mengetahui keadaan kami. Janganlah menghukum kami jika kamu tak pernah berada di tempat kami.

– Ibu yg bekerja

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit