Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian.
Saya merupakan silent reader IIUM Confession. Saya berminat untuk berkongsi cerita apabila membaca confession Happy wife Happy Life, (https://iiumc.com/happy-wife-happy-life/).
Membaca komen-komen di confession tersebut membuatkan saya ingin berkongsi cerita yang positif di alam perkahwinan saya selama 5 tahun ini.
5 tahun perkahwinan yang masih belum dikurniakan zuriat. Ya, kebanyakan pasangan akan menjadikan zuriat sebagai isu dalam rumahtangga, namun tidak bagi kami. Kami just follow the flow dan enjoy the journey together.
Saya merupakan seorang executive di sebuah syarikat swasta, manakala suami bekerja di dalam bidang oil and gas. Sejujurnya pendapatan kami mencecah RM30K sebulan, namun kami memilih untuk hidup dengan sangat serdahana.
Sepanjang 5 tahun di alam rumahtangga sesungguhnya sangat mencabar tetapi ia adalah perjalanan yang membahagiakan yang tidak pernah saya bayangkan.
Kami bekerjasama hampir dalam semua aspek dalam rumahtangga. Sifat saya dan suami adalah seperti langit dan bumi.
Saya merupakan seorang yang sangat clumsy, kasar, happy go lucky tetapi flexible manakala suami seorang yang sangat well organized, pendiam dan serius dan sangat tetap pendirian.
Kehidupan kami sangat serdahana. Saya sebagai isteri akan memasak dan menyediakan bekal bagi breakfast dan lunch, manakala dinner kami akan enjoy makan di luar bersama-sama.
Suami pula akan menguruskan hal ehwal rumah seperti menguruskan pakaian dan segala kerja rumah kecuali memasak.
Oleh kerana sikap suami yang well organized, saya akan meletakkan kepercayaan dan menyokong setiap keputusan suami berkenaan dengan susun atur rumah, cara lipat baju, jenis perabot dan sebagainya.
Tugas saya hanya memasak, membuang sampah, cabut rumput, mencuci toilet (suami saya geli dengan benda-benda kotor).
Bagi pengurusan kewangan pula, kami tidak mengamalkan ‘combine’ pendapatan. Setiap kali gaji suami akan berikan saya list expenses including saving untuk saya transferkan ke dalam akaun yang terlibat.
Kemudian, saya akan memberi resit bukti pembayaran seperti di dalam list (Tac number ke No Hp saya).
Di sini ingin saya ingatkan kejujuran kedua belah pihak adalah sangat penting. Kita sebagai isteri mesti bijak dalam menguruskan kewangan keluarga.
Dan ingin saya ingatkan kepada Wanita di luar sana, jangan sesekali mengambil tanggungjawab suami dalam perbelanjaan rumahtangga.
Jika suami tidak mampu untuk menanggung segala perbelanjaan, ya kita sebagai isteri harus membantu namun ingat lah berpada-pada dalam menanggung tanggungjawab mereka.
Namun, kita perlu pandai menilai antara kehendak dan keperluan.
Pada pendapat saya, Sebagai contoh jika suami hanya mampu membayar bulanan kereta yang bernilai RM400, tetapi kita sebagai isteri mahukan lebih, tidak salah untuk kita membantu kerana itu adalah keinginan kita.
Harta yang kami ada hanya la sebuah rumah, sebuah kereta dan sebuah motorsikal. Orang sekeliling tidak tahu akan pendapatan kami, jadi mereka hanya melihat kami sebagai pasangan yang serdahana.
Di media sosial saya jarang memuji suami atau menunjuk apa yang kami miliki, tetapi saya kerap upload gambar suami dengan caption mengusik dan bergurau.
Suami seorang yang pendiam, namun sering saya lihat dia ketawa dan banyak bercakap – (membebel kerana saya suka cari pasal, bergurau, main-main) apabila kami meluangkan masa bersama.
Suami saya tidak mempunyai ramai kawan, oleh itu dia hanya berkawan dengan saya. Saya pula seorang yang sangat friendly dan mempunyai ramai kawan tetapi selepas berkahwin, saya hanya focus kepada rumahtangga.
Setiap tahun kami akan meluangkan masa selama 14 hari melancong ke luar negara. Ya itu adalah rutin kami sepanjang 5 tahun perkahwinan kami.
Tujuan saya menulis confession ini kerana apabila saya lihat komen di confession Happy Wife, Happy Life itu terdapat banyak komen yang inginkan confession positif dalam perkahwinan.
Saya bukan penulis yang baik, kemungkinan ada salah penggunaan perkataan atau ayat tetapi inilah kisah kami yang serdahana dalam melayari rumahtangga yang penuh badai ini.
Doakan kami dikurniakan zuriat dan perkahwinan kami kekal dan sentiasa dirahmati Allah.
Terima Kasih.
– HINATA (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit