Kamu… Bukan Wanita Hebat

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Sebelum aku meneruskan penulisanku ini aku ingin berpesan kepada para pembaca tolong baca dan fahami betul-betul, jangan komen melulu dan cepat salah faham… Penulisan ini bukan bertujuan untuk melarang POLIGAMI…

Jika sudah suratan untuk bermadu terimalah ia dengan hati yang terbuka supaya tiada hati dan perasaan akan tersakiti,

Layarlah bahtera kalian dengan tenang dan BERBAHAGILAH HAK dengan ADIL dan SAKSAMA agar ketika di Mahkamah Allah kelak, poligami bukanlah asbab kamu terjun ke NERAKA JAHANAM…

Penulisan ini bertujuan untuk saling ingat mengingati sesama kita agar tidak menyakiti hati dan perasaan insan lain demi kebahagiaan diri sendiri…

Jangan sesekali menari di pentas air mata orang lain kerana Allah SWT tidak pernah menolak DOA orang yang teraniaya…

Kamu bukan wanita hebat ….

Kepada wanita diluar sana tidak kira yang masih dara, janda atau bergelar isteri orang.

Ingatlah…!! Jika ditakdirkan kamu berjaya menggoda suami kepada seorang wanita yang lain sehinggakan rumah tangga mereka goyang dan akhirnya runtuh ke jurang penceraian sesungguhnya kamu lah manusia yang paling LEMAH dan TIDAK BERGUNA di muka bumi ini.

Kamu bukanlah seorang wanita yang HEBAT…!!

Jangan sesekali iktiraf kan diri kamu sebagai seorang wanita yang HEBAT kerana kejayaan kamu datangnya daripada air mata dan kesakitan orang lain…!! Kejayaan kamu bakal memutuskan ikatan silaturahim sesama manusia…!!

Kamu mesti tertanya-tanya kenapa kamu di gelar sebagai WANITA yang LEMAH dan TIDAK BERGUNA sedangkan kamu baru sahaja berjaya merebut hati suami kepada seorang wanita yang lain dan kamu juga baru sahaja berjaya merampas seorang suami daripada isterinya…

Gelaran WANITA LEMAH dan TIDAK BERGUNA itu sebenarnya amat sesuai untuk kamu kerana kamu mengambil jalan mudah untuk BAHAGIA dan KEBAHAGIAN yang kamu kecapi itu sebenarnya bukan datang dengan usaha kamu sendiri…

Kamu telah MERAMPAS kebahagiaan itu daripada yang BERHAK…!! Kamu berdiri gembira di atas derita insan lain…!!

Ketika kamu seronok melihat suami isteri itu bahagia…

Ketika kamu seronok melihat lelaki itu memanjakan anak2 dan isterinya…

Ketika kamu seronok melihat suami melayan isteri bagaikan permaisuri…

Kamu telah lupa…

Suami isteri itu bahagia setelah melalui pelbagai onak dan duri di dalam rumah tangga mereka… Kamu hanya melihat tirai kebahagiaan mereka yang berwarna warni tetapi kamu lupa untuk singkap di sebalik tirai itu melihat betapa keras nya usaha mereka untuk BAHAGIA…

Kamu tidak bersama mereka ketika mereka hanya makan nasi becampur garam sahaja. Kamu tidak bersama mereka ketika mereka hanya ada dua roda untuk bergerak. Kamu tidak bersama mereka ketika mereka diarahkan keluar daripada rumah sewa kerana tidak mampu membayar sewa bulanan.

Kamu mungkin tidak bersama mereka ketika mereka berlapar menunggu gaji bulanan tiba…

Cuma yang kamu nampak mereka kini sudah mewah berkereta besar. Mereka sudah mewah berjalan kehulu kehilir bawa anak-anak makan angin… Kamu hanya nampak kebahagiaan mereka tanpa kamu tahu keperihan hidup mereka berjuang untuk BAHAGIA…

Kamu juga lupa di sebalik KEJAYAAN seorang suami ada doa seorang isteri dan harapan seorang anak… Jangan kerana kamu, semua doa isterinya terputus dan harapan anak-anak nya turut terkubur…

Ingatlah… Seperti mana seorang suami melayan isterinya sebagai PERMAISURI bergitulah isterinya melayan SUAMINYA sebagai raja… Siapa kamu untuk menjadi orang ketiga…? Tidak kah rasa betapa HINANYA kamu MENCELAH di sebalik kebahagian mereka…!!?

Jika kamu seronok melihat mereka berkasih sayang dan ingin turut berkongsi kasih, lupakan sahaja niat itu kerana dalam erti berkasih sayang sesama manusia, perasaan itu tidak pernah akan cukup malah ianya akan terasa semakin berkurangan dan perlu di tambah setiap masa dan saat…

Jika kamu merasakan hidup bersama suami orang, kamu tidak perlu bersusah payah lagi kerana semuanya telah tersedia. Kamu lihat pula suami orang itu miliki harta berjuta lalu kamu memilih untuk berkongsi kesenangan itu, lagi besar kesilapan kamu.

Sekali lagi ingin aku nyatakan disini mungkin kamu sudah terlupa, DI SEBALIK KEJAYAAN seorang suami TERKANDUNGNYA DOA seorang ISTERI…

Sekali hati isterinya terguris dan disakiti pasti Allah SWT akan tarik sedikit demi sedikit rezeki kejayaan seorang suami. Itu adalah janji Allah SWT kepada sesiapa pun yang mendirikan rumah tangga dan siapa kamu untuk menafikannya…!!?

Kamu… Ya kamu yang terasa dengan bingkisan ini… Jangan cepat marah atau tersinggung, selagi kamu belum ‘meruntuhkan sebuah masjid’, selagi kamu belum memutuskan ikatan silaturahim, kamu masih belum terlambat…

Cari kebahagian kamu sendiri… Jangan berdiri di atas kebahagiaan orang lain walau apa niat sekalipun kerana kamu pasti tidak akan dapat merasai nikmat kebahagiaan yang sama mereka rasa.

Kifarah Allah SWT sentiasa ada, tidak lambat dan tidak terlalu cepat hanya menunggu saat kamu melakukan kesilapan dan pembalasanya pasti akan tiba.

Wahai wanita HEBAT…

Biar berbuih mulutnya bercerita betapa buruknya isteri mereka, biar bergulung lidahnya bercerita tentang aib isteri mereka, abaikan sahaja…

Jangan kamu ambil kesempatan… Jalankan tanggungjawab kamu sebagai wanita. Naik kan martabat wanita… Ingatkan kepada mereka, isterinya yang sering di jaja buruknya itu adalah ibu kepada anak-anaknya…

Ingatkan kepada mereka juga, isteri yang sedang dibuka aibnya itu adalah satu-satunya ‘orang luar’ yang sanggup bekorban jiwa dan raganya demi mereka… Biar mereka telan cerita mereka sendiri…

Biar cerita itu terlekat di halkum dan mati bersama nafsu serakah mereka untuk berlaku curang… Ingatkan kepada mereka lagi, suami acuan isteri bagaimana bentuk acuannya begitulah bentuk arcanya… Pandai si pemahatnya mengukir maka akan cantiklah ukirannya…

Mencantikkan sesuatu yang buruk bukan semua orang mampu lakukan. Jika ada, orang itu memang HEBAT… Tetapi yang mengabaikan sesuatu yang cantik sehingga menjadi buruk, ramai yang mampu lakukan…

Wahai wanita HEBAT…

Masih ramai yang belum berpunya di muka bumi ini…

Pilihlah mereka yang sudi berkongsi kasih, susah dan senang bersama kamu.

Carilah kebahagiaan dan kesenangan bersamanya walaupun terpaksa bermula dari bersusah-susahan kerana apabila kamu sudah berada di puncak kesenangan bersamanya kamu pasti akan lebih dihargai oleh pasangan kamu diatas pengorbanan yang telah kamu lakukan…

Biar poket mereka tidak tebal asalkan tidak berkongsi kasih, biar mereka tidak punyai harta berjuta asalkan kamu dipandang mulia kerana tidak merampas kebahagiaan orang lain demi kesenangan sendiri…

– CPA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *