“Kamu Itu Doktor, Tak Seharusnya.”

Sedikit pengenalan, aku adalah seorang graduan universiti perubatan. Hampir 1 bulan sudah tamat pengajian. Dan menunggu untuk berkerja (housemanship) di hospital awam 7 hingga 9 bulan akan datang.

Pagi ini, aku agak beremosi. Aku tidak selalunya begini.

Di mata ayah dan ibu, aku adalah seorang doktor. Maka setiap perbuatanku tidak dapat diasingkan.

Dalam sebulan selepas pulang ini, beberapa perkara yang aku lakukan, disetiap kecuaianku ku melakukan sesuatu perkara, ayah pasti mengaitkan “doktor tidak boleh cuai, kena fokus.”

Ibu juga begitu, jika aku bersikap agak “kasar” di dapur, barang masak yang terjatuh, terlanggar sana sini,
mama akan mengingatkan ku “doktor kena lembut -lembut”.

Pada mulanya aku biasa- biasa sahaja, kerana ini aku, sejak dahulu aku begini. Seorang yang ketawanya kuat, yang banyak cakap, yang memang kasar, lebam sana sini itu biasa. Mungkin mereka tidak nampak perangai aku yang ini.

Ya, aku membina diri dan pendirian di perantauan. Nilai diri yang sudah terbentuk adalah ketika aku jauh dari pengawasan ibu dan ayahku selama hampir 7 tahun.

Maka, kerap kali aku akan berkata pada mereka, personaliti dan pekerjaan itu berbeda. Jika aku cuai, maka aku cuai tanggungjawabku sebagai seorang anak, bukan sebagai seorang doktor.

Jika aku kasar, memang aku begini sejak dahulu. (Seperti yang mereka tahu). Kerana itu cara pandangku. Namun, bagi mereka, itulah “expectation” yang diletakkan apabila sudah bergelar doktor.

Aku agak sensitif, kerana aku merasakan identitiku sebagai individu hilang. Aku adalah aku. Bukan begitu?

Keyakinan diriku jatuh kerana ibu bapaku melihat betapa tidak “competent” nya aku sebagai seorang doktor berdasarkan personaliti aku itu.

Aku merasakan menjadi doktor itu hanya kesalahan yang dicari orang tetapi untuk segala perkara betul yang dilakukan tidak pernah dilihat.

Namun, ketika di zaman belajar, perkara ini biasa di hospital, consultant, specialist, nurse, pesakit akan melihat pada salahmu. Marah itu biasa kerana kamu harus melakukan yang betul. Ya kita belajar dari kesalahan.

Aku tidak pasti kenapa aku boleh begitu marah sekali pagi ini kepada ibu bapaku, sehingga aku meninggikan suara kepada mereka.

Mungkin juga kerana mentalitiku yang mengasingkan personaliti dan kerja ku. Atau aku tidak menghargai cara pandang mereka terhadapku;

Semestinya mereka bangga aku sudah menjadi doktor setelah 7 tahun penat belajar. Aku telah berjaya, dan aku perlu menjadi yang terbaik disetiap kelakuanku yang akan datang. Mungkin sebab itu mereka menegur apa yang tidak patut.

Betul, banyak kursus sebelum housemanship yang aku sertai ini, menekankan perangai atau “attitude”, yang kurang baik adalah penyebab ramai “HO” menghadapi masalah di alam pekerjaan.

Untuk setiap perkara yang tidak tahu, boleh sahaja ditanyakan kepada yang lebih tahu. Habit kita yang sudah lama terbina itu yang susah di ubah.

Itulah nasihat yang diberikan oleh setiap doktor, untuk setiap HO supaya membina adab, tata cara dan etika kerja yang betul, iaitu menghormati yang lebih pengalaman, menepati masa, menjaga percakapan.

Maka, pada hari ini aku belajar, aku perlu mengubah kaca mata ku.

Sebagai individu, aku punya tanggungjawab kepada ibu bapaku dari peringkat keluarga. Aku juga ada tanggungjawab sebagai seorang doktor untuk komuniti ku.

Aku tidak hidup dalam duniaku sahaja. Setiap perbuatanku memberi kesan pada semua orang di sekeliling ku.

Baru aku mengerti apa niat ibu dan bapaku menegur.

Aku pergi kepada mereka, memohon maaf atas tindakan emosiku

Ada cara yang lebih baik untuk mengutarakan kenapa aku terkesan terhadapa perbuatan mereka.

Tidak seharusnya menaikkan suara. Soft skills ini yang aku harus perbaiki.

Sudah semestinya, mereka lebih berumur, dan berpengalaman. Mereka lebih tahu.

Di akhirnya, aku sedar aku perlu terbuka kepada teguran dan memperbaiki diri

Dan aku masih boleh menjadi diri sendiri.

Menjadi AKU.

– Hanya Seorang Doktor (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *