Kanak-Kanak

Aku nak tahu kalau orang ada feel yang sama.

Ada tak orang tak suka budak mintak perhatian?

Aku lelaki, umur 40an. Aku tertanya-tanya, ada tak orang macam aku yang benci apa bila budak-budak mintak perhatian.

Bukan ke senang jadi budak-budak ni. Diam je, buat kerja sendiri.

Aku notice manusia ni suka dipuji/dipujuk atau dimarah. Aku pulak tak suka beri reaksi. Suka pon tidak, benci pon tidak. Indifference.

Kalau aku bencikan budak, nanti budak tu bersemangat dan nak buktikan hinaan tu jadi pembakar semangat. Aku tak nak jadi ikon macam tu.

Aku tak suka hubungan emosi dengan siapa-siapa kecuali anak-anak dan isteri. Bagi aku hubungan sesama manusia adalah exchange of knowledge bukan sharing emotion.

Aku suka bawak diri aku sebagai seorang cikgu, orang tua, lelaki dewasa dan bukan sebagai kawan. Sebagai cikgu versi aku, aku beritahu ilmu, kau dengar. Aku tak nak kau kongsi kan perasaan kau dengan aku. Atau pilihan lain, kita diam sahaja.

Bagi aku apabila kanak-kanak dan wanita nak kan perhatian, aku rasa sangat rimas. Aku benci sangat ayat ni, “kita ni siapalah nak pandang”. Kenapa manusia ni nak sangat dimengerti. Kalau cancel kan kehendak tu tak boleh ke?

Zaman sekarang ada handphone, main je lah handphone. Kalau kau nak ilmu, boleh la kita berbual pasal ilmu, kalau tak diam sahaja.

Ada satu masa tu, anak sedara wife aku dok belakang anak aku. Diorang ni umur bawah 5 tahun. Bila nampak aku, anak sedara aku ni tolak anak aku suapaya dia terkedepan. Tapi aku tetap geletek anak aku.

Lepas tu, dia cuba berbaik dan main dengan anak aku. Tapi aku abaikan dia dan hanya gurau dengan anak aku je.

Lepas tu, di hari yang sama, bila aku lalu, dia tunjuk ke arah anak aku. Tapi aku buat tak nampak je.

Anak sedara yang lain, masa aku main dengan anak aku, dia datang dan cuba buka pelukan tangan aku dari anak aku, aku lembutkan tangan, tapi lepas tu aku sambung peluk anak aku.

Aku benci betul, bila orang ni cemburu dekat orang lain. Ada anak sedara lain, masa tu maybe umur 10 tahun, muka dia berubah, bila aku main dengan anak aku, umur anak aku masa tu dalam 8 tahun.

Bila aku tengok dia dia macam tu, lagi galak aku main. Lagi galak aku embang ala kawan-kawan dengan anak aku.

Ada tak orang macam aku?

– Frankie (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *