Saya seorang wanita berumur lingkungan 30 an.
Tujuan saya menulis di sini kerana ingin menasihati ibu bapa di luar sana tentang kesedaran moral dan kepentingan agama dalam proses pembentukan kanak kanak yang sihat dan cerdas.
Beberapa hari lepas ketika saya sedang membeli belah di sebuah pasar raya yang terletak di Selangor,
Seorang kanak kanak lelaki berketurunan Arab (lingkungan 10-12 tahun) dengan sengaja memegang anggota private belakang saya.
Saya sangat takut dan terkejut kerana sungguh tidak saya sangka dia berani melakukan perbuatan itu di khalayak ramai.
Saya kemudian memaklumkan kepada kakak nya, namun dia cakap mungkin tidak sengaja dan meminta maaf.
Jadi saya redha dan menerima maaf tersebut kerana tidak mahu memanjangkan perkara tersebut.
Saya juga tidak berpakaian ketat namun di dunia sekarang ini, pasti ada mata mata yang tidak waras melihat kita dengan fikiran yang kurang baik.
Saya berharap semua wanita, terus kuat dalam membentuk generasi yang sihat.
– Tutup lah aurat meskipun semasa di rumah, kurangkan aktiviti bermanja secara keterlaluan di hadapan anak atau ahli keluarga.
– Bukan itu sahaja, didiklah anak menghormati perempuan dan menjaga ikhtilat dengan bukan ajnabi.
– Ajar mereka menjaga lisan, menjaga mata dan tuturlah yang baik baik untuk anak
Saya juga wanita biasa, dan semoga perkongsian saya memberi manfaat kepada anda.
Maaf jika ada salah dan silap. Selamat beramal.
– Wanita biasa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Semua wanita? Ada je lelaki yang kena gangguan seksual. Bukan perempuan sahaja. Lagi satu, didik anak untuk menghormati perempuan? Apa kata didik anak menghormati lelaki dan perempuan. Tu baru betul. Support gender equality
Biarlah orang nak tutup aurat ke taknak. Hak masing2. Jangan sibuk dengan hal orang lain
HAAAA???
cakap apa ni kakk?
org bagi nasihat tuuu, tak tengok ke sekarang kes menjadi-jadi bukan dkt Malaysia je, dkt saru dunia ni. tak sedar ke akak bila kita tak buat apa yang Allah suruh ni byk buruk padahnya. Dia yang cipta kita Dia lebih tau panduan hidup kita yg kita sendiri x tau.
cuba tgk pada pencipta kereta, dia lah jgk yang buat guide book pd pembeli keta kannn? sbb apa, sbb dia tahu apa yg dia cipta tu. same goes for us. Allah dh bagi Al-Quran dan As-Sunnah hadis as direction for our lives. that’s why kena ikut, kena tutup aurat tu😊 semoga kita semua diberikan Taufiq dan hidayah dari Allah aamiin
maaf ya kpsld penulis, sy balas komen yang atas tu tp x tertekan reply bwh dia, bru perasan. maaf