Kanak-Kanak Yang Lurus Fikirannya

Assalamualaikum semua. Aku Fiona (bukan nama sebenar). Terbaca satu confession yang diluah tentang ‘lelaki gatal’. Ye aku juga salah seorang mangsa. Waktu tu aku berumur dalam lingkungan 5-6 tahun (ingat2 lupa).

Waktu itu, tempat tinggalku adalah di kawasan kampung. Masih banyak kawasan semak dan lapang yang belum ada rumah. Waktu tu aku hanya berkawan Ahmad dan Ali kerana hanya mereka rakan sebayaku. Ada rakan tadikaku tetapi rumah mereka di kampung sebelah yang agak jauh.

Suatu hari aku tengah bermain dengan Ali. Tiba2 tiba aku di panggil oleh sekumpulan budak lelaki yang aku kenal untuk masuk ke dalam pondok yang dibuat oleh daun kelapa (atau daun pisang aku sudah lupa). Aku di panggil bersama Ali.

Waktu itu aku pakai baju dan skirt. Mereka menyuruh aku untuk menyelak skirt (aku lupa pakai seluar dalam atau tidak) dan Ali membuka seluar. Kemudian menyuruh Ali meletakkan kemaluanya untuk menyentuh kemaluanku. Dalam keadaan berdiri.

Waktu itu aku tak pasti kenapa aku mengikut dan aku rasa macam benda tu adalah satu permainan. Aku lupa ayat2 yang dikeluarkan oleh mereka tapi aku masih ingat senyuman mereka semua ketika menyuruh kami melakukan perbuatan itu.

Selepas beberapa hari kemudian, ketika aku sedang bermain masak2 bersama Ali, Ali mengajak aku untuk melakukan perbuatan itu lagi. Dan aku bersetuju.

Perbuatan itu dibuat di halaman depan rumah jiranku tempat kami bermain masak2 tadi dalam keadaan berdiri juga. Cuma sekejap saja.

Kali ketiga ketika aku dan Ali bermain dirumah, sekali lagi kami bercakap untuk melakukan perbuatan itu dihadapan ibuku, dan ibuku terus marah dan memberitahu kami yang perbuatan tu tidak elok. Kami terkejut dan terus tidak meneruskan perbuatan tersebut.

Selepas itu kami tidak lagi bercakap atau berfikir untuk melakukan perbuatan itu lagi. Aku juga terus melupakan tentang perbuatan itu.

Mungkin waktu itu aku masih kanak2 yang tak tahu apa2. Bila di cegah terus akur dan berhenti malakukan. Aku dan Ali masih tetap bermain bersama. Kadang2 bersama Ahmad juga.

Peristiwa berhenti disitu sehinggalah suatu hari ada seorang lagi budak lelaki sebayaku, aku namakan dia Jay baru pindah ke kampungku. Aku juga suka pada Jay. Kami selalu dipadankan oleh orang2 kampungku (Sekadar gurauan kepada kami).

Suatu hari ketika itu umurku 11 tahun, aku bermain bersama budak2 perempuan yang kecil dariku dihalaman rumah jiran tempat aku bermain2 bersama Ali dulu, tiba2 aku terdengar suara Jay menjerit marah dan keluar dari rumah Jiranku dan terus balik kerumahnya.

Rupanya Jay sedang bersembang dengan anak jiranku yang berumur beberapa tahun lebih tua dari kami. Aku perasan rupanya mereka sedang bercakap mengenai perbuatanku dengan Ali yang kali kedua yang juga kami lakukan disitu.

Benar ketika aku melakukan perbuatan itu aku sedar anak jiranku itu ada dan melihatnya. Kami tidak kesah melakukannya kerana waktu itu kami berumur 5-6 tahun dan merasa itu bukan kesalahan.

Sejak dari peristiwa itu aku sangat sedih. Aku merasakan hidup aku akan hancur. Kerana waktu itu aku sudah sedar perbuatan itu adalah sangat tidah elok. Dan aku juga sangat malu kerana ada orang yang mengetahuinya.

Sehinggalah aku aku ke sekolah menengah. Peristiwa itu sangat mengganggu aku. Tetapi Alhamdulillah.. Allah menutup peristiwa itu disitu dan hatiku merasa sedikit terubat.

Kini aku sudah berkahwin. Aku juga bertuah kerana suamiku dapat menerima aku sedanya walaupun mengetahui peristiwa itu.

Jika membaca cerita tentang kanak2 yang menjadi mangsa cabul. Aku sangat sedih kerana mereka betul2 tidak tahu dan di pergunakan oleh orang dewasa yang &^%$). Aku pun tak tahu nak labelkan mereka apa. Kalau mereka sudah tahu pun kadang ada juga mangsa yang tak tahu nak buat apa.

Semoga Allah menjaga kita dan seluruh keturunan kita dari manusia yang jahat dan durjana.. aamiin…

Aku harap jika ada mangsa cabul yang membacanya minta lah bantuan dari orang yang boleh dipercayai. Jika disekolah ada kaunselor yang boleh membantu.. Insyaallah. Jangan merasa diri seorang diri ye.

– Fiona (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *