First of all, terima kasih pihak IIUM kerana sudi menyiarkan pandangan saya ini. Saya terpanggil untuk memberikan pandangan saya yang saya kira tidak lah “seluas” mana jika dibandingkan dengan “saudara penemuduga” yang telah membuat luahan kiranya berasa malu terhadap bangsa Melayu yang juga merupakan bangsa yang diwarisi oleh darah yang mengalir di dalam tubuh beliau itu sendiri.
Saya mohon, saudara berfikiran panjang dan meluas lagi. Ini kerana, manusia-manusia seperti saudara ini lah yang suka mengutuk bangsa sendiri (belum lagi ditambah dengan yang mempunyai PHD terhadap bangsa sendiri dan golongan yang berpimpin tangan bersama bangsa lain untuk menjatuhkan bangsa sendiri demi kepentingan peribadi) yang akan menjadi “KANSER Tahap 4” dikalangan bangsa kita sendiri. Seharusnya, saudara tersentaklah dari lena dan dari tipu muslihat duniawi ini.
Tetapi saya hormat dengan tindakan saudara yang (membuka/memberi peluang kepada bangsa sendiri) tetapi tidak perlu lah untuk mengutuk bangsa anda sendiri apabila apa yang diharapkan itu tidak berhasil. Cukup-cukuplah kebelakangan ini kita telah digemparkan dengan pelbagai isu berkenaan dengan diskriminasi atau boleh juga saya katakan di sini sebagai penindasan terhadap kaum Melayu/Bumiputera malah agama Islam khususnya (Isu lepasan universiti disuruh membuka tudung ketika ditemuduga; Isu meletakkan bahasa Mandarin sebagai salah satu syarat kelayakan di dalam sesuatu pekerjaan; Isu penolakan RUU355 oleh bangsa lain; Isu penghinaan karikatur oleh akhbar bangsa lain dan lain-lain isu yang menyentuh tentang sensitiviti umat Islam di negara kita ini) Apakah peranan kita dan apakah tindakan kita? Dan sungguh menyedihkan, ianya berlaku di dalam negara Malaysia yang kita cintai ini yang majoritinya adalah berbangsa Melayu/Bumiputera dan agama Islam yang merupakan agama rasmi yang saya rasakan di saat ini semua itu hanyalah sekadar termaktub di dalam perlembagaan dan buku Sejarah sahaja, malah ianya berlaku di saat setiap dari kita sibuk mengejar harta duniawi, pangkat darjat, dan ianya juga berlaku…di saat saudara se-agama kita ditindas, dibunuh di serata dunia (Al-Fatihah buat mereka).
Di manakah peranan kita sebagai saudara se-agama? Di manakah suara kita sebagai bangsa Melayu/Bumiputera, pewaris kepada arwah atuk nenek moyang yang suatu ketika dahulu bermati-matian menegakkan martabat kita dahulu? (Al-Fatihah buat mereka). Apakah kita sudah tidak mempunyai rasa, suara dan kuasa lagi untuk membela nasib saudara se-agama kita, dan bangsa kita sendiri demi menegakkan dan menaikkan kembali martabat bangsa dan agama kita? Tidak perlu kita melihat nun jauh diluar negara sana, cukuplah dalam negara kita ini sahaja dan tidak perlu lah kita menyalahkan sesiapa, tepuk dada tanya selera. Pernah kah anda terfikir kenapa kita tidak meletakkan syarat kelayakan “mestilah bertudung” atau “mempunyai keupayaan berbahasa Arab dan membaca tulisan jawi sebagai satu faktor kelayakan pekerjaan?” Kenapa? Jikalau ada yang mengatakan meletakkan syarat pandai berbahasa Mandarin adalah kerana kebanyakkan kuasa beli datang dari bangsa Cina atau dari negara China, fikirkan pula kuasa beli dari Negara Arab tetapi kenapa kita tidak pula secara terang-terangan mengiklankan kelayakan tahu/fasih berbahasa Arab sebahagai satu kelayakan? Kenapa?
Cukup-cukuplah masyarakat kita pula sibuk digembar-gemburkan tentang isu sentiviti kaum. “Jaga sensitiviti kaum lain dan agama lain sebab kita ni negara majmuk dan berbilang kaum.” Tetapi adakah mereka sendiri itu menjaga sensitiviti kita? Adakah mereka fikir tentang kita? Dan yang paling menyedihkan lagi, ada dikalangan bangsa kita sendiri yang condemn “Malay, please don’t be too sensitive! Bagi saya kita harus menjadi sensitif akan hal-hal yang menyentuh sensitiviti kita, ini kerana lambat-laun, dalam tanpa kita sedar, sedikit demi sedikit, kita dijajah oleh bangsa lain, sedikit demi sedikit, hak keistimewaan kita dituntut oleh bangsa lain dan sedikit demi sedikit kita sendiri yang merempat di dalam negara yang kita sanjungi ini.
Suatu ketika dahulu bahasa Melayu pernah diagung-agung kan sebagai bahasa ibunda kita, suatu ketika dahulu tulisan jawi merupakan tulisan kebanggaan kita tetapi lama kelamaan, sedikit demi sedikit ianya bagai lapuk ditelan zaman.
Justeru itu, saya mengambil peluang ini memainkan peranan saya sebagai saudara se-agama dan sebangsa untuk memohon dan menyeru agar sudah-sudah lah kita untuk mengutuk, mengkeji dan menjatuhkan kaum kita sendiri, bak bait-bait lirik lagu Nirwana “Sudah cukup sudah..sudah sampai di sini saja”. Ayuh bangkitlah kita agar memartabatkan kembali bangsa kita sebagai bangsa yang disegani suatu ketika dahulu, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara kita, agama Islam sebagai agama rasmi negara kita dan ayuh kita martabatkan semula tulisan jawi sebagai tulisan kebanggan kita!
Jadi sama-sama kita fikir-fikirkan ya saudara-saudari sekalian, jikalau kamu ingin terus mengutuk/menjatuhkan maruah bangsa kamu sendiri, apatah lagi bangsa-bangsa yang lain? Mereka sudah menongkah awan bersama-sama mereka namun kita dan bangsa kita masih di bawah tempurung dan lama kelamaan kita pula tenggelam dek zaman.. Fikir-fikirkanlah.
Salam hormat.
– MZ
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit