Kantoi dan Dendam

Hi all. Namaku N. Umurku 30 tahun dan mempunyai dua orang cahaya mata. Awal perkahwinan semua okay, sweet, orang kata kentut pun bau wangi.

Setahun melayari bahtera perkahwinan, aku selamat melahirkan cahaya mata perempuan.

Rumahtangga mula di uji apabila arwah ibu ku sakit dan memerlukan aku pulang ke kampung.

Aku menjaga ibu ku selama 2 bulan. 2 bulan aku berkampung dengan anakku yang berumur 2 tahun sehingga ibuku meninggal dunia akibat kanser hati.

Sepanjang aku menjaga arwah ibu ku, aku tidak mengesyaki apa2 perubahan suami ku.

Setiap hari bertanya khabar, bertanya khabar anak pula, dalam di landa kesedihan rupa2 nya suami ku curang di belakang ku dengan alasan aku tak pernah balik ke rumah.

Bagaimana mungkin aku balik ke rumah jika aku berada di borneo dan suamiku berada di semenjung. Tiket kapal terbang pun aku yang support.

Namun bagiku, jika aku sudah curangi maka aku minta di lepaskan kerana hal lagi sedih adalah kehilangan ibuku.

Maka kami mengambil keputusan untuk berpisah. Terus terang aku katakan, aku tidak mempunyai rasa sedih atas perpisahan inj. Mungkin aku sudah lalui kehilangan yang lagi besar dalam hidup ku.

Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, mungkin jodoh aku dan suami ku masih kuat, maka aku dan suamiku mengambil keputusan untuk ruju’.

9 tahun perkahwinan alhamdulillah bahagia. Sehinggalah aku di sahkan hamil anak ke dua setelah 3 kali keguguran.

Maka lahirlah putera ku, namun dalam masa 3 bulan aku berpantang dan menyusukan anak, sekali lagi suamiku kantoi curang dengan seorang wanita badan beruniform.

Bayangakan keadaan ku ketika itu, aku menyusukan anakku. Menyusu badan.

Aku stress dengan sekali hadap susu badanku drop!

Bukan takat curang dengan wanita badan berubiform malah kantoi chat ditelegram dengan ex gf dia masa arwah ibuku sakit. Sedih.

Aku duduk di utara tanah air tiada siapa keluarga terdekat. Membawa anak ke sana ke sini seperti orang gila. Mak mertuaku, tenggelam timbul.

Akhirnya kata sepakat dia kata dah tiada apa dengan perempuan itu. Namun aku sudah mula ada sifat dendam dalam diri.

Aku mula memuat naik satu aplikasi dan berkenalan dengan jejaka utara yang bernama M. Beliau amat baik.

Sepanjang setahun berkawan, dia tidak pernah mengabaikan kesihatan ku dan anak ku.

Kini, aku masih bersama dia. Aku tak pernah rasa bersalah dan aku tidak pernah menyalah kan takdir andai aku terkantoi oleh suamiku.

Kerana bagi ku, curang itu pilihan dan sudah ada dalam diri sifat dendam kerana dah berkali-kali di curangi.

Aku hanya bertahan kerana anak-anak, dan jika perpisahan berlaku lagi, aku tidak menyalahkan takdir. Kerana aku dah pernah kehilangan orang yang aku sayangi.

Malah sebelum ini aku pernah di ceraikan dan aku membesarkan anak ku sendiri tanpa ayahnya.

Memaafkan? Moga ada satu hari hati aku terbuka untuk memaafkan suamiku jika diizinkan. Dan buat M, terima kasih kerana hadir dalam hidup dan selalu ada saat aku susah dan senang.

Melepaskan? Pernah terfikir untuk melepaskan namun jika duanhati sudah sebati,susah untuk di leraikan. Salah kah aku??

– N (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *