Kantoi Su4mi Ber’Omi’

Hai. Aku Wawa. Aku dengan suami baru berkahwin selama hampir dua tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Aku dan suami bercinta dari bangku sekolah lagi. Waktu tu dia form 5, aku form 4. Sampai lah ke jinjang pelamin.

So it took about 8 years la untuk kami stay sampai la berkahwin.

Orang kagum dengan kami sebab kami adalah pasangan yang paling lama, sehingga lah berkahwin. Kira orang salute la dengan kami sebab dapat bersabar dengan perangai masing masing.

Suami aku kerja rider, aku kerja sebagai akauntan. Gaji aku berapa rm lah sangat tapi dapat tampung kos sara hidup kami semua. Cukup2 makan la orang kata.

Gaji suami aku sebagai rider tu hanya mampu untuk tampung kos makan sehari. Tapi aku ok je. Aku terima dia seadanya.

Sepanjang kami berkahwin, setiap ujian yang datang kami boleh laluinya. Kalau pasal duit/makan, inshaAllah cukup sahaja.

Tapi, ujian berkahwin berlaku bila baru-baru ni, laki aku dah lama sangat tak pergi grab. Lebih kurang seminggu.

Aku bising lah. At the same time aku faham mungkin dia penat kot uruskan pasal makan aku dengan anak. Sebab suami aku yang masak every dish aku dengan anak.

Aku mula tengok perubahan dia sikit2 bila dia asyik kata nak buang air besar sahaja. Aku syak mungkin memang perut dia sakit.

Tapi sekarang sudah semakin kerap sangat2 konon dia ke toilet asyik nak membuang.

Bukan itu sahaja, aku mula perasaan yang dia tengok phone sampai berselimut, berselubung dengan selimut sambil tengok phone. Aku pun macam ehhh ini dah pelik ni.

Aku cuba buka handphone dia, sebab aku tahu password phone nya. Tapi aku godek2, tiada apa. Sampaiiiilah tiba2, ada message dari perempuan masuk dalam aplikasi Omi.

Sekali aku buka apps tu, punya lah ramai perempuan yang dia try.

Pada mulanya aku godek, aku boleh sabar lagi baca messages tu. The second time aku baca, dah too much sampai aku dah tak sanggup nak baca dan terus menangis dan meraung.

Laki aku terus cepat2 tanya aku kenapa sambil nak tengok muka aku. Tapi aku tepis. Terus dia check phone dia, dia search Omi tu and terus uninstall.

Ayat yang dia message perempuan2 dekat Omi yang buat aku rasa nak menangis meraung berbunyi macam, “Hi buat apa tu. Bosan la babe. Cute la dp you”.

Pastu berderet dia message perempuan2 tu sampai aku tak sanggup nak baca sampai habis.

Aku menangis, meraung non stop and even aku tak boleh nak tidur. Dok fikir aku ni tak cukup baik all the time.

Banyak aku berkorban untuk dia in terms of kesenangan dia, kesenangan anak, aku akan pastikan dia makan juga walaupun bukan aku yang masak.

Aku carikan dia kerja sampai dapat. End up, ini yang aku dapat.

Aku tak tahu motif dia messages perempuan2 tu dekat Omi tu apa. Nak mengisi masa lapang ke? Entahlah.

Sekarang aku jadi tawar hati nak bermanja/even cakap sayang dia. Rasa macam aku tipu diri sendiri.

Lepas je dah kantoi, baru lah nak cakap sayang aku sebelum tidur. Baru la cakap rindu nak tidur peluk aku.

Selama ni aku cakap sikit asyik nak marah2/melenting je dekat aku. Sampai aku cakap, “You dah tak sayang i ke? Kenapa cakap je you nak marah marah je”.

Hancurnya hati aku. Kenapa dia buat benda tu tak fikir perasaan aku dengan anak eh.

Haih. Sejak dari kantoi tu, aku dah malas nak ambil tahu apa ada dekat phone dia. Selalu aku godek2 juga sebab aku selalu rasa dia ni nak hide something dari aku.

Betul lah naluri sebagai isteri tu memang selalunya betul.

– Wawa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *