Ini cerita aku untuk di kongsi bersama dan dijadikan sebagai pengajaran.
Ini cerita pasal sindiket penipuan di lebuhraya karak. Kami dah dua kali kena tipu dekat karak ni.
KL- Pahang
Pada suatu hari,mak abah aku turun KL saja katanye nak ziarah anaknya, selang tiga hari mak abah pun cakap nak balik kampung dah sebab risau kucing dekat rumah tak makan. Mereka balik sendiri, biasenya mak bah akan bergilir2 bawa kereta sebab abah sakit lutut tak boleh pandu kereta lama-lama. Tiba-tiba aku dapat panggilan telefon daripada mak aku bagi tahu yang kereta berasap betul2 waktu mendaki genting sempah..diorang park kereta tepi. diorang cakap ade mekanik berhenti naik kereta wira hitam. aku pun cakap ok nanti aku datang. Dalam 20 minit aku sampai kat tempat kejadian, aku tengok radiator kereta abah dah ditanggalkan oleh dua orang meaknik ni.. dua orang india sorang kurus sorang badan agak berisi. Diaorng cakap kami kena bawa pergi bengkel ni.. bocor katanye. katanye bengkel die kak gombak. kami pun ok kan aje. Kami pun tunggu lah nak dekat satu jam lebih baru lah nampak batang hidung dua org mekanik ni.. die pun pasang balik radiator tu. Bila dah siap dia pun bagi tahu harga die.. RM400++ terperanjat bukan kepalang aku.. dalam hati takkan mahal sangat kot. nasib baik bawa duit lebih… bayar jelah walau pun dalam hati rase cam nak menjerit. Bila kereta dah boleh start aku pun follow mak abah aku sampai ke kampung. Tapi yang sedih sepanjang perjalanan kami kena banyak berhenti sebab suhu kereta naik. Akhirnya, mak ayah aku kena hantar balik kereta kat bengkel kat kampung aku.. ape entah mekanik kat karak tu buat kat kereta mak abah aku pun tak tau entah2 die cuci ja radiator tu tp kos sampai 400.. nak sedap kan hati aku anggap upah buruh kat highway mahal.
Pahang-KL
Kejadian kedua berlaku dalam bulan November, mak abah turun KL sebab ade kenduri kahwin. Waktu tu aku kat rumah baru nak solat asar, aku baru lepas balik raikan kawan aku convo master kat IIUM. Sekali lagi aku dapat panggilan telefon daripada mak aku ckp suhu kereta naik lepas terowong karak. Mengenangkan kejadian yang lepas, aku pinta mak abah aku tunggu sampai aku datang. Makabah cakap ade myvi putih berhenti tanya ape masalah kereta siap bagi salam bagai. Makabah cakap die nak tolong tengok kan kereta tapi kena bawa kereta sampai Perhentian Gombak.. oleh kerana panic makabah aku ok ja..mak abah bagi tahu aku dalam telefon cakp diorng ni org kite takkan nak tipu nampak mcm org baik. so aku suruh mak pas telefon kat mekanik tu. bila tanya kos die tak jawab..die ckap kena bukak dulu baru tahu ape masalah. aku siap warning kat mekanik tu cakap jangan tipu, die siap terasa dan cakap” takkan kami nak tipu kami kan org melayu”. aku pun ok jalah.. so mekanik tu pun telefon penarik kereta..tarik kereta sampai Perhentian Gombak..kos towing dalam RM30.00.
Aku sampai lewat sikit sebab aku kena Uturn kat Genting Sempah..aku sampai2 je aku tengok mekanik tu dah bawa keluar setongkol engin kereta die cakap ade bocor sebesar 50 puluh sen kat engin. Sejujurnya aku tak tau sangat pasal kereta.. pastu kawan mekanik datang bawa spare part naik wira hitam.. total ade dalam 4 org mekanik yang berusaha memasang balik ape yang telah ditanggalkan
. seingat aku die ckap kipas aircond kena tukar baru sebab dah rosak ..kami tunggu kat situ dari pukul 6 sampai pukul 9 malam baru selesai. tapi kipas air cond tak gerak.. dirong pun ketuk2 punye ketuk tak jalan jugak. diorng ckap tak pe kereta boleh jalan tapi esok kena bawa bengkel terdekat ngn rumah. Pelik dah ganti baru takkan rosak gi.
Mase yang ditunggu sudah tiba…. bila dah siap diorng bagi aku cakap ngan sorang brother ni dalam telefon..die ckap lah kos2 tu ni dan upah….sekali lagi aku terperanjat bukan kepalang.. barang ganti harga nak dekat RM700++ upah dalm RM800++ total dalm RM1500++. bergenang sekejap lemah rase kepala lutut aku.. aku budget dalam RM500 ja…. betul2 tak jangka boleh semahal ini.. aku cakp aku takde cash diorg cakp takpe boleh ikut aku sampai ATM.
Selepas dapat menenangkan hati yang sedih, aku hello adik aku kat rumah..dia pun datng ngn bapa saudara aku. bape saudara aku pun berdepan lah dengan mekanik2 tu sebab aku dah tak boleh sebab rase cam nak nangis.. dapatlah diskaun seratus.
Kami pun bawa balik kereta perlahan-perlahan dan selamat sampai rumah. Esok bila bawa pergi bengkel yang aku biase,aku cite kat mekanik aku, die cakap kat aku, aku dah kena tipu ni.. die cakap die kena buat wyring balik sebab mekanik karak main potong dan sambung-sambung je wayar tu. Teruk kereta makabah aku dikerjakan dirong. Mekanik aku ganti kipas aircond ynag tak berfungsi tu.. so semua kos hanya RM180.00 ja..
Ini lah kisah aku.. pengajaran:
1) kalau kereta rosak kat highway,jangan layan mekanik yang berhenti dan pura2 nak tolong tu..
2) towing je kereta sampai bengkel berhampiran.
EX-IIUM
– Shaukani ex-iium
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit