Hai everyone, nama aku Lily (bukan nama sebenar). Aku kenal dengan Imran (bukan nama sebenar) di sebuah aplikasi matchmaking yang agak terkenal (yang pasti bukan Omi) semasa aku sedang belajar di sebuah universiti tempatan.
Waktu tu aku memang sekadar buat profile di aplikasi tu secara suka-suka sebab nak hilangkan bosan.
Satu hari aku ter-match dengan Imran. Imran muda daripada aku tapi dia pun sedang belajar di sebuah universiti yang lain, agak jauh jugakla tapi kalau naik train boleh je sampai.
Jadi kami pun berkenalan and pada mulanya aku taknak rushing, nak take it slow and kenal-kenal dulu and I was dealing with a lot of issues pun time tu so macam nak make sure if I’m making the right decision. Then we met and Imran turned out to be a really sweet guy.
So, lepas fikir-fikir, aku decide untuk terima dia sebab dia pun nak serious dengan aku. And then kami bercinta. Imran ni gamer, dia akan main game malam-malam.
Rutin harian kami akan call malam-malam sebelum tidur sebab kami duduk agak jauh so jarang jumpa so we make it up dengan call and ask about each other’s day sebelum tidur.
Pada mulanya dia memang caring dan selalu make effort untuk contact aku.
Cuma yang aku tak suka, dia ni time gaming suka macam marah-marah, pernah satu hari aku nak teman dia gaming sambil video call, then dia tak boleh focus and then dia lupa agaknya aku boleh dengar apa yang dia cakap,
Dia terlepas cakap dekat member gaming dia “aku tengah call dengan girlfriend ni, aduh, sial la” something like that la, aku pun dah tak ingat sangat.
So time tu aku terasa gila then terus letak call. Then dia call balik and mintak maaf and pujuk so aku maafkan tapi lepas tu memang takde vc dengan dia sambil dia main game dah.
Flash forward few months into our relationship, aku dah start betul-betul sayangkan dia. One day, dia dapat berita yang nenek dia meninggal so dia terpaksa balik rumah.
Dia agak rapat dengan nenek dia jadi berita tu memang affected him, dia almost nangis time aku call dia, aku cakap “takpe, nangis je, I ada.”
Tapi Imran ni jenis macam ego sikit, bagi dia lelaki ni tak boleh tunjuk dia lemah sebab kerja lelaki adalah untuk protect perempuan, he’s that kind of man and aku tak suka bila dia cakap macam tu sebab aku taknak dia pendam semua benda tu sorang-sorang,
Aku nak dia kongsi dengan aku and tak lari bila ada masalah. Maybe aku tak boleh tolong selesaikan tapi aku boleh tolong dengar.
Lepas nenek dia meninggal, dia memang down teruk. Aku cuba untuk support dia sebaik mungkin, cuba be there for him. Aku keluar duit sikit untuk travel pergi jumpa dia depan-depan so aku boleh pujuk dia face to face and it works sometimes.
Dia makin kerap gaming lepas tu, dia kata it’s a form of escape for him, supaya dia boleh distract diri dia daripada rasa sedih and down. Aku okay je masa tu, anything to make him feel okay, aku support.
Walaupun lepas tu dia makin kurang call aku malam-malam and rutin kami terbantut. Kalau aku nak call pun dia tengah main game and like I said before, aku tak suka call dia time dia tengah gaming sebab aku tak suka dengar dia marah-marah.
Benda ni jadi selama beberapa bulan jugaklah. Aku try untuk support dia sebaik boleh sebab aku nak dia sedih and happy dengan aku sebab aku sayang dia.
Walaupun bila dia ada problem, dia suka larikan diri and suka shut me out atas alasan “dia lelaki and pandai handle sorang-sorang”.
Time tu aku dah start internship and dah semakin busy. Aku stress dengan tempat intern and selalu gaduh dengan parents sebab masalah kewangan.
Time tu dia dah makin kerap gaming, kerap skip kelas and bangun lewat, hidup tak terurus. Aku cuba faham situasi dia, dia masih down dengan hidup dia.
Cuma lepas tu aku start rasa lonely and takde tempat mengadu sebab aku pun ada masalah aku sendiri time tu, stress sangat dengan tempat intern yang tak dapat elaun and takde transportation untuk ke office jadi aku terpaksa naik grab tiap pagi.
Sebulan aku habis RM300 untuk grab sahaja. Memang aku betul-betul depress fikir tentang duit and rasa dipergunakan dekat tempat intern.
Aku selalu cuba cerita semua benda ni dekat dia and kadang-kadang dia akan dengar, kadang-kadang dia akan “haa, oh, ok” macam tu je.
Aku start rasa dipinggirkan and kami start gaduh daripada situ walaupun kerap baik semula sebab aku tak suka marah dengan dia lama-lama. Jenis tak sampai hati sebab aku tau dia pun stress dengan hidup dia.
Beberapa bulan lepas tu, aku habis intern dan balik rumah which means aku makin jauh dengan dia dari segi jarak which means kami memang akan jarang jumpa, jadi ldr (atau pjj). Time tu aku dah start job-hunting and aku memang nak improve kehidupan aku.
Aku nak jadi perempuan yang berjaya and taknak depend dekat parents aku dah. Ada banyak jugak aku pergi interview and setiap kali sebelum interview aku akan mengharapkan kata-kata semangat daripada Imran sebab yelah, boyfriend aku kan.
Time tu hidup dia still sama, still kerap gaming and dah tak call aku malam-malam. Setiap kali aku cakap aku dapat interview, dia macam tak excited untuk aku. Kadang-kadang takde reaction pun, ucap good luck pun takde.
Entahla, maybe aku yang dramatic kot tapi wouldn’t it be nice to have your boyfriend be excited for your future? Aku agak kecewa tapi malas nak ada konflik so aku diam je.
Aku dapat tau yang dia kena repeat sem. Reason?
Dia selalu skip kelas sebab dia selalu tidur lewat sebab gaming sampai lewat pagi. Masa tu, aku macam terkejut tapi aku taknak dia sedih so aku cuba bagi encouraging words dekat dia.
Dia kata maybe kena jumpa lecturer untuk discuss if dia diberi pengecualian daripada repeat sem tapi dia tak pernah pergi jumpa lecturer tu.
Aku dapat kerja and dah start untuk stabilkan hidup. Imran masih stuck di phase yang sama, aku cuba nasihatkan dia untuk kurang main game and pergi kelas supaya dia tak perlu repeat sem lagi.
Aku bagi encouraging words dekat dia, “takpe kalau u repeat sem pun, cuma try untuk habiskan kelas-kelas yang ada ni, mana tau lecturer u lembut hati” tapi dia still buat perangai sama.
Kami akan gaduh pasal benda ni and dia akan minta maaf and janji untuk cuba berubah tapi benda tu stay selama sehari dua je, lepas tu dia buat balik. Then, aku marah balik and dia mintak maaf then dia buat balik. It’s just a cycle at that point.
Dia selalu cakap nak kawin dengan aku, nak aku jumpa parents dia and family dia walaupun aku cakap aku tak ready lagi sebab marriage is a scary thing for me sebab banyak tanggungjawab yang nak kena pikul so memang kena betul-betul stable financially and mentally dulu.
And aku terfikir, dengan perangai dia yang sekarang ni, betul ke dia serious? Aku memang betul-betul sayang and cintakan dia and dah start terfikir untuk kumpul duit kawin bila aku dah start kerja.
Dia sangat lembut dengan aku, jarang tinggikan suara dengan aku and aku tau, deep down dia sayangkan aku cuma game tu. Itu je benda yang dia tak boleh ubah.
Aku tau dia start kerap main game sebab nak lari daripada rasa sedih tapi sampai makan diri selama berbulan-bulan macam ni, was it really worth it? Sampai kena repeat sem, bergaduh dengan kawan-kawan dia, sampai aku rasa dipinggirkan.
Aku terfikir yang aku dah start ambil serious kehidupan aku tapi dia masih stuck di mindset tu.
Lama-lama aku tawar hati sebab dia asyik ulang kesilapan yang sama walaupun aku dah nasihat berkali-kali and dia bukan Imran yang aku kenal dulu yang selalu sangat make effort untuk contact aku walaupun kami jauh.
Lepas tu aku dah malas nak tegur lifestyle dia and start focus dengan kehidupan aku. Makin lama text kami makin dry and dah tak call. Aku semakin tawar hati and rasa sayang aku pada dia makin hilang.
Aku dah terfikir untuk putus tapi dalam masa yang sama aku akan selalu teringat our memories bila kami jumpa and dia ambil berat tentang aku, dia akan betulkan tudung aku, ikatkan tali kasut and pegangkan bag aku,
Like benda-benda simple macam tu buat aku rasa berat untuk lepaskan dia sebab aku masih lagi berharap dia boleh jadi Imran yang aku kenal dulu.
Tapi bila aku fikir semula, aku akan fikir sedalam-dalamnya, “ini ke lelaki yang kau nak kawin and spend seumur hidup kau sama-sama? ini ke lelaki yang kau nak jadikan ayah untuk anak-anak kau?”
Lelaki yang nak kawin tetapi tak sedar tanggungjawab dia sebagai seorang suami dan ayah tu bukan sekadar di atas kertas sahaja. Lelaki yang fikir kawin itu sekadar untuk happy saja.
Lelaki yang nak kawin tapi sebelum berkawin pun belum boleh mampu ubah hidup dia untuk perempuan yang dia sayang dan akan jadi tanggungjawab dia nanti.
Akhirnya, aku ambil keputusan untuk drop the bomb and putus walaupun benda tu sebenarnya sangat-sangat menyakitkan.
Aku cuba untuk putus secara baik, I told him this not anyone’s fault, aku taknak salahkan dia walaupun aku banyak sakit and pendam perasaan sebab aku fikir dia stress dengan hidup dia jadi aku taknak serabutkan dia.
But then he started blaming me and cakap aku selfish. Well, maybe I am, who knows. But is it really selfish of me to choose myself over a man who repeated the same mistakes even when he knows it hurts me every time?
Selfish ke aku untuk melangkah pergi bila aku sudah cuba yang terbaik untuk support dia tapi dia tak pernah cuba untuk jadi better, not for the sake of me, but for himself?
I tried, I really did try tapi once aku dah tawar hati, memang susah untuk stay dengan dia lagi. Beberapa hari lepas kami putus, dia DM aku di Instagram merayu-rayu aku untuk fikir balik sebab dia sayangkan aku and aku terfikir, kalau sayang kenapa buat aku macam tu dulu?
Kenapa tak endahkan nasihat aku? Kenapa ulang benda yang sama yang dia tau buat aku sakit? Aku tak layan and tak terima rayuan dia.
Sakit. Sakit sangat because I really did love him. Cuma aku tau kalau aku stay, dia akan hanyutkan aku jugak and aku taknak benda tu jadi.
Aku tahu aku tak mampu ubah dia, doesn’t matter how many times u tried, if the other person’s not willing to make a change, things will stay the same. Kau tak mampu ubah dia, hanya dia je mampu because no one can help him except himself.
Lepas tu, aku dah start berazam untuk tak jadi rehabilitation center dan juga therapist untuk lelaki lain dah sedangkan aku pun perlukan bantuan yang sama.
Untuk girls lain di luar sana yang berada di dalam situasi yang sama, trust me, u cannot fix him if he doesn’t want to make a change. It’s better to focus on yourself, be selfish, always choose yourself because no one’s gonna do that except u.
If he loves you, he’ll come around. If not then kau akan jumpa lelaki yang lagi better and kalau tak jumpa pun it’s okay, at least kehidupan kau dah cukup selesa.
Thank you semua yang baca sampai sini, u guys can call me selfish for choosing myself but I never regret that decision.
– Lily (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Thank you atas luahan ni. Aku juga berada dalam situasi ini. Dia tak curang tp bila dia ada problem dia lari ke gaming. Btahun jg aku pendam. Sekarang aku dah tawar hati. Nak cakap putus tu susah sgt. Tp aku makin yakin tentang kptusan aku skrg yg aku harus putus. Sbb bukan sekali dua tjd. Byk kali tjd.