Hai nama aku Odah, Umur awal 20-an, aku anak bongsu dari ramai adik-beradik. Adik-beradik mejoriti dah berumahtangga dan duduk jauh.
So disebabkan aku bongsu yang masih belum kahwin, aku yang kena jaga mak aku, mak aku dah agak tua, kena ada peneman, aku kerja kafa.
Okay nak jadikan cerita, satu harini mak aku teringin sangat makan karipap pusing, aku ni kalau mak aku teringin apa2 memang aku beli, tak sampai hati, yalah aku pun taktau sampai bila Allah pinjamkan mak aku ni.
Ok lepastu kan, mana la aku nak cari karipap pusing tengah2 hari ni, aku cari dalam apps macam foodpanda tu takda plak, yang frozen pun aku taktau ada ke tak,
Lepastu sambil2 tu aku try scroll kat sosial media, tiba2 terjumpa orang jual karipap pusing sekali COD. Aku pun terus la pm tepi.
Lepastu kebetulan aku nak keluar waktu tu, jadi aku COD tu dekat luar, dekat kedai makan area rumah aku. Orang yang cod tu dia duduk dekat daerah lain, dalam 30-40 min dari daerah aku. Tapi dia setuju nak COD jadi aku pun okay lah kan.
Aku pun pegi la tunggu kat area kedai makan dekat rumah aku tu, muncul la kereta orang COD tu, lelaki umur dekat 30 kot,
Sebelum tu aku taktau dia lelaki ke perempuan sebab gambar dp dia gambar pemandangan, aku pun tak kisah la sapa yang jual asalkan aku nak bagi mak aku karipap pusing.
Ok lepastu aku pun ambik la karipap pusing tu, excited nak bagi mak aku makan. Mak aku memang happy alhamdulillah n dia kata sedap. Lepas tu aku pun save la number orang COD tu kot kalau nak order lagi kan. Okay aku namakan dia ni Z la senang.
Nak jadikan ceritanya bila dah save number dia boleh la kan tengok status aku. Aku ni suka post pasal life aku, mak aku, pasal anak murid aku, pasal aku pergi mana dan yang merapu-rapu.
Lepas tu Z ni dia laju ja tengok status aku, lepastu rajin pulak dia reply. Aku ni layan taklayan macam tu la, yalah bukan aku kenal pun.
Lepas tu kan aku ni sebenarnya agak lonely jugak kadang2, yalah aku duk dengan mak aku ja, aku suka scroll sosial media, fb ka tiktok ka,
Lepastu banyak yang naik kat fyp aku pasal pasangan2, orang kawen, geram aku kadang2, tolong la hormat kami yang single ni haha, diorang punya post tu kadang aku menyesal bukak fon, aku nak lipat bumii.
Ok sambung balik, satu hari ni kan, Z ni mesej aku, macam nak berkenalan dengan aku, dia mula2 tanya aku single ke semua tu, aku pun jawab sepatah2, yalah macam aku cakap tadi aku pun lonely, jadi aku terlayan jugak akhirnya.
Lepas tu tak ingat macam mana, aku pernah tanya Z ni, “Awak mesej saya ni takda siapa yang marah ke?”, lepastu dia kata takda. So aku tau la dia pun single kan. Lepastu macam dalam seminggu jugak kami berkenalan.
Sampai la aku rasa curious pasal diri dia, yalah aku pun takda la percaya bulat2 semua yang dia cerita kan. Aku try la stalk dia kan, tapi masalah dia, account dia ni jenis macam takda apa, dia takda post pasal apa2 pun.
Tiba2 kan aku dapat idea aku try cari balik post dia pasal karipap pusing tu, aku tengok la siapa yang like post tu kan, aku stalk sorang2, haha gigih gila kalau ingat balik. Lepastukan aku tak sangka jumpa adik dia punya acc.
Dan paling aku tak sangka adik dia tu juniorrr aku weiii waktu sekolah dulu. Lepastu kan makin aku scroll acc adik dia makin aku terngangaaa, rupanya abang dia iaitu Z ni dah kawennn weiii.
Aku rasa macam nak tercekik dah la aku tengah makan waktu tu. Lagi aku scroll lagi aku terkejut, dia dah ada anak 2 weiiii, anak dia paling besar darjah 3, mungkin dia kahwin awal sebab tu dia nampak muda,
Aduiii aku memang rasa macam kena tipu hidup2, taktau la kalau aku yang terlalu naif, nasib baik la baru seminggu.
Tapi aku taktau la kan kalau dia dah cerai ke apa, yang pasti bila aku tengok gambar anak2 dia, tengok dalam mata dalam2 kesiannya anak ni, ayah kamu ni menggatal dengan perempuan lain.
Aku apa lagi kann, terus aku blockkk diaa!!! Huhhh puas hati aku, walaupun mak aku suka karipap pusing dia, aku rela cari lain ataupun aku tolong buatkan walaupun mungkin rasa dia out, tak nak dah wehh aku, traumaaaa.
Nasib baik la waktu COD tu bukan dekat rumah, tidak lagi tak selamat aku rasa. Nasib baik aku sedar awal weii, kalau aku tiba2 jadi pemusnah rumahtangga orang, nayaa adik dia cari aku, mati la aku. Tobat dah aku takmau COD2 ni, baik aku beli kat shopee jaa.
Apapun doakan mak aku sihat selalu tau, terima kasih sudi baca cerita aku yang suka lonely ni, haha.
– Odah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Salam odah..mula2 baca curious juga saya..Tajuk menarik..Lama2 baca tergelak saya..Heheh…Terima kasih hiburkan saya..Kadang somi orang nie pandai sembunyikan status diorang yg sebenar.Sebab tu diorang tkkan post pasal life diorang..Heheh…