Hello semua, aku Nic (Bukan Nama Sebenar). Lelaki, 30 tahun. Aku Gay, ye betul aku gay. Aku berhubungan dengan suami orang sehingga rumah tangga diorang musnah. Menyesal? Entah, maybe, maybe not.
Aku seorang gay yang tahu agama, hormat agama. Aku tak berhubungan atau melakukan benda benda luar tabie’ sejak dahulu.
Cerita bermula apabila aku berkenalan dengan MK (38 tahun, lelaki). Sekitar 2022. Kami bermula tengok movie, makan makan. Tu sahaja.
MK seorang suami yang dah ada beberapa orang anak. Kecil kecil lagi anaknya. Comel pula tu. Isteri dan anak anak jauh di seberang. Tak bekerja tetap, aku kasihankan MK. Aku jaga MK sepanjang dia disini, kami mula sayang each other.
Aku mula carikan kerja buat MK, mahu di ada kehidupan yang lebih stabil and selesa tanggung anak bini. Perihal resume, pergi universiti ambil transcript, applykan kerja, hantar interview, beli baju interview. Semua aku buat dan selesaikan.
Guess what, he landed his first permanent job. Rezeki MK. Next, we decided untuk move in sekali, Aku sewa condo, we duduk sekali since then. Everything bahagia je. We travelled dalam and luar negara. Hiking and pergi marathon sama sama. Semua buat sekali..
Kiranya ni 1st time aku bercinta. So dunia ini kami yang punya. MK very affectionate. Sampai lah satu ketika. MK curang, dia text dengan ‘lelaki’ lain pula. Memang Gay tak boleh setia ke? Gaduh lah sikit, tapi aku jenis tak panjang kan cerita.
Nak end thing, dan fokus balik ke kehidupan dahulu. Tapi tak mudah ye. MK ni jenis manipulative, dia pandai pusing pusing.
Long story short, aku maafkan dia. Bagi dia another chance, sebab kesian, dia baru je nak selesa hidup. We berdamai and work on our relationship again
Throughout our relationship, aku sangat menghormati family MK, aku bayar makan pakai family dia, ayah dia pun aku pantau sakit dia. Adik beradik dia pun aku tolong.
Tipulah tak ada rasa bersalah. Aku bersalah dengan isteri and anak anak NK. setiap hari, tapi aku dah sangat sayang kan MK. we dah decide dah to have our future together
MK ni walaupun macam tu, dia still tak nak lepaskan wife dia. Geram juga, aku ni makan hati and terasa sebab I always come second. Despite semua aku buat, the family still come first untuk MK. Bagus ke tak bagus.
Then masuk lah Ramadhan, bulan paling bahagia. Aku tak pernah puasa penuh, solat pun terabur. Since dengan MK, solat aku cukup, sentiasa diingatkan. Puasa dipantau. Aku puasa penuh. Terawih 21 rakaat ye. Ni sisi baik MK. Yang aku hargai sampai ke hari ini.
Permulaan drama bermula, MK nak balik raya. Dia warn aku, kata jangan contact langsung. Aku mula bermasam muka. Dah duduk sekali nak setahun tiba-tiba tak nak contact.
Penat nak jaga hati isteri dia, hati aku tak ada yang jaga. Makan hati lagi sekali. Aku cuba putuskan hubungan, tapi tak berjaya dia masih nak usahakan hubungan ini.
Hari pertama, dia call 2-3 minutes, raya ke dua 1 minute, raya ke 3-4 whatsapp sahaja. Hari raya kelima dia call, aku angkat. “Hello cari MK?, isteri dia ni” Kantoi sudahhhhh. Aku senyap, letak phone, rasa menyesal sebab tak dengar cakap MK. aku pergi angkat juga.
MK call aku malam tu juga, katanya mereka setuju untuk berpisah, bercerai lah MK dan isteri. Aku siap call lawyer, tanya kawan geng syariah. Nak buat apa semua. Tarikh lafaz dah ada, masih ada beberapa minggu. MK balik ke pangkuan aku dahulu.
Sejak peristiwa tu, MK dingin, tak mahu dah manja manja, tak rapat, bergaduh hampir setiap hari. Emosi dan mental aku terganggu. Ada sahaja tak kena. Kami cuba juga nak perbaiki, tapi gagal. Bergaduh sahaja.
Hari lafaz cerai pun tiba. Tiada apa apa yang berlaku. Mudah sahaja urusan mereka. Aku call mahkamah siap nak confirm kan “dah bercerai ke?” Yes mahkamah confirmkan dah lulus bercerai.
MK masih tak layan aku seperti biasa, masih senyap dan berduka katanya. Nak berpisah tapi tak break break kitaorang ni. MK kembali ke ibukota, aku ambil di airport seperti biasa. Aku cuba beri masa untuk dia bersedih dan cuba menerima takdir ini.
Tapi, kami masih bergaduh, ada sahaja tak kena. Semu benda makin renggang. Tapi setiap kali nak berpisah je, tak jadi, tak jadi. Aku pun tak tahu kenapa mudah sangat aku terima maaf si MK ni. Bertahan lah aku dengan mental torture hari hari.
As the days goes by, things does get better, mula baik kembali. Benda baru nak baik and get betteri, I caught him cheating again. Aduh MK oh MK. sabar je lah. Aku marah tapi masih control diri. Aku putuskan hubungan, minta dia pindah, dan jangan cari aku dah. Putus dah ke?
Tidak ye, MK call aku beribu kali, dia marahkan aku. Sebab dia rasa teraniaya, lepas apa aku buat dekat family dia, aku sewenang wenangnya lepaskan dia. Dia kata salah dia tak sebesar kalau nak dibandingkan dengan apa yang aku buat. Rosakkan family dia.
Aku juga disalahkan. Kau yang curang, kau yang pilih nak bercerai. Entah lah. Tap tup tup we are back together AGAIN. Masih bersama, cuba perbaiki hubungan terlarang ini.
Sejujurnya aku dah tawar hati. Jiwa kacau, emosi tak stabil, muka breakout teruk, stress memanjang, tidur tak cukup, duit habis je. Tapi bertahan sebab “CINTA”
Sekarang, kami masih bersama. Aku masih mentally tortured, serba serbi tak betul. Semua tunggang langgang. Career, family, financial, jiwa, emosi. Semua kacau. Tu lah balasan mungkin, untuk orang yang melanggar hukum Allah.
Masih cuba nak break the cycle, nak kembali ke kehidupan yang lama where aku tak buat benda benda terlarang ni. Doakan aku semua. Aku cuba berjuang.
Kepada Ex wife MK, ampunkan dosa aku. Semoga awak jumpa kebahagian awak.
SEJUJURNYA AKU PENAT.
Karma/balasan untuk aku. Semoga aku insaf..
– Nic (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit