Assalamualaikum..
thanks admin for approving my entry..btw, aku tengah kebosanan, tiba2 lak rasa nak share story pasal kakak ipar aku yang sorang ni.
aku sis. adik beradik aku ada 6orang, aku yang no.5.. dalam adik beradik aku, aku dan adik aku je perempuan, yang lain semua lelaki. so abang aku semua ada 4orang la kan.abang2 aku semua dah kahwin. kisah pasal kakak ipar aku yang aku nak cerita ni adalah kakak ipar aku yang kahwin dengan abang aku yang no.4..biar aku namakan dia kak S la ek..
kak S ni bukan siapa2 pun. dia senior aku zaman sekolah jugak. satu kampung jugak la. dia ni lain sikit dari perempuan lain. rupa tu ada, tak dinafikan, kat sekolah dulu memang pernah je dengar budak2 lelaki semua nak cuba mengayat dia, tapi semua tak lepas. dia ni lawa je lebih tapi perangai masyaallah.. macam lelaki. dengan kasarnya, garangnya, cakap terpekik2.. mungkin semua tu sebab cara dia dibesarkan. arwah bapak dia dulu satu kampung tahu memang garang. sebab tu gaya dia nampak macam budak yang memberontak. silap sikit, memang ‘kena’ la dengan kak S. zaman sekolah dulu pun pernah jugak ada kes bertumbuk dengan budak lelaki. punya la ganas kakak ipar aku ni. itu pun masih ada orang nak kat dia.
abang aku pulak dia sangat berbeza dengan kak S. abang aku ni ‘lembut’. korang faham je la lembut yang macam mana kan. tapi lembut2 dia pun, dia straight man la. tapi awal2 dulu aku pelik gila macam mana la abang aku boleh suka kat kak S. dah la perangai macam jantan. zaman sekolah dulu pun aku pernah je tengok dia siku2kan je abang aku. paling teruk, kak S ni antara pengejek tegar abang aku. dia la yang mula2 ejek abang aku ‘sutun’..kurang asam betul.huhu.serious to say, mula2 tu memang aku bangkang gila keputusan abang aku nak meminang kak S. kalau kahwin confirm abang aku jadi pak turut punyalah.. tapi waktu tu aku yakin gila mesti kak S tolak punyalah peminangan abang aku tu..
kak S ni wlaupun ganas, aku perasan dia ni paling takut dengan arwah bapak dia dulu. so apa pun keputusan si bapak, kak S ikut tanpa banyak songeh. so korang pun boleh agak la macam mana kak S boleh terima abang aku. arwah bapak kak S baik dengan bapak aku, so that’s why la bapak dia yang garang tu boleh terima abang aku yang lembut ni. waktu tu aku harap sangat kak S bangkang, yelah, dia dah la lawa, ada degree lagi, kerja pun bagus so mesti dia dah ada pilihan yang bagus2 jugak. tapi bila aku tahu kak S terima, aku pulak yang cuak bila memikirkan nasib abang aku nanti. huhu.
lepas kahwin, aku tengok kak S tetap kasar jugak. tak berubah.. cuma aku suka tengok layanan dia pada abang aku. aku rasa diorang ni comel gila. haha. dulu abang aku cakap, sepanjang berumahtangga dengan kak S, kak S tak pernah naik suara kat abang aku. cakap lembut je..memang tak lah aku nak percaya.. aku kenal sangat kak S ni macam mana, semua orang dia tak takut. tapi bila aku pikir2 balik memang betul pun. aku tak pernah nampak dia cakap kasar dengan abang aku. dia seolah2 jadi orang lain bila dengan abang aku. manjanya hanya tuhan saja yg tahu. tapi dia akan jadi garang bila ada orang yang cuba nak mengata pasal suami dia. so kalau kak S tahu ada makcik2 kepoh atau kawan2 dia sendiri yang mengata pasal abang aku, confirm diorang tu takkan selamat. haha.
pernah sekali aku tengok abang aku marahkan dia sebab dia bawak kereta laju, aku ingat dia akan melawan, tapi tak langsung. siap tunduk insaf lagi ada lah. lepas tu buat muka comel pujuk abang aku mintak maaf. tapi yang paling bagusnya bila abang aku pernah membebel kat dia suruh tutup aurat betul2, memang dia buat. alhamdulillah sekarang tudung labuh2 dah, baju pun sopan2 je tak macam sebelum ni.
tapi ada beberapa kisah yang akan buat aku tak kering gusi bila ingat balik. kisah ni berlaku bila seminggu aku stay kat rumah diorang. ada sekali tu abang aku balik dari surau lepas isyak, abang aku kelam kabut bagi tahu dia terlanggar ular depan rumah. kak S dengan muka steady dia ambikkan air untuk abang aku yang macam baru lepas kena kejar hantu tu. bila abang aku dah lega sikit, dia pun keluar rumah tangkap sendiri ular tu dengan tangan dia, dia boleh masuk balik rumah sebab nak ambik plastik kat dapur(waktu tu abang aku dan menjerit2), dia masukkan ular tu dalam plastik, pastu dia pergi buang mana tak tahu lah. seriously la aku gelak terbahak2 waktu tu. aku tengok diorang ni dah macam tertukar jantina pun ada. hahahhah.
kalau bab buat kerja rumah diorang memang sangat berkerjasama. abang aku ni memang pakar buat kerja rumah. so apa pun kerja rumah yang diorang buat, mesti buat bersama2. lepas tu mula la bergosip macam2. ada je cerita. tapi biasanya abang aku la banyak cerita, kak S tukang gelak je. dia kata dia suka tengok abang aku cakap macam makcik2. haha. lepas tu aku tengok kak S suka sangat menyakat abang aku sebab abang aku ni kuat melatah sikit. bila dapat buat abang aku melatah, dia punya gelak tu ya tuhan. lepas tu abang aku pun apa lagi kejar dia satu rumah, riuh satu rumah dengan suara kak S ketawa.
pastu pernah aku makan luar dengan diorang. lepas tu waiter tu tersalah ambik order dia, dia buat selamba je. tapi bila waiter tu pun tersalah ambik order abang aku, kak S start bising kat situ sampai manager datang kat kitorang sekali sebab dengar suara riuh2. kesian aku tengok waiter tu. bila abang aku suruh senyap dan mintak maaf kat waiter tu, dia pergi buat wehhh.. dengan manager yang ada kat situ pun dia pergi mintak maaf..tak bantah langsung.. punyalah taat.. part ni memang aku berdekah ketawa! hahaha.
aku tengok kak S ni bukan setakat isteri, dia siap pembackup abang aku..risau sangat abang aku kena buli gamaknya..padahal asalnya dia sendiri bekas pembuli abang aku..hahahha..banyak lagi la kisah kelakar diorang ni..aku suka tengok life diorang yang berwarna warni..bak kata kak S, ‘kegembiraan dan kebahagiaan itu tak boleh ditunggu, kita sendiri kena cipta, dia takkan datang sendiri..’ aku rasa aku setuju dengan kata2 tu..kadang2 aku fikir Allah tu memang maha adil..Dia tak bagi jodoh yang sempurna, sebab jodoh yang diberi itu yang akan menyempurnakan kita..
diorang ni pernah jugak ada masalah. macam2 masalah yang datang, tapi diorang tetap hadapi dengan tenang. semua sebab kak S yang jadi isteri abang aku. kasar macam mana pun dia, suami tetap no.1. apa pun masalah abang aku hadapi, dia akan jadi supporter abang aku no.1. dia akan jadi tempat abang aku mengadu, tempat luah masalah, susah senang sama2.. kak S memang isteri yang terbaik..sekarang diorang dah 5tahun kot kahwin, anak pun dah masuk tiga, badan kak S pun dah macam bagai dipam2, tapi perangai tetap sama. kata abang aku, biar fizikal kak S dah berubah pun, dia bukan kahwin sebab fizikal, tapi sebab hati dia. biar apa pun berlaku, biar kasar macam mana pun kak S, kak S akan tetap jadi isteri dia sampai mati.
panjang pulak aku bercerita..nampak sangat kebosanan tahap apa entah..hahahha..moga korang dapat la apa2 moral of the story dari kisah aku ni. thanks sudi baca..hehhe.
– Hara
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit