Assalamualaikum WBT pembaca setia IIUM Confession. Perkenalkan diri, Aku Mia (Bukan nama sebenar). Asal dari Borneo. Tujuan aku buat confession ni sebab aku baru terima Whatsapp dari Abah aku yang buat kan hati aku….
Aku anak ke dua dari 7 orang adik beradik. Abang aku hanya buat kerja-kerja kampung. So, bergantung dengan rezekinya. Kadang ada kerja, kadang takde. Keluarga ku bukan dari background yang senang. Cukup makan orang kata. Aku baru sahaja menamatkan pengajianku bulan 7 yang lepas. Aku tidak pulang ke kampung disebabkan faktor peluang pekerjaan yang lebih meluas di tanah orang lain. Rezekiku belum sampai. Dah pergi 5-6 interview. Tapi, seperti aku katakan tadi, rezeki aku belum sampai. Aku yakin, Allah akan bagi aku rezeki pada masa yang tepat. Kadang aku sedih memikirkan nasib aku, bila ada diantara mereka yang berkongsi kejayaan di media sosial. Tiap hari update pasal progress kerja mereka. Aku? Hanya mampu berdoa.
Bukan aku ingin membandingkan diri aku dengan mereka, Tidak. Tapi lebih kepada tanggungjawab aku. Aku sedih sangat sebab belum mampu untuk membantu keluarga ku di kampung. Aku hanya mampu buat part time sahaja, sebabkan risau sekiranya ada panggilan interview. So, I need to get ready for any possibility for interview.
Gaji bulan lepas, aku hanya mampu memberikan RM 40 kepada abah ku dan RM 40 kepada Mamaku. Cukup kah?? Aku tahu tidak cukup, 5 adikku masih bersekolah. Tapi, itu sahaja yang aku mampu buat masa ni. Perbelanjaan hidup di KL ni, dengan kos sara hidup yang tinggi. Aku kena berjimat. Bila aku dah masukkan duit haritu, aku beri tahu mamaku dan dia cakap.
“Syukur, ada lah duit Mama untuk belikan barang sekolah untuk adik kamu’.
Adik aku nak PT3, dan dia ada masalah dalam subjek matematik. Aku nak sangat hantar di ke pusat tuisyen, tapi apakan daya, aku masih tidak mampu. Abah pulak bila aku beritahu aku dah masukkan duit. Dia cakap, tak perlu(Aku dah bank in pun). Dia cakap, asalkan ada duit untuk aku meneruskan hidup di KL ni.
See?? Ibu bapa kita, tidak sikit pun mengharapkan duit dari pada kita. Mama pernah pesan:
“Kami ni, tidak mengharapkan duit pun dari anak-anak, yang penting anak-anak mampu untuk survive, Itupun dah cukup”
Allahu, aku sedih. Disaat mereka dimamah Usia, mereka masih lagi memikirkan anak-anak mereka. Abah sangat rapat dengan anak-anak, disebabkan dahulunya dia anak yatim. Mama pulak, dia dulu tinggal dengan neneknya bersama adik-adiknya yang lain, jadi dia sangat concern dengan anak-anaknya.
Tadi aku terima WS dari abah.
“Anak Abah ok? Financially?”
Aku nangis weh, di saat aku memikirkan masalah kewangan disini. Dimana aku hendak carik kerja part time lagi?? Berapa aku nak bagi Abah dengan Mama aku bulan ni?? Berapa lama lagi aku kena menjadi penganggur?? Di saat itu juga, mereka tidak pernah putus memikirkan aku yang di KL ni.
Aku harap, semuanya akan baik-baik sahaja. Syukur, aku telah pass second interview di satu GLC.Doakan aku, semoga dapat kerja tersebut. Doakan aku tidak lupa tanggunjawab ku kepada orang tuaku. Sebab aku tahu, ada keberkatan sekiranya aku memberi gajiku kepada mereka. Kepada mereka yang seperti aku kita Ada ALLAH. Saat ini, kita hanya usaha dan doa, semoga ALLAH beri apa yang terbaik untuk kita.
– Si Anak perantau
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit