Terima kasih admin jikalau menerima confession ini.
Biarlah kali ini aku dipanggil khadijah. Sejujurnya aku sangat buntu. Aku dibesarkan dalam keluarga yang serba serbi sederhana. Mempunyai tahap ketatasusilaan yang tinggi dek kerana latihanan daripada keturunan yang dahulu. Seluruh ahli keluargaku punya tahap kesopanan yang tinggi, sangat tidak berkira, sangat mengambil berat, suka membantu orang lain dan tidak lokek memberi. Secara zahirnya luaran kami semua kelihatannya sempurna. Pada mereka yang tidak tahu, kami sekeluarga ibaratnya keluarga yang sangat harmoni dan bahagia.
Tapi sesungguhnya hanya Tuhan yang tahu. Betapa hati ini telah remuk beribu kali, betapa banyak air mata telah tumpah saban waktu. Ya, kasih ayah. Ayahku bukan seperti ayah orang lain. Benar, ayah adalah seperti apa yang aku telah nyatakan di atas atas sifat-sifat positifnya tapi ada banyak yangorang tidak tahu. Ayah agak culas dalam solatnya. Terkadang aku melihat dia solat, tapi kebanyakan waktunya adalah solatnya dalam keadaan laju dan tidak tomakninah. Bukan itu saja, sebelum ini ibu dan ayah pernah bergaduh kerana ayah sering bermesej dengan perempuan lain dan turut menyimpan gambar-gambar perempuan lain. Selain itu, ayah juga kerap menonton video-video lucah dan baru-baru ini, sekali lagi beliau ditahan polis dalam satu serbuan di pusat judi.
Luluh hati ini hanya tuhan yang tahu. Kerap kali kami cuba menasihati, tapi ayah tetap sebegitu. Ayah egonya tinggi, pantang salah sedikit habis kami diherdik. Ibu banyak makan hati dengan sikap ayah, tapi ibu sangat penyabar orangnya. Aku dah buntu, aku sedih yang teramat sedih. Sangkaan kami ayah sudahpun berubah, tapi rupanya tidak lagi. Orang kampung mula mengata tentang ayah. Kami sekeluarga sangat malu tambahan lagi abangku yang memang bekerja berhampiran rumah. Kami yang lain dihantar belajar tinggi-tinggi, di ajar belajar agama, tapi sungguh sampai aku rasa apa guna semua ini. Aku sedih yang teramat sedih.
Aku selalu cemburu bila tengok kehidupan orang lain yang betul-betul bahagia, yang sekeluarganya dekat dengan Tuhan. Kami sudi bimbing ayah kalau ayah nak berubah, tapi entahlah. Sebahagian adik beradik pula dah tawar hati, kami dah penat dengan semua ini. Kadang-kadang aku rasa nak lari jauh daripada semua ini. Kadang-kadang aku persoalkan kenapalah Allah turunkan ujian sebegini kepadaku walaupun hakikatnya aku tahu Allah takkan uji kalau hambaNya tak mampu.
kadang-kadang aku takut nak makan daripada duit pemberian ayah, sebabtu aku gigih buat kerja sambil belajar semta-mata aku takut makan duit haram. Aku tak tahu ini adakah yang terbaik ataupun suudzhon aku terlampau tinggi. tapi aku risau apa aku patut buat andai kata memang ada dalam darah ini daripada sumber yang haram, andai kata daa yang aku belanja kawan-kawan itu daripada sumber yang haram.
Tapi aku memang buntu, bantulah aku, berikanlah aku nasihat dan cadangan tentang apa yang patut aku lakukan. Aku rindukan keluarga yang bahagia, aku rindukan keluarga yang dekat dengan Islam, sunnguh aku benar-benar dambakannya. Doakan aku dan keluarga supaya diberikan hidayah oleh Allah
– Siti Khadijah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit