Hi semua, kalau korang masih ingat, aku lah confessor Kisah Nenek Aku. Kali ni, aku nak cerita pasal ayah aku, tapi ni bukan cerita seram eh, cuma nak luahkan sikit je.
Aku dilahirkan sebagai anak ketiga dalam 4 beradik. Sejak kecik lagi, aku paling rapat dengan arwah ayah. Kalau kat mana-mana, mesti aku berkepit bawah ketiak dia. Adik beradik lain pun rapat jugak tapi aku ni, berganda2 rapat.
Kitorang hidup sederhana je, tak adalah senang sangat, tak adalah susah sangat. Kalau mak aku pegi keje, ayah aku ni lah yang jaga kitorang. Pakai pampers, buat susu coklat dalam botol, mandikan kitorang. Tengok tv pun, dia ajak semua anak dia duk bawah tiak dia. Ayah tak boleh kerja sebab dia sakit.
Jadi, hari-hari kitorang, selalu dengan dia, daripada dengan mak. Kalau abang akak aku buat hal, dia kejar dorang satu kampung wei, aku tengok pun seram bila dorang balik, dengan penuh sendu. Maklumlah, dorang umur pun dalam 11-13 tahun.gitu, zaman kemuncak.
Tapi, satu hari, ayah masuk hospital. Tiba2 je sebab dada dia sakit. Masa tu, aku umur 5-6 tahun, aku tak tahu pun ayah masuk hospital. Yang aku tahu, dekat rumah, mak ayah aku takde.
Jiran2 aku je jaga kitorang, sementara mak jaga ayah dekat hospital. Aku tak tahu apa apa, jadi aku jalani lah rutin harian aku macam biasa. Main dengan kawan, belajar dekat tadika, sepahkan rumah.
Tapi, bila sampai satu hari tu, aku nampak ramai saudara mara datang rumah, kebanyakannya menangis. Kalau kau tanya aku, aku masih lagi keliru.
Dorang kata, siap2 nak jumpa ayah. Aku gembira sangat wei, walaupun lebih seminggu jugak aku tak tanya pasal ayah, tapi aku jadi gembira sangat nak jumpa dia.
Aku pakailah tudung sarung dengan baju kurung, macam dorang cakap. Adik aku yang kecik, 2 tahun pun ikut sekali. Abang akak aku je dah gerak dulu. Tapi, aku masih tak jumpa mak aku. Tak tahu dia dekat mana.
Tunggu punya tunggu, akhirnya aku sampai tempat yang dituju. Masjid. Aku ikut aje makcik aku yang dah sebak, masuk masjid.
Aku tengok ramai berkumpul dekat dalam masjid, dengan tangisan demi tangisan. Aku nampak mak aku menangis atas bahu makcik aku lagi satu, aku nampak abang aku dah menangis, jarang2 nampak dia nangis. Akak aku je tak bagi reaksi apa.
Semua dekat situ menangis. Makcik aku yang bawak aku ngan adik aku ni, bawaklah aku ke mak. Mak cakap “pegi tengok ayah”
Aku nampak, ada sekujur tubuh yang dah siap dikafankan terbaring elok di depan dia. Ayah, tu ayah tapi dia nampak lain. Aku tergamam sekejap. Adik aku lagi tak boleh brain, dia mintak susu ada lah.
Aku duduk tepi ayah, aku tengok je dia. Otak 6 tahun aku, tak boleh fikir.
Bila ustaz ke apa tah, suruh keluarga bagi ciuman terakhir, semua orang mula meraung lagi. Sampai turn aku, aku tak nak. Aku kata ayah nampak lain, ayah tak bergerak. Dia berkafan, ada kapas dekat hidung dia, kulit dia pucat kuning, aku jadi takut.
“Nanti tak jumpa ayah lagi macam mana?” makcik bisik dekat tepi aku. Terus, aku cium dahi ayah perlahan2, sejuk sangat. Langsung tak ada haba dari kulit dia.
Aku diam lagi, aku tak menangis. Aku langsung tak menangis. Aku pandang je dorang angkat ayah masuk keranda. Aku pandang mak aku, dia menangis lagi, benda tu yang sedih.
Bila dah siap tanam, ramai yang tenangkan aku, tenangkan mak aku, tenangkan family aku. Padahal aku okay je, aku tak rasa apa apa pun.
Dan itulah kali terakhir aku jumpa ayah.
Lepas beberapa hari, aku datang sekolah. Cuma, terasa lain. Suasana lain. Bila waktu sekolah mula, cikgu tadika aku yang kedatangan, tiba-tiba mention nama aku.
“Kenapa kamu kerap tak datang sekolah?” dia marah dan tengking. Aku yang berdiri depan dia, diam aje.
“cikgu tanya ni, kenapa tak datang sekolah”
“Ayah saya meninggal, cikgu”
Kata2 tu terpacul keluar mulut aku tanpa aku sedar. Bayangan ayah terus terkeluar dalam otak aku, dan bila aku sedar balik kan, aku jadi macam “Oh ayah dah tak ada”.
Aku sedar ayah dah takda. Patutlah pagi tadi pelik, sebab biasanya ayah yang akan hantar aku pegi tadika tapi kali ni, aku pegi dengan mak. Sebab tu lah, semua orang menangis hari tu, rupanya ayah dah meninggal. Aku jadi tersedar semula. Aku tak sempat nak kata apa- apa dekat ayah. Tak sempat nak jumpa dia waktu dia hidup. Tahu-tahu, dia pergi, tinggalkan kitorang semua.
Dekat depan cikgu tu jugak, terkeluar air mata aku yang tak terkeluar masa hari terakhir ayah di dunia. Pelikkan, masa ayah ada depan mata, aku diam membisu tapi bila sedar dan rasai kehilangan dia, hati 6 tahun aku pun rasa sakit. Rasa sakit sangat.
Habis basah peha cikgu tu aku buat, aku menangis kuat sampai cikgu kelas sebelah boleh dengar. Mak aku lupa nak bagitau cikgu pasal kematian ayah, jadi cikgu tak tahu kenapa aku menghilang selama 4 hari.
Aku rasa aku ok tapi disebabkan aku masih keliru, lepastu cikgu tu tengking aku, aku jadi sensitif. Aku tak jumpa ayah dah dan dia marah aku secara tiba2, dan itu yang membuat aku jadi tersedar. Rasa sakit dia tu, aku masih ingat sampai sekarang. Orang sedih ni, kalau kau marah, memang rasa nak nangis tu membuak kan?
Pernah satu hari tu, sekolah offer aku tabung kebajikan sebab kematian ayah tapi aku taknak. Aku taknak mengaku aku tak ada ayah. Aku tak nak mengaku aku anak yatim. Salah tapi itu yang aku buat masa aku umur 6 tahun.
Setiap kali pegi sekolah, ayah yang hantar. Setiap kali mandi, ayah yang mandikan. setiap kali nak air, ayah yang buatkan. Sampai semua benda ayah yang buat.
Tapi, aku masa tu sedar, ayah dah takde. Semua benda tu terhentu macam tu aje. Sejak dari tu, aku membesar tanpa kasih ayah. Aku manja, marah, sedih, semua aku luah kat mak. Kadang2, aku simpan sendiri, tak tahu nak luah dekat siapa, aku simpan kat diri sendiri. Kadang, luah kat Allah, habis air mata semua jatuh. Rasa hidup tak tentu hala
Abang aku, masa tu 14 tahun, dulu, dia aktif sangat. Boleh dikira gangster kawasan tu lah. Semua orang dia belasah. Tapi, lepas ayah meninggal, dia jadi pendiam. Dia jadi orang yang banyak berfikir daripada bercakap. Kadang2, aku nampak dia susun gamba ayah sorang2, lepastu menangis. Bayangkan, walaupun ayah selalu belasah dia sebab buat hal, tapi dia kata, dia paling rindu benda tu. Sekarang ni, dia kata, nak buat hal pun, masih takut ayah kejar dia dengan rotan.
Kitorang semua hidup tanpa kasih ayah dan dah 13 tahun berlalu, aku pun dah besar, nak masuk U dah, abang akak aku pun dah graduate dan kerja. Adik aku, alhamdulillah, sekolah dekat tempat yang bagus.
Jadi, setiap kali, aku nampak ada ayah-ayah yang manja dengan anak2, hati aku rasa macam “Kan best kalau ayah ada dekat sini”. Kalau ada orang yang tanpa parents cakap yang dorang jeles dengan orang yang ada parents, tu semua betul. Aku dah rasa. Rasa rindu tu makin kuat walaupun memori aku dengan dia tak banyak sebab aku spend 6 tahun je dengan dia.
Kalau sesiapa ada mak ayah yang masih bahagia, jaga korang walaupun strict, bersyukur lah selalu. Banyakkan sebelum tidur, fikir pasal dorang, doakan dorang, maafkan kesalahan dorang yang buat korang sakit hati. Hargai lah setiap masa bersama, sebab kau tak boleh tahu apa yang akan jadi esok.
Kita selalu rapat dengan ibu tapi luangkan masa dengan ayah, sebab ayahlah, yang akan jaga kau, lindungi kau macam mana sekali pun.
Kalau aku diberi peluang, aku nak arwah ayah aku tengok kitorang sekarang, dulu tak kuat, nak mulakan hidup pun rasa tak kuat, sekarang, aku harap dia bangga dengan anak anak dia. Dan aku dah berjanji, aku nak jadi budak baik, rajin belajar dan banggakan, senangkan mak aku yang satu-satunya permata hati yang aku ada lepas adik beradik aku.
I love you, ayah.
Terima kasih kerana membaca walaupun agak panjang, kalau ckap pasal pasal family ni, memang laju je air mata jatuh hahah.
– ginger
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit