Kasih dan Bahagia Yang Ku Cari

Assalamualaikum buat semua pembaca iium confession. Terima kasih buat admin kerana sudi menyiarkan kisah saya ini. Sejujurnya sudah berkali kali tangan ini terhenti untuk meneruskan penulisan disini tapi hari ini saya dapat meneruskan hingga ke akhirnya.

Saya anak yatim, hanya ada seorang mak dan dua orang adik beradik, anak sulung dan belum bekerja. Begini ceritanya, sejak dari saya berumur 11 tahun sehingga sekarang dalam umur 20 an, mak saya selalu nampak kekurangan dan sentiasa membandingkan saya dgn anak2 sahabatnya.

Saya tidak merokok, tidak berzina, tidak membuat segala apa yang dilarang oleh Allah dan saya selalu cuba untuk menaikkn dan memperbaiki diri saya ke tahap yang sebolehnya mak saya takkn membandingkan saya dengan orang lain. Kalau tidak ada benda yang nak saya boleh bandingkan, mak saya akan tuju pada keadaan badan saya.

Ye, saya seorang yang berisi, berat saya naik mendadak selepas saya mengalami beberapa siri episod duka dalam hidup saya. Saya cuba untuk turunkan berat saya dan sampai waktu ini pun saya sedang berusaha. Biasanya usaha saya gagal kerana ingin menjaga hati mak saya yang susah2 memasak untuk kami. Arwah ayah saya ajar, jangan sesekali membazir dan buat hati ibu sedih.

Tapi, segala benda yg saya lakukan lgsg tk dipandang oleh mak saya. Saya pelik, mak saya ni kuat agama, sembahyang tepat waktu disurau.. Tapi kenapa ada sikap begitu dalam diri mak saya.

Para pembaca, dua tahun sebelum saya disahkan menghidap mild depression. Saya cuba untuk bercerita pada mak saya, tapi mak saya hanya mengatakan saya ni kurang iman di dalam hati. Saya tertekan dengan kata2 negatif yang selalu keluar dari mulut mak saya.

Disebabkan tekanan yang melampau, prestasi saya mula menurun, saya cuba untuk menaikkan kembali, tapi saya juga menerima tekanan dari pensyarah dan diwaktu yang sama saya tiada sokongan moral yang kuat dalam menempuh perjuangan yg satu itu. Akhirnya saya diberhentikan dan saya redha. Mungkin, jalan yang sunyi itu tidak mampu sy lalui.

Namun, mak saya seorang yang sy anggap boleh terus menyokong saya berterusan mengatakan saya ini yang salah dan terus menyerang keadaan fizikal saya yang berisi dan kelemahan saya dalam mengatasi cabaran.

Para pembaca, saya sebenarnya seorang yang sangat kuat. Semasa arwah ayah saya meninggal, saya masih mampu menghabiskan ijazah saya dengan kelas pertama kerana adanya sokongan dari sahabat handai.

Beberapa minggu ini, mak saya selalu menyebut tentang saya ini anak dara tua. Saya sudah ada calon, tapi mak saya suruh saya cari kerja yang lagi stabil untuk bantu keluarga dan menyuruh saya menurunkan dahulu berat badan. Anak dara tak patut gemuk katanya. Saya tertekan, ada satu saat saya berlapar dan ada satu masa saya makan sepuas2nya kerana terlalu sedih.

Saya ingin bahagia, kalau bukan dengan lelaki tercinta pun tidak mengapa. Saya ingin bahagia dengan keluarga sendiri. Kadang kala saya rasa cemburu melihat keluarga yang bahagia. Saya selalu berdoa agar mak saya dibukakan hati untuk sedar bahawa anak dia ini walaupun bukan seperti yang dia harapkan tapi masih seorang manusia yang taat padanya serta pada perintah Allah.

Kadang2 saya merasakan mak saya langsung tidak memandang baiknya anak sendiri dan lebih suka membandingkan anak orang lain dgn anak sendiri. Mcm saya cakapkan, saya adik beradik langsung tak buat apa yang melanggar perintah Allah.. Tapi kenapa, kenapa ada je yang tidak kena di mata mak saya.

Di saat cerita ini ditulis, saya masih lagi berusaha untuk mengatasi tekanan yang saya alami dan masih lagi berusaha untul membanggakan mak saya. Doakan saya agar terus kuat.. Saya bimbang sekiranya saya tidak mampu lg untuk mengharungi semua ini.

– Naruto Uchiha

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. Com/submit

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *