Assalamualaikum pembaca semua. Sebelum itu saya nak minta maaf ya kalau ada yang kurang berkenan atau terasa dengan confession saya ini.
Nama saya Nora (bukan nama sebenar) umur sudah lewat 50-an. Saya ada tiga orang anak. Dua lelaki dan satu perempuan. Masih bersuami Alhamdulillah.
Saya nak minta pendapat dengan semua pembaca, anak sulung saya lelaki dan sudah berkahwin. Sudah pun mempunyai seorang anak.
Dalam keluarga saya, memang kami anggap dan layan suami itu seperti raja. Semua benda saya siapkan. Malah stokin pun saya sarung untuk suami. Kerja suami hanyalah pergi mencari rezeki.
Bila anak saya sudah berkahwin, saya dapat melihat lain sungguh cara menantu saya melayan suaminya.
Bukan saya nak pertikaikan atau masuk campur. Tapi saya rasa sangat sakit mata dan hati melihat perkara itu.
Bila saya datang menjenguk anak cucu saya di rumah depa, saya nampak anak saya yang lebih banyak buat kerja rumah.
Anak saya tu dah lah penat bekerja tapi segala kerja dalam rumah pun dia buat jugak. Mana pergi tanggungjawab isteri? . Selalu saya tanya anak saya, jawabnya hal depa suami isteri jangan masuk campur.
Saya masih ingat lagi masa depa datang makan di rumah kami. Bila semua dah habis makan, terus anak saya bangun ambil semua pinggan-pinggan dan cuci di dapur.
Suami saya sangat terkejut sebab suami sendiri pun tak pernah buat macam tu. Bukan saya kata perkara tu salah, tapi mana peranan seorang isteri kalau semua kerja suami yang buat.
Menantu saya banyak duduk sahaja melayan anak.
Pernah sekali tu, kami semua menonton televisyen, tiba-tiba cucu saya tu buang air besar. Menantu saya hanya duduk diam, saya pulak naik segan bila anak saya yang uruskan anak.
Mungkin cara keluarga menantu saya dibesarkan berbeza dengan keluarga saya. Tapi bila dia berkahwin, perlulah tahu tanggungjawab dan peranan jadi isteri dan ibu.
Bukan lah nak kata menantu saya tiada buat kerja langsung, memasak tu semua memang dia yang buat tapi yang menghidang dan mencuci pinggan semua tu anak saya yang buat.
Saya tak kata apa yang dia buat tu salah tapi jangan lah nampak sangat dia seperti menghambakan suami.
Saya tak pernah ajar anak saya buat semua tu tapi selepas kahwin semua dia buat. Jadi sebenarnya menantu saya lah menyuruh dia buat benda-benda tu.
Saya ni kesian dengan anak saya, dia penat bekerja dari pagi sampai petang. Tapi bila balik rumah kena buat semua kerja. Dah serupa duda anak saya tu.
Pernah juga saya terfikir yang bukan-bukan pasal menantu saya, tapi cepat-cepat saya menidakkan. Sebab menantu saya ni solat tak pernah tinggal tapi tulah saya tak berkenan cara dia melayan suaminya seperti itu.
Saya tak berniat nak masuk campur, tapi saya tak sanggup tengok anak saya diperlakukan seperti itu.
Pernah juga saya cuba nak menasihat menantu saya, tapi lepas saya nasihat pun sama jugak. Tetap buat perkara sama.
Sebagai seorang ibu saya nak yang terbaik untuk keluarga saya. Seorang anak itu perlu tahu tanggungjawab masing-masing.
Kalau pun suami kita tu sungguh baik tapi jangan pula diambil kesempatan buat suami seperti lembu cucuk hidung.
Akhir kata, saya nak minta pendapat semua. Apa cara supaya saya dapat tegur dan ubah perangai menantu saya tu? Saya tak sanggup tengok anak sendiri dihambakan oleh isterinya.
– Nora (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit