Hai semua. Saya terus saja kepada point saya ya. Kebelakangan ni banyak confession berkenaan yang berkecil hati tiada zuriat minta doa dan juga para suami atau isteri yang menyatakan kebaikan pasangan masing-masing. Alhamdulillah atas semua doa baik dan komen positif. Saya terpanggil untuk confess perasaan saya pula.
Saya rasa sangat berbunga-bunga bila baca tentang suami yang sangat alert dengan kegemaran dan perangai isteri sebab saya tak merasa semua tu. Alanglah bahagianya bila saya baca confession confession yang penuh kasih sayang macam ni. Membuat saya muhasabah dan bersyukur sebagai isteri agar lebih memahami bahaya lain suami lain caranya.
Mungkin suami saya jenis yang tak pandai menunjukkan kasih sayang atau banyak faktor lain seperti kesusahan dan ujian dia seharian. Impian saya, saya ingin jadi isteri misali seperti pasangan pasangan misali yang confess. Tak apa lah kalau kita yang mula dahulu atau lebih berusaha atau berkorban, pahala kan.
Tentang zuriat pula. Saya bersimpati dan memahami. Saya dan suami mungkin tidak akan mempunyai zuriat. Walau melalui IVF. Tapi jangan risau. Hati saya menjadi tenang setelah tahu sebabnya. Kami redha dalam masa yang sama tetap berdoa & berusaha semampunya dari segi perubatan, kami dalam proses mendapatkan pendapat doktor yang kedua, masih mencari yang terdekat.
Kun fa ya kun. Kalau dah tertulis ada rezeki zuriat insyaaAllah ada jua. Kalau memang tertulis tiada zuriat di dunia ni, its okay. Memang dah tertulis kan akan ada pasangan yang tidak akan dikurniakan zuriat. Doanya tetap bahagia dan usahakan ladang pahala dan pintu syurga yang lain.
Sedikit teguran kasih sayang kepada semua. Jangan kita merendahkan orang yang meluahkan rasa hati. Ya, walau kita mungkin terasa di sudut hati ujian dia tak seberapa berbanding yang lain, hormat perasaannya. Dia manusia, kita manusia. Akan ada masa kita lelah. Mendengar tanpa kata-kata menghiris kalbu pun mencukupi kan?
Akhir pengakuan, tetaplah bersimpati terhadap orang lain, berkasih sayang, mendoakan yang baik-baik. Moga semua dilindungi Allah dan senyum selalu. Tak pernah aku se skema ni walaweh. Haha. Okay doakan aku ya.
– Qaseh
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit