Kasih Sayang Ibu Tiri

Hai assalamualaikum.. Namaku Alice anak pertama dari perkahwinan kedua daddy ku..

Daddy aku berkahwin dengan mama selepas daddy bercerai hidup dengan mummy (bekas isteri dia lah). Masa tu dah ada 3 orang anak. Bercerai secara baik lah..

Aku pun tak nak cite sebab apa. Biarlah rahsia gitu.. Tapi yang penting, penceraian dorang tu atas secara baik dan dengan kerelaan masing2..

After 1 years.. Daddy aku kenal dengan mama and decided kahwin. It was banyak ujian juga. Aunty aku cerita, parents mama which is atok and nenek ade perbalahan dengan pilihan mama..

Alhamdulillah.. Atok tak de halangan dengan status daddy yang duda anak 3 sebab dia yakin daddy mampu jaga anak dia.. But nenek plak sebaliknya..

Nenek kata “Dah tak de laki bujang ke.. Nak sangat duda.. Ada anak plak tu.. Dah la lagi tua dari kau.”

Actually daddy beza 5 tahun je dari mama.. Tapi bukan biasa ke macam tu? Hahaha..

But atok dah setuju.. Nenek mana boleh lawan kan? Haha.. Dorang kahwin and dapat la aku and my twin brother bawah aku..

Masa awal2 kahwin.. Abang dan 2 kakak aku (anak daddy aku dengan bekas isteri) duduk dengan mummy dorang.. Sebab perintah mahkamah.. Daddy boleh ambil dorang weekend and cuti raya sahaja..

But masa aku umur 2 tahun.. Mummy dorang kahwin lagi dan hak penjagaan penuh dapat pada daddy aku..

This is all everything starts…

Sebelum daddy bawa abang and kakak2 aku ke rumah.. Daddy cakap “Nanti daddy nak bawa abang, angah dan acik duduk sini dengan kita.. Alice suka tak ?”

Aku excited gile masa tu.. Seronok.. Ada yang akan main dengan aku.. Sebab selalu aku main sorang2 je.. Hari2 tanya bila abang dengan kakak nak sampai..

Mesti korang pelikkan.. Umur 2 tahun, macam mana aku boleh ingat? Maybe childhood trauma kot.. But yes.. Memang ada certain memori yang aku ingat walaupun masa tu umur baru 2 tahun..

Kadang kalau aku flashback balik cite2 masa aku kecik kat mama and daddy dorang mesti akan cakap “Eh.. Alice ingat benda tu?” hahaha.. Alhamdulillah.. Masih ingat..

Back to the story..

The day abang and kakak mula duduk skali dengan kami.. Aku memang seronok.. Habis semua mainan bawak keluar sebab nak main sama2.. But yeah.. Of course la abang kakak aku masih tak biasa lagi.. Banyak habis masa duduk dalam bilik je.. Tapi abang aku lain..

Mula2 je macam tu.. Lama2 dia boleh main sama2 dengan aku.. Memang kitaorang rapat la.. Semua benda main sama2.. Buat nakal pun sama2.. Smpai baju raya pun aku nak sama dengan abang.. Hahaha.. Memang boyish habis la aku.. Nak sama je dengan abang..

Tapi tu lah…

Back to the title.. Kasih sayang ibu tiri..

Hurm.. Dulu2.. Orang suka anggap ibu tiri ni jahat.. Suka aniaya anak2 tiri.. But it totally lain dengan mama.. Kadang2 aku yang rasa macam aku ni yang anak tiri..

Apa je yang jadi.. Selalu aku yang salah.. Untuk pengetahuan semua, family sebelah daddy semua tuduh mama perampas dan penyebab penceraian daddy.. Jadi dorang memang benci mama sejak dorang kahwin.. Tempiasnya kena pada aku..

Setiap kali balik kg.. Rutin mama dengan daddy.. Akan keluar pegi pasar.. Tinggal kami anak2 kat kg.. Yelah.. Nak pegi pasar je pun.. Lagi pun kat kg ada ramai sepupu2.. Boleh la luang masa sama2..

Tapi tu hanya penyedap hati dorang je lah.. Hakikatnya.. Time tu la aku dipulau dan diherdik.. Weh.. Aku kecik lagi time tu.. 2-3 tahun kot.. Dan berlarutan sampai umur aku 18 tahun.. Korang imagine macam mana childhood aku tiap kali balik kg daddy.. Hurm..

Everytime kat kg daddy.. Bila mama n daddy keluar.. Aku bagaikan dah bersedia mental dan fizikal.. Dah cakap siap2 dalam hati ” kau kena kuat alice.. Kejap lagi ko kena tahan telinga”

Aku ingat lagi.. Aku nampak sepupu2 main ten teng dengan abang n kakak2 aku.. Aku pun minta la nak main juga.. Tapi sepupu2 aku cakap “Tak payah.. Kau tu anak perampas.. Budak jahat.. Tak nak kawan kau..”

Hurm.. Aku budak lagi masa tu.. Aku diam je la.. Tapi atok (papa daddy) terdengar dia pun sampuk “Apa cakap macam tu.. Tau ke perampas tu apa? Budak jahat tu macam mana? Kecik2 dah pandai cakap bukan” lepas tu dia suruh aku amik baldi ikot dia siram pokok.. Punya la tak nak aku sedih..

Atok juga la penyelamat setiap kali aku kena marah2 tanpa sebab dengan makcik pakcik (adik beradik daddy).. Pernah sekali tu.. Masa aku umur 5 tahun, aku baru naik rumah, tiba 2 nampak kakak aku dua2 tengah menangis.. Aku pun tak tau kenapa..

So aku pun tanya.. “Kenapa angah dengan acik nangis? Sakit perut ke?” biasa la aku, masa tu tau kalau orang nangis je sebab tengah sakit.. Hahaha.. Tapi angah jawab tak .. Dia rindu mummy dia..

Oh ya.. Masa aku umur 4 tahun, mummy dorang meninggal.. Jadi kiranya memang betul masa tu dorang nangis sebab rindu..

Tiba2 makcik aku datang sergah dari belakang marah aku ” hah!! Ni kenapa angah dengan acik nangis ni? Ape lagi yang kamu buat kat dorang? Ape lagi kamu nak mengadu dengan daddy bg dorang kena marah? Dasar budak nakal!!”

Uishhh.. Aku rasa itu la kali pertama aku sentap sangat2.. Sebelum2 ni, selalu je kena macam tu.. Tapi kali ni tak tau kenapa aku terasa sangat2.. Umur 5 tahun masa tu.. Tapi aku faham setiap ayat2 tuduhan yang makcik aku cakap tu..

Sampai saat aku taip cerita ni pun, aku masih terngiang lagi suara dia.. Tapi pelik.. Masa tu, aku tak nangis malah aku diam je.. Hurm…

Aku tak tau lah.. Ape yang abang dan kakak2 aku cerita pada makcik pakcik aku setiap kali balik kg.. Tapi aku memang nampak dan faham dengan jelas.. Ayat2 sindiran dan amarah dorang pada mama.. Kecik2 tapi aku faham erti sedih bila orang marah2 pada mama..

Padahal… Mama lah yang paling banyak backup abang dan kakak2 aku tu.. Daddy aku ni orang nye tegas.. Dah macam askar.. Bangun lambat tak boleh.. Makan tak boleh sepah2.. Nak nangis kena bersebab..

Pernah sekali angah menangis pagi2 nak pegi sekolah.. Daddy marah tanya kenapa tapi dia tak jawab.. Habis pagi tu semua kena bebel..

Last2, mama yang pegi pujuk angah.. Rupanya dia nangis sebab dia nak buat ikat rambut tocang.. Tapi tak reti.. Hurmm.. Mama pun pujuk dan ikatkan rambut dia.. Acik pulak pernah je gaduh dengan aku berebut gula2..

Tapi last2 mama cakap, aku kena bagi acik gula2 tu sebab aku kecik lagi tak boleh makan gula2 banyak.. Abang aku plak.. Pernah balik lewat main kat padang.. Daddy mengamuk sebab dah maghrib baru balik..

Mama juga yang pujuk daddy.. Jangan marah2 sebab alasan abang tak sengaja.. Tak perasan nak maghrib.. Aku ni selalu kena mengalah dengan dorang.. Mama kata, nak pahala kena buat baik dengan semua.. Terutama dengan keluarga sendiri..

Setiap kali balik dari kg.. Aku selalu senyap2 cari masa mengadu kat mama.. Aku cerita semua yang jadi masa mama dengan daddy keluar.. Aku kena marah, kena tuduh..

Tapi mama mesti cakap “Alice kena sabar.. Biar orang buat kita.. Kita jangan buat orang.. Orang sabar Allah syg..” Ya Allah.. Kenape la mama ni baik sangat smpai biar je orang tuduh2 dia.. Hurm..

Mama banyak bekorban.. Tapi ntah la.. Kenapa ada ja yang buruk2 kan mama.. Kami ni bukan family yang senang.. Dulu2 kalau nak balik kg, daddy pinjam kereta kawan baik dia.. Sampai adik kembar bawah aku lahir.. Baru ada rezeki beli kereta..

Daddy buat 2-3 kerja untuk tampung keluarga.. Hutang sana sini.. Alhamdulillah.. Mama jenis yang suka menyimpan..

Aku ingat lagi.. Abang aku dapat masuk sekolah berasrama penuh.. Perlukan duit juga la untuk beli macam keperluan.. M

ama keluarkan simpanan dia untuk semua keperluan abang.. Abang dapat masuk u, mama juga yang paling excited.. Keluarkan lagi simpanan dia untuk keperluan dan yuran2 abang..

Angah dan acik dapat masuk kolej, juga guna duit simpanan mama.. Mama kata tak pe la berhabis janji anak2 berjaya.. Daddy masa tu memang struggle dengan hutang.. Gaji memang banyak untuk bayar hutang je.. Mama yang selalu akan berjimat2 dan buat simpanan..

Sampai la aku dan adik kembar aku pun belajar di ipta.. Masih guna duit simpnan mama.. Semua anak2 belajar guna duit simpanan mama sementara tunggu dapat pinjaman ptptn..

Alhamdulillah.. Semua dah bekerjaya..

Even untuk kenduri kahwin anak2, masih juga guna duit simpanan mama..

Adakah itu masih di anggap ibu tiri itu jahat??

Kesian mama.. Even sampai sekarang.. Abang dan kakak2 aku.. Masih berkira2 dengan mama..

Selama ini.. Aku ingat.. Mama akan ok.. Mama memang kuat dan sabar..

Tapi kita tetap manusia biasa.. Di saat usia mula menjangkau ke warga emas.. Mama mula nampak sedih dan menung jauh..

Mula2 memang dia tak kan cerita kecewa dia pada anak2 nya..

Tapi mungkin bila hati telah mula terguris.. Dia pernah kata pada aku, “mama ni dari dulu fikirkan anak2.. Sampai harta apa pun mama tak ada.. Rumah pun takde.. Rumah pun tanah atas nama acik untuk daddy.. Nanti kalau daddy takde.. Mama tak tau nak pergi mana..”

Sedih aku dengar dia cakap macam tu.. Bila aku cakap “tak pe.. Mama kan ada Alice, Ammar dan Amin.. Mama pilih je nak duduk dengan siapa..”

Tapi dia balas “eh ye kan.. Abang, angah dan acik pun ada..” dia cuba sorok kerisauan yang aku memang dah sedia tahu sejak aku kecik lagi.. Tapi dia tetap cuba menidakkan ape yang aku fikirkan..

Mama tak akan pernah cakap apa2 yang dia sedih dengan tindakan anak2 tiri dia.. Mama selalu cuba untuk sorok sedih kecewa dia.. Yelah.. Dia tatang.. Dia sayang.. Seikhlas hati.. Lebih dari daddy.. Tapi.. Dorang tetap anggap mama hanya ibu tiri..

Aku cuma harap, semoga suatu hari.. Dorang betul2 sedar pengorbanan mama buat dorang.. Dan korang tolong doakan juga aku kuat untuk terus sabar demi mama yang kasih pada anak2nya.. Termasuk anak tirinya yang tak pernah dia anggap anak tiri..

Sekian dari aku,

– Alice (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. semoga mama awk dan awk sekeluarga dilimpahkan rezeki yg baik dan rezeki yg x pernah putus.. dipermudahkan segala urusannya dan semoga mama awk sihat walafiat selalu.. amin

  2. Pantun untuk Alice dan mama,
    Apa diharap padi seberang,
    Entahkan berisi entahkan tidak,
    Apa diharap kasihnya orang,
    Entahkan sudi entahkan tidak.

    Saya pun seorang mak tiri kepada anak2 tiri yang telah dewasa – ada anak2 dara & bujang yang tak dianggap anak tiri pun. Bertahun dah, sediakan 2 pasang baju raya untuk saya, maka 2 pasang juga ditempah untuk setiap mereka – tapi salam pagi raya pun dilupakan. Setiap birthday disambut walau dengan sekecil2 hadiah dan kek tapi birthday mak tiri ni – mungkinlah dapat 1, 2 ucapan jika ayahnya ingatkan. Betullah, mak tiri tetap selamanya mak tiri… tak kira pengorbanan ikhlas yang dilakukan. Pesan saya, cukup2lah berkorban – carilah kebahagiaan cara kita sendiri dan jangan berharap dah

  3. baca sampai mata masuk habuk.. siannya awak & mama awak… betul2 kecewa dgn anak2 tiri mama… Awak jagalah mama awak tu.. tak payah suh pilih siapa2.. sian sgt kat mama awak.. berkorban segala2nya utk anak2 tiri tapi diabaikan juga..

  4. Sy pun seorang ibu tiri, masa ank2 tiri masih kcil, kmi brkasih syg, sy ikhlas terima dan ikhlas seperti ank kandung, apa2 yg cantik di mata masa ada duit, sy akn belikn jg utk mereka.. tp bila mereka sdh mningkat umur, mereka mula jauhkan diri, sy sedar dan oleh sbb tu sy pun jarakkan diri utk jaga perasaan sdiri drp kecewa, sy tau mesti mereka anggap sy sebagai punca ibubapa mereka brcerai yg pastinya anggapan mereka tu salah.. buat apa nk paksa hati org yg xnk syg kita kn.. kita dianggapnya bkn keluarga pun..huhuhu..

  5. sedihnya.. padahal dah bercerai setahun dengan arwah bekas mak tiri awak tu baru daddy awak kahwin dengan mummy awak kan? tetap juga kena tuduh jadi punca.
    semoga mummy awak dan daddy sentiasa diberikan kesihatan untuk saling berkasih sayang sampai akhir hayat mereka., supaya awak (anak anak yang baik) dan mummy juga sentiasa dilancarkan rezeki.
    suapaya kehidupan kalian sentiasa okay supaya tidak perlu bergantung pada kakak abang tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *