Kasih Sayang Seorang Ayah

Assalamualaikum semua, benda nie nampak simple words tapi bagi aku sangat special. Aku intro sikit ye, aku bekerja, umur belum 20an lagi. Anak ke3 dari 4 , dah lah cukup sampai situ, intro panjang2 bukannya orang kenal, ahahahah. Okau turn back tajuk tu.

Why aku nak describe pasal tajuk nie? Sebab aku alami and now aku jadi nyesal dan takut. Aku ada mak and ayah. Start dari kecik aku memang tak rapat dengan ayah, tanya lah pasal ayah jawapan aku satu je ‘Taktahu’. Masa kecik tak pernah rasa lah kasih sayang ayah nie, tengok orang lain Best je ayah dia hantar. Aku? Ayah sibuk pasal kerja je, 12 jam dekat tempat kerja, pasal kerja sekolah ayah tak tanya, aku okay ke tak, tak pernah tanya dekat aku, aku kecewa sangat. Kalau nak pergi makan dekat luar mesti tak Best , sebab aku akan rasa ayah marah, mana taknya, ayah balik kerja terus ajak pergi makan luar, anak2nya pulak jenis tak reti duduk diam, tegur sikit panjang muncung aku. Ahahahahah.

Naik sekolah menengah pun sama, ayah tak tanya dekat aku okay ke tak belajar, aku anggap ayah tak kisah dengan aku, kalau nak apa-apa senyap dulu 3/4 hari and then baru minta, tu pun minta dekat mak bukan dekat ayah, bagi aku, aku takde ruang untuk ayah, aku balik sekolah kalau penat terus tidur,
bangun2 je ayah dah pergi kerja and then ayah balik kerja , mak tak kasi ganggu ayah dalam masa 1 jam sebab mak kata ayah nak solat, rest , makan and tengok berita. So bagi aku, aku takde chance nak bercakap dengan ayah . Aku pulak jenis seorang yang diam. So kalau apa2 more refer pada mak. Memang TAK akan refer pada ayah. And the end hubungan aku dengan ayah memang besar jurangnya. Mesti korang bosan bacakan sebab takde point yang nampak macam kasih sayang seorang ayah… Ahahahah… Sabarrrr….

Sebelum tu nak cakap, ALLAH susun cantik hidup aku and now aku start, aku ditakdirkan sambung belajar yang tak jauh dekat rumah , kalau tak jauh sah2 duduk dekat rumah kan. Start dari sini lah aku nampak ‘Kasih Sayang Ayah ‘ dekat aku. Kalau dulu pergi sekolah sama ada naik basikal, tumpang orang or jalan kaki je tapi sejak sambung belajar aku naik kereta . Mana dapat kereta nie? Dapat hasil titik peluh ayah (sorry ayah) . So pergi sekolah mak atau ayah akan amik dan hantar pergi kelas. Sejak dari nie aku dah nampak sikit kasih sayang ayah dekat aku . Lepas salam cium dia, dia ada pesan ‘ belajar rajin-rajin, jadi nurse ye’ huishhh selama berapa belas tahun aku hidup tu lah ayat first ayah cakap tentang masa depan pelajaran aku. Aku jadi speechless. Terdiam bertambah terharu, ayat tu lah aku tunggu selama nie. Sepanjang sambung belajar, banyak mak bagitahu aku. ‘ ayah tanya dekat mak, jia okay tak ‘ ‘ayah tanya nak beli laptop apa? Printer nak sekali tak ”duit jajan jia cukup tak ”study macam mana okay tak? ” jia tu kenapa? Dah tak dengan sipulan tu lagi ke? ‘ (banyak lagi ayah tanya) bila mak cerita dekat aku, ayat nie lah ayah akan keluarkan semasa sebelum ayah pergi kerja dan selepas. Bila tahu macam nie aku jadi menyesal, menyesal sebab dari dulu tak pernah nak rapat dengan ayah, tak pernah nak cuba jadikan ayah sebagai ‘SAHABAT’ aku.

Dalam aku tak nampak, sebenarnya ayah lah terlampau amik berat pasal aku, tanya everything. Yes ayah tak tanya direct dekat aku tapi ayah gunakan mak . Bila dah besar baru aku sedar. Selama 12 jam ayah kerja tu semua sebab nak bagi aku selesa, kenyang and dapat belajar dengan secukupnya. Ayah tahu, kalau ayah tak hantar aku pergi sekolah sekalipun aku still kena belajar sebab tu dah jadi tanggungjawab aku, ayah aku dah laksanakan tanggungjawab dia untuk bagi aku sekolah. Selama 12 jam ayah kerja (sampai aku anggap ayah tak amik kesah pasal aku) tu ayah belikan aku laptop untuk belajar, selama 12 jam ayah kerja, hasilnya dia dapat beli kereta, motor, rumah and all i have now.

Start dari aku tahu nie, aku cuba recover banyak benda yang aku miss dengan ayah, balik kelas setiap Ahad, aku akan take time dengan ayah, ayah ajak lepak makan goreng pisang and start this jugak aku jadikan ayah SAHABAT aku and teman tanya pendapat. Banyak benda aku nak create memory dengan ayah sebab aku rasa benda ni lah yang benda paling berharga aku pernah lepaskan. Ayah aku bukan jenis sayang dia cakap depan2 , ayah diam dulu baru ayah buktikan and now aku menyesal. Bila dah jadi geng sekarang nie, apa2 aku akan refer ayah kekadang sampai mak jeles sikit, ahahahahah. Lepas je dah dapat diploma, ayah duduk sebelah aku and aku cakap ‘ayah kak jia dah ada diploma’ jawapan ayah ‘tahniah jia, anak ayah dah ada diploma dah ‘ * sambil tepuk bahu, hampir meleleh air mata aku, yelah, benda jarang dapat sekali dapat melalak aku.

Aku nak pesan lah, kalau ada yang sekarang nie tengah rasa apa yang pernah aku alami, aku nak pesan, jangan lah jadi macam aku, terlalu nak kan kasih sayang yang jelas sampai lupa yang ayah tengah usaha cari sesuatu untuk diri aku and now nak nyesal pun tak guna tapi aku nak recovery balik apa yang aku miss tu, memang mustahil tapi tak mustahil jugak kan, so dengan nak touch up balik setiap Ahad aku akan ganggu mak ayah date sebab time tu je aku free time lain aku busy kerja. Time tulah aku create memories and jadikan aku anak tunggal. Banyak benda aku nak touch up balik and now aku takut, aku takut berjauhan dengan ayah, sebab aku tak puas nak bermanja banyak benda nak create dengan ayah. Guysss please jangan jadi macam aku but now i try my Best . Ayah pun makin hari makin tua so jia taknak buang masa. Walaupun jia tahu kekadang ayah rasa jia nie terlampau annoying. Ahahahahah

To ayah, thanks to all, terima kasih ajar jia apa itu kasih sayang, kasih sayang tak perlu dijelaskan tapi perlu dibuktikan and now i get it. Thanks be a greatfather to me. Terima kasih keran terus mencintai, mengambil berat tentang jia. Jika ayah nak lepaskan jia kepada lelaki yang akan bergelar suami, jia harap, jia dapat lelaki seperti ayah. Terima kasih sebab sudi jadi SAHABAT LELAKI jia yang pertama.

Rupanya lagi kuat kasih sayang ayah nie, yang ada ayah teruskan lah , cuba jadikan ayah sebagai sahabat bila kau dah cuba kau akan rasa apa istimewanya seorang lelaki yang bernama AYAH. Doakan aku berjaya create memories banyak2 tau dengan ayah aku …. And last nak cakap KASIH SAYANG DARI SEORANG AYAH TAK DITUNJUKKAN TAPI DIBUKTIKAN and i feel it…

– Jia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit