Kasih Sayang Yang Ku Rindukan

Assalamualaikum semua pembaca. Aku seorang guru. Guru sementara sahaja. Aku ajar macam-macam subjek. Aku ajar budak-budak tercicir. Senang kata, murid yang kelas belakang, murid yang tak minat dengan akademik.

Pada pemerhatian aku, murid yang tercicir dari segi akademik ni ada 2 jenis. Satu, dia memang lambat nak tangkap apa yang cikgu ajar. Dan kedua, murid yang kurang perhatian daripada keluarga (terutamanya ibu bapa) sehinggakan kurang minat untuk belajar.

Aku nak cerita pasal murid jenis kedua ni. Mungkin tak semua kita yang bernasib baik. Tak semua lahir dalam keluarga yang baik, keluarga yang sempurna pelajaran, keluarga yang lengkap dengan ilmu asas agama. Ya, aku lahir dalam keluarga yang sederhana. Mak bapak aku ambil tahu jugak pasal pelajaran dan perangai kami adik beradik. Dan aku sangat bersyukur dengan nikmat itu.

Bila aku tengok murid-murid aku, aku kesian tau. sedih sangat. Bebas bercouple lelaki perempuan, bebas naik motor sana sini, penggunaan bahasa kesat yang sangat dahsyat (mencarut). Ya, mereka mencarut sesuka hati. Macam-macam perkataan yang tak senonoh selalu keluar dari mulut murid-murid ni. Dan dengan cikgu sendiri, banyak perkataan kasar selalu aku dengar.

Mula- mula memang sentap, lama-lama cikgu pun sampai dah lut. Tak rasa apa-apa. Mungkin ada yang akan kata, kenapa cikgu tak marah? Kenapa cikgu tak nasihat?. Buat pengetahuan semua, cikgu ni berbuih-buih mulut nasihat dan marah, murid-murid ni memang tak makan saman.

Aku pernah marah murid yang kurang ajar dengan aku. Aku tanya, awak dekat rumah memang cakap kurang ajar jugak ke dengan mak bapak awak? Selamber weyy dia jawab, saya cakap macam ni la, macam kawan-kawan. ada yang jawab, saya mana cakap dengan depa. saya tak ambil tau pun. Sedih wei, sentap aku. Aku tau depa ni remaja, tapi aku rasa melampau sangat.

Tadi, kami buat karangan pasal keluarga. Satu isi tu cerita pasal ” memupuk kasih sayang antara keluarga”. Aku cakap la, keluarga sahaja ada masa kita susah senang, kawan belum tentu. Pastu sorang murid jawab, Ya ka cikgu, mak saya mana ada time saya susah. Allahu sedih aku. Budak-budak ni sosial bukan salah mereka, mereka kurang ajar kita tak boleh salahkan mereka 100%. Semua yang jadi ni, sedikit sebanyak dari ibu bapa sendiri.

Aku pun tak kahwin lagi, tak boleh nasihat lebih-lebih. Nanti ada yang kata, beranak dulu dik, baru bagi nasihat. Nak besarkan anak-anak sekarang memang mencabar. Ya aku tau semua tu. Tapi aku nak cakap jugak la. Confession ni pun aku tulis khas untuk ibu bapa di luar sana. Yang selalu mengabaikan anak-anak. Yang langsung tak ambil tahu dengan siapa anak-anak berkawan, tak ambil tahu anak-anak solat ke tak. Tak ambil tahu, anak-anak ada masalah ke tak. Tak ambil tahu tentang pelajaran anak-anak.

Abang Kakak, Makcik Pakcik yang ada anak, samada masih kanak-kanak atau pun remaja bahkan dah dewasa pun. Please, aku merayu. Hargailah anak-anak hampa. Hampa lahirkan khalifah di bumi ni. Itu amanah, didiklah mereka. Asuhlah mereka. tugas mendidik ni budak digalas oleh guru sahaja. Please, ambil tahu.

Abang Kakak, please solat. Suruh anak solat, ajar mereka solat. 95% yang ada masalah sosial ni, sebab tak solat. Bila ditanya, mak ayah pun tak solat. Sedih wei.

Abang Kakak, walau sesibuk mana pun kerja, tanyalah khabar anak-anak. Tanyalah aktiviti mereka hari-hari. Adakan ‘we time’. Riadah sama-sama, makan sama-sama, tengok tv sama-sama.

Abang kakak, tegurlah anak-anak. Anak-anak hisap rokok, tegurlah. Anak-anak pakai seksi, tegurlah. Anak-anak kurang ajar, tegurlah.

Abang kakak, dunia pun dah tenat. Tak lama pun akan kiamat. Bila abang kakak ada anak, didiklah mereka dengan ajaran agama. Jadikan lah mereka anak-anak yang mendoakan kita masa kita dah tiada nanti. Sekian, maaf kalau ada yang tersinggung. Maaf kalau bahasa tunggang terbalik.

– Cikgu Madu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *