Tak tahu bagaimana nak mulakan. Seperti tajuk yang saya kongsi itulah perkara yang betul-betul mengganggu diri ini sekarang. Malah sudah berbelas tahun, tetapi dapat saya lalui dengan sabar.
Malangnya ia semakin hari ia merobek hati, memecah belahkan rasa sehingga betul-betul meruntun kalbu ini. Boleh menangis bila-bila masa.
Oleh itu, saya ingin sekali meminta pandangan pembaca di sini kerana saya yakin ramai pembaca berusia lebih kurang sebaya saya late 30an dan juga sebaya ibu bapa saya. Tidak ada channel lain untuk saya meminta pendapat kerana menjaga aib suami dan keluarga.
Saya mohon pendapat yang baik-baik dapat membantu saya untuk membuat keputusan perjalanan hidup ini. Luahan ini sedikit panjang. Harap kalian boleh membaca sehingga habis kerana saya tidak suka berkongsi secara berepisod.
Terlebih dahulu saya menghuraikan perkenalan diri serba ringkas supaya kalian dapat gambaran akan konflik sebenar yang saya lalui. Saya membesar dengan ibu bapa yang sangat penyayang. Tidak ada langsung cerita masa kecil yang trauma seperti orang lain.
Ya, kami miskin tetapi tidak pernah ayah dan ibu membiarkan saya dan adik beradik lain kelaparan. Malah, kami sentiasa kenyang.
Tidak berselera makan ayah akan memujuk kerana saya lah yang paling sering terganggu emosi dek perkara yang entah apa-apa. Maklumlah anak nombor 2 yang terkenal dengan banyak sekali ragamnya.
Nampak kan? Dari penceritaan ini kalian boleh bayangkan bagaimana ibu dan ayah memberikan kasih sayang yang cukup. Walau miskin tetapi tidak hina. Walau miskin tetapi Bahagia. Masa kecil yang saya selalu rindu ingin Kembali. Rumah kayu yang kecil tetapi Bahagia sangat tanpa apa-apa masalah.
Saya huraikan perjalanan rumahtangga pula. Alhamdulillah saya ditakdirkan mendapat suami yang sangat baik. Serba lengkap!
Orang kata suami dambaan semua Wanita. Cukup lengkap semua pakej rupa, berpelajaran tinggi, bekerja dengan gaji besar puluhan ribu sebulan. Suami menyayangi saya sepenuh hati. Saya yakin benar tentang itu. Elaun bulanan beribu suami beri.
Kehidupan yang pada mata manusia lain, saya ini sangatlah sempurna! Allah hadiahkan pula 4 cahaya mata yang menyerikan hidup kami. Bahagia saya tidak nafikan. Kadangkala saya takut memikirkan apakah kebahagiaan ini anugerah atau ujian.
Sering juga saya takut jika ALLAH Tarik nikmat-nikmat ini mampukah saya melalui hidup seperti biasa setelah berbelas tahun hidup selesa dan Bahagia. Rumahtangga mana tidak ada ujian. Pasti ada.
Namun, seperti mana yang saya ceritakan tadi, suami terlalu menyayangi saya. Merajuklah macam mana pun suami akan pujuk. Mintalah apa sahaja suami akan berikan! Tidak pernah beliau membelakangkan saya dalam apa jua keadaan. Benarkan? Beliau suami dambaan semua Wanita…
Oh, ya.. lupa saya nak mention dari awal. Kami menetap jauh dari tanah air sudah berbelas tahun. Negara mana tidak perlulah saya nyatakan.
Dari semua huraian di atas, pasti kalian tidak Nampak di mana konfliknya bukan? Seperti kehidupan yang sempurna seperti tidak ada masalah.
Ok, saya mulakan cerita konflik pula. Keluarga saya bukan orang senang. Sepanjang saya berkahwin tidak dinafikan suami tidak berkira wang ringgit untuk saya berkongsi dengan keluarga.
Keluarga sebelah suami pula kebanyakkannya berpelajaran tinggi dan mempunyai pekerjaan yang baik. Kedua ibu bapanya sudah meninggal dunia. Jadi, tidak ada masalah di pihak suami.
Keluarga beliau orang yang baik-baik. Malahan Ketika ibu mertua masih hidup menyantuni saya dengan sangat baik. Sehingga hari ini saya sering merindui ibu mertua yang telah pergi..
Dari adik-adik saya bersekolah rendah sehinggalah yang bongsu pun sudah berada di kolej kini, saya tidak pernah culas dalam membantu keluarga. Suami pula tidak pernah berhenti dari memasukkan sejumlah wang ke akaun ayah saya setiap bulan. Saya akui itu.
Dari rumah ibu ayah papan kepada rumah batu lengkap berpenghawa dingin! Semua kami bantu serba sedikit. Suami tidak pernah mengeluh saya habiskan wang elaun beliau beri kepada keluarga. Belikan hadiah. Setiap tahun saya balik akan bawa mereka bercuti… tidur di hotel mewah.. semua saya dan suami yang belanja.
Salah seorang adik beradik saya bantu dari susah sehingga sudah memiliki restoran sendiri. Saya Bahagia.. saya tenang dapat sama-sama berkongsi dengan keluarga.
Saya tidak akan gembira pun apabila memikirkan saya kenyang makan sedap-sedap, bercuti.. bergembira sedangkan ibu, ayah dan adik beradik sedang susah.
Namun, ada satu sahaja kekurangan suami dan perbuatan itu sering membuatkan saya terluka. Suami tidak pernah selesa berada di dalam keluarga saya. Sering ‘berangin’ dan marah-marah ikut suka. Tidak menghormati keluarga saya.
Apa sahaja yang keluarga saya buat pasti ada yang tak kena di mata suami. Ye lah, kami orang miskin. Tak sama cara pembawakan diri.
Suami boleh marah-marah atas sebab yang kecil seperti mungkin beliau geli berada di rumah kampung kami… tidak mahu bergaul dengan saudara mara sangat kecuali saudara yang berpangkat sedikit. Tidak tahan dengan gurauan orang kampung atau sering di level cara orang tidak berpelajaran bergurau.
Saya faham itu walaupun suami tidak beritahu secara nyata. Boleh Nampak dari air mukanya sejak di awal perkahwinan lagi.
Apa sahaja yang saya tak buat untuk menjaga hatinya supaya dia tidak marah marah Ketika Bersama keluarga saya. Saya juga sedaya upaya nak menjaga aib suami dari ibu ayah dan adik beradik. Pada masa yang sama saya juga perlu menjaga hati kedua ibu bapa.
Saya tahu ayah faham. Selalu ayah nasihatkan saya supaya saya tidak membelakangkan suami kerana sudah banyak membantu keluarga. Tetapi itu tidak bermakna dia boleh bersikap ikut suka tidak menghormati ibu ayah saya.
Ayah selalu cuba mengambil hati suami. Saya Nampak dan sedih saya melihatnya. Sikap suami acuh tak acuh sahaja. Hancur hati saya.
Selalu saya fikir, patutlah ALLAH letak kami jauh dari keluarga. Apabila kami berada jauh kami elok sahaja. Tidak bergaduh dan sangat Bahagia. Setiap tahun balik bercuti akan bergaduh dengan hal yang sama. Nanti suami akan memujuk saya Kembali seolah-olah tidak ada apa yang berlaku dan kami Kembali berbaik.
Secara tidak sedar itulah ‘racun’ yang membuatkan saya semakin ‘hilang.’ Entahlah ya, kalian faham tak apa yang saya rasa ataupun kalian rasa itu hanyalah masalah kecil sahaja??
Masalah menjadi semakin complicated apabila suami telah membeli sebuah rumah di tanah air. Rumah mewah beharga jutaan ringgit pastinya sesuailah dengan kerja keras suami selama ini. Lengkap dengan perabot mewah.
Pendek kata saya masuk rumah yang sudahpun sempurna. Kata suami mahu saya dan anak-anak selesa dan Kawasan kejiranan yang baik. Alhamdulillah saya cukup bersyukur. Saya tahu dan jelas suami terlalu sayangkan saya dan anak-anak. Saya sangat pasti tentang itu.
Jadi, ada rutin baru setiap tahun saya pulang bercuti perlu tinggal di rumah sendiri pula… Kalau dahulu hanya perlu balik kampung kini perlu berulang alik kampung dan rumah sendiri dalam masa percutian yang singkat itu. Tak apa lah bekorban sedikit menghargai titik peluh suami selama ini bekerja untuk membahagiakan saya dan anak-anak.
Masalahnya di sini adalah suami tidak suka ayah ibu dan adik-adik datang ke rumah kami. Tidak dinyatakan secara terus.
Tetapi saya Nampak setiap kali mereka datang mood suami akan lain seperti mana yang terjadi sebelum-sebelum ini. Mulalah keluar perangai marah dan membentak sesuka hati, merengus dan bengis. Padahal suami sangat penyanyang. Manjakan saya dan anak-anak.
Jelas suami sangat tidak senang dengan keluarga saya seperti menumpang kemewahan yang beliau sediakan untuk saya dan anak-anak. Sentiasa saya menahan rasa dan sedih setiap kali berdepan dengan masalah yang sama.
Untuk pengetahun semua ibu ayah dan adik beradik saya sangatlah berhikmah dan mempunyai adab. Tidak sekali mereka membuat perangai yang tidak baik hasil didikan ibu ayah kami. Saya lah isteri yang suami sayangi ini contoh hasil yang ibu ayah didik. Beliau tidak sedar. Walaupun kami miskin, kami bukan tidak beradab.
Suami akan marah kerana katanya setiap kali saya pulang saya melebihkan ibu ayah dari beliau. Iyalah dalam setahun itu sahaja masa yang saya ada. Selama ini saya hanya bagi wang ringgit tetapi tidak ada pun masa yang dapat diluangkan bersama.
Suami marah dengan benda-benda yang kecil. Life style orang miskin tak sama dengan orang kaya kan. Pembawakan diri.. cara bercakap.. susahnya saya nak terangkan tetapi itulah dia masalah apabila tidak sekufu. Dalam keadaan saya sekarang yang sudah berjumpa dengan pelbagai jenis orang, saya jelas tentang itu.
Sukar nak jelaskan tetapi itulah dia. Bukan semua orang mampu rendahkan diri dan hati apabila taraf kehidupannya sudah tinggi. Kadangkala tak sedar akan menjadi sombong dan bongkak. Harta dunia ini ujian. Bila-bila masa ALLAH boleh mengambilnya Kembali…
Kadang-kadang terfikir supaya suami berkahwin lagi satu. Boleh lah distract sikit dan saya boleh habiskan masa dengan keluarga. Berpisah bukan caranya kerana saya pasti anak-anak tidak akan mampu menerimanya malahan saya yakin suami tidak akan melepaskan saya dengan mudah.
Saya pernah bertanya suami ada berniat nak kahwin lagi tak. Beliau kata tidak akan dan kalau saya mati pun beliau tidak akan kahwin lain kerana terlalu sayang pada saya. Saya percaya kerana saya Nampak betapa sayangnya suami pada saya.
Dan kasih sayang itu lah yang membunuh perasaan kerana saya juga tidak akan mampu untuk meninggalkan suami dan memilih keluarga.
Tetapi atas kebahagiaan yang saya nikmati kini, ibu ayah saya akan memendam rasa yang tidak berkesudahan. Hancur hati saya setiap kali mengenangkan mereka.
Seronok nak datang rumah anak yang mewah dan besar tetapi setiap kali itu mereka akan Nampak saya dan suami bermasam muka. Mereka akan pulang…
Saya yakin jika apa-apa terjadi kepada saya, ibu ayah lah yang akan terima walau bagaimana pun keadaan saya meskipun berada di titik terendah dalam hidup kerana saya juga seorang ibu dan saya sangat yakin tentang itu..
Untuk seseorang manusia berubah, dia perlu diuji dengan berada di dalam titik terendah dalam hidupnya. Dia perlu merasa akan sebuah kehilangan. Harta benda bila-bila masa sahaja ALLAH boleh Tarik semuanya. Begitu juga dengan nikmat kesihatan. Apa sahaja yang kita terlalu sayang didunia ini pasti akan diuji.
Orang lain melihat kehidupan saya sangat sempurna. Tetapi ALLAH berikan saya ujian begini. Hati saya makin lebur memikirkan kedua ibu ayah saya. Andai suatu hati nanti ALLAH menguji suami dengan kehilangan. Mampukah saya juga melaluinya Bersama-samanya??
Sedangkan ada sesuatu dalam hati saya yang membuatkan hidup saya sentiasa di dalam resah dan serba salah. Mahu jaga kedua hati suami dan juga keluarga saya yang keduanya terlalu menyayangi saya.
Saya selalu berdoa supaya ALLAH ambil nyawa saya Ketika anak-anak sudah pandai berdikari nanti. Saya trauma memikirkan jika suatu hari anak-anak perlu menjaga hati saya apabila mereka sudah berkeluarga nanti..
Jika ditakdirkan umur saya Panjang, saya tidak akan mahu berada di dalam kehidupan anak-anak apabila mereka sudahpun berkeluarga… kerana terlalu sayang.. saya tidak mahu mereka melalui apa yang saya sedang lalui. Saya masih tersekat di skala ini.
Tidak kuat untuk membuat apa-apa melainkan berdoa supaya ALLAH berikan jalan keluar terbaik tanpa memberikan apa-apa kemudaratan kepada suami dan keluarga.
Demi ALLAH.. saya sangat kasih akan mereka seumur hidup ini…
– Dunia. (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Manusia mana ada yg sempurna, nabi je yg sempurna. Semua org ada masalah, pandai2 la cari jalan penyelesaian. Macamana nak masuk syurga kalau kita tak diuji?
Ko ni sebenarnya xbersyukur. Kalau aku pun aku jd annoying bila asyik jd banker keluarga org. Dia kerja keras nak kasi anak bini senang tp xpasal2 plak kene bela org lain wahal tu bkn tggjwb dia. Sorry to say la family mak aku pom mcm family ko. Family mcm ni biasa toksik, tp sbb dorg family ko, ko xpernah nampak benda tu. Sume ko nampak sempurna je. Klu ko nak tau perasaan laki ko, ko kerja sendiri lepas tu habiskan duit ko kat family ko je tgk brape lama ko tahan.