Kasih Sayang Yang Tiada Tandingnya

Assalamulaikum w.b.t dan Salam sejahtera warga IIUM Confession,
Sebelum saya memulakan perkongsian saya, ingin saya menegaskan bahawa tujuan saya menulis luahan ini bukan untuk menunjuk kebaikan diri saya mahupun membuka aib keluarga saya untuk tatapan semua.

Aku anak pertama daripada lima orang adik-beradik; anak pertama dan kelima merupakan lelaki dan selebihnya anak perempuan. Ibu aku bekerja sendiri; ada buka restoran di salah sebuah daerah di Sarawak. Manakala, bapak aku merupakan seorang pengurus pemasaran di salah sebuah syarikat antarabangsa di daerah tersebut. Nak katakan aku kaya taklah sebab duit itu semua hasil daripada gaji mak bapak aku. Gaji bulanan bapak aku adalah dalam 7K (bersih) manakala pendapatan mak aku tak menentu; dalam 400 – 500 sehari. Walaupun bapak aku ‘gajinya besar’ dia jarang beri duit kepada mak aku dan mak aku tak pernah minta duit dengan bapak aku. Bahkan duit belanja aku di Universiti mak aku yang tanggung.

Pada satu hari, masa mak aku berpantang setelah selesai melahirkan anak yang terakhir (anak ke-Lima). Mak aku bercadang berpantang di kampong nenek aku. Namun bapak aku sangat sibuk waktu tu, jadi mak aku naik bas sebab keinginan yang teramat sangat berpantang di Kampung Nenek. Jadi, sebelum mak aku ke kampong, Mak aku ada tinggalkan sejumlah wang besar kepada bapak aku untuk membayar pekerja, bayar insurans, bayar saham dan membeli barangan rumah untuk dua bulan. Mak aku beri duit itu cash kepada bapak. Namun sayang, bapak aku salah gunakan wang itu. Duit yang kira-kira berjumlah 10K yang ditinggalkan mak, bapak aku gunakan untuk menukar RIM kereta dan belanja peribadi beliau. Jadi, segala ‘hutang’ mak aku tertunggak selama dua bulan.

Setelah mak aku pulang dari kampong nenek, mak aku dapat menghidu perbuatan bapak aku. Mak aku hampir meroyan setelah tahu semua hutangnya tertunggak selama dua bulan (Kira-kira RM8K). Pada waktu tu umur aku dah 18 tahun, jadi aku bertekad keluarkan separuh duit Saham aku di ASB dan separuh lagi daripada Public Mutual. Akaun saham itu merupakan hadiah mak aku kepada aku, sebab berjaya dapat Gred A dan B dalam SPM (Terima kasih mak sebab duit pelaburan mak sejak dari masih single lagi mak aku tukarkan pemiliknya kepada nama aku). Pada masa itu hanya tuhan sahaja yang tahu gembiranya hati seorang ibu sebab anaknya sanggup keluarkan saham daripada bank demi melunas hutang-hutang seorang ibu. Sebak bukan kepalang mak aku setelah urusan pengeluaran saham aku berjaya. Lantas mak aku bayar kesemua hutangnya. Namun, kecewanya aku terhadap bapak aku, dia hanya menopang dagu seolah-olah tiada apa-apa berlaku.

Setelah semua hutang selesai, Masyaallah mak aku tetap baik, sayang dengan bapak aku. Ya Allah tabahnya hati mak aku walaupun dia telah ‘dianiaya’ oleh bapak aku. Walaupun mak aku pernah dipukul depan aku masa aku kecil dulu, duit bonus bapak aku tak pernah bapak aku beri dengan mak aku, ‘hutang’ bapak aku kepada mak aku masa mereka hendak mendirikan rumah belum dibayar dan sebagainya tetap mak aku sayang malah kekal sayang dengan bapak aku.

Jadi pembaca IIUM semua, terutama insan bergelar wanita/perempuan:
1. Pilihlah lelaki yang betul-betul dan benar-benar ikhlas kahwin dengan dirimu. Walaupun dirinya kaya tak semestinya dirimu akan merasa kekayaan tersebut, jangan terlalu hanyut dalam fantasi Drama pukul 7 siaran Astro Ria dan TV3.
2. Kepada isteri-isteri diluar sana, jika suami anda tidak pernah memberi nafkah kepada anda, mintalah darinya dengan cara baik agar dia tidak berterusan bersikap demikian. Jangan pulak tak diberi nafkah lalu meminta cerai mahupun dibicarakan di Mahkamah, “Nauzubillahiminzalik”.
3. Kepada ibu-ibu yang dianiaya di luar sana, saya doakan kekuatan sebagaimana Allah telah pinjamkan pada mak saya. Semoga tabah mengharungi liku-liku kehidupan. Semoga Allah janjikan syurga buat dirimu.

Terima kasih ibu sebab besarkan saya dengan baik. Kepada ayah, jangan ingat diriku tidak tahu perbuatan mu. Aku memohon kepada semua pembaca Luahan ini mendoakan agar bapak aku sedar apa yang telah dilakukannya .

– Encik Carl…

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit