Salam perkenalan, ini kali pertama aku tulis IIUM Confession ni and aku harap korang faham la apa yang aku nak sampaikan.
Nama aku Husna (bukan nama sebenar), masih seorang student dan aku seorang sahaja perempuan dalam adik beradik, jadi aku terbiasa dimanjakan memandangkan aku anak bongsu.
Aku ada abang dua orang yang beza umur 5 dan 4 tahun dengan aku. Aku dah biasa chat dengan kawan abang aku, tapi yang kali ni, lain sikit dari semua yang pernah aku kenal. Btw yang aku kenal ni kawan abang aku yang no 2.
Orangnya baik, hensem, berkerjaya, fikir masa hadapan dan sangat pandai urus kehidupan dia.
Untuk pengetahuan korang aku pernah satu sekolah dengan dia dari sekolah rendah sampai la naik sekolah menengah. Tapi tak pernah sekali pun aku bersembang dengan dia apa tah lagi nak berjumpa.
Aku langsung tak pernah dengar suara dia macam mana, perangainya bagaimana semua tu lah. Kali ni aku sangat rasa dia lain dari yang lain.
Satu hari tu dia ada tegur aku di instagram, dia chat “eh adik Fakhrul (bukan nama sebenar)”.
Aku pun reply “hahaha ye”, dan berpanjangan lah chat tu sampai dua bulan, makin lama kitaorang chat, makin kenal each other, tiba one day dia cakap dia suka aku, aku terkejut ye.
Sebab setahu aku dia ni dah tak ada relay almost 5 tahun and abang aku pernah cerita dia memang dah tawar hati dengan mana-mana perempuan, nak tegur punn susah apa tah lagi nak cakap suka.
Dan untuk pengetahuan korang juga dalam masa 5 tahun tu dia try hard untuk kejar balik ex dia ni, abang aku lah yang selalu teman dia ulang alik ke rumah ex dia tu, and tahun lepas dia ajak ex dia kawin, tapi ex dia tolak.
Aku masih ragu, tapi dalam masa yang sama aku terima dia sebab aku dah jatuh hati dengan cara dia bersembang dengan aku, orangnya santai santai dan tak suka push orang sesuka hati.
One day dia tengah on call dengan aku and aku saje suruh dia tunjuk aku whatsapp dia, tiba -tiba dia tunjuk status ex dia. Aku tercengang rasa, eh? simpan number ex lagi hahaha, gugur jantung ni tau.
Aku pernah tanya dia dah move on ke belum, dan dia banyak kali yakinkan aku yang dia dah fully move on. Tapi dia save number ex dia siap beremoji singa hahaha tah la.
Sekarang aku dah 2 bulan in relay dengan dia. Waktu kali pertama kami jumpa, masa tu dengan abang aku dan gf dia, kami saje lepak2 tapi dia diam je, jadi aku anggap betul la yang abang aku cakap tu.
Aku tak puas hati, aku ajak dia keluar kali kedua. Aku pickup dia kat rumah dan ajak dia makan sebab seharian dia tak makan busy kerja katanya.
Kali ketiga pun aku yang ajak dia jumpa, sebab masa tu alang-alang aku dekat dengan rumah dia, jadi aku pickup dia and pergi makan. Dan ye, kali keempat pun aku yang pickup dia dan ajak makan.
Setiap kali keluar makan, dia yang bayar dulu tapi aku transfer balik ke akaun dia jumlah aku makan sebab aku dah biasa dengan ex aku dulu,
Ex aku dulu student jadi kami selalu 50-50. Dengan dia ni aku rasa sebersalah walaupun dia dah kerja dan ada duit sendiri.
For sure aku tak kisah pasal 50-50 ni, tapi dia tak pernah offer aku apa-apa dan aku faham, dia dah lama tak in relay jadi dia mungkin tak tahu selok belok keinginan wanita ni ahahhah.
Apa yang aku nak sampaikan, aku rasa macam dia sayang tapi tak tunjuk. Aku rasa kasih sayang tu aku je yang hulur, dia tak pun. Aku sebenarnya nak juga rasa dia yang ajak aku keluar dulu, beli kan aku bunga, pickup aku kat rumah.
Owh btw, dia ex-student mak aku, jadi dia segan katanya nak pickup aku kat rumah dan bawa aku keluar.
Aku sebenarnya suka lelaki yang beria nak kenal family aku, and ajak aku kenal family dia. Tapi dia kata tak bersedia lagi (mungkin baru 5 bulan perkenalan).
Dia baik sangat, mungkin aku je tak nampak lagi effort dia. Setakat ni kami okay je, setiap malam masih on call, sebab dia busy pada waktu siang, jadi dia akan luangkan masa untuk aku sebelum dia tidur. Masih ada ucapan sayang.
Tapi salah ke aku untuk rasa di hargai?
– Husna (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
lepas ni jgn initiate anything. If he love u, his physical & emotion akan turut bergerak utk mencintai. Bukan stay setempat jer. Asyik on call jer, sikit nyer effort nak tunjuk dia suka kita. guna suara jer cakap sayang2….mana cukup. Bagi lah waktu utk dia totally move on from his ex, if he want u he need to fix it 1st. Awak duduk manis jer tepi, bagi dia handle sendiri masalah dia yg mcm belum move on dgn ex dia tu. Save ur energy sis. Btw tak yah lah on call malam2 selalu, radiation. Buat penat jer. ahahhaha Follow your own time line.